46 - Save Me

2.9K 270 5
                                    

Taehyung genggam telefonnya kuat. Yoona dalam bahaya sekarang ni. Tapi dia langsung tak tahu di mana Yoona berada sekarang.

"Chanyeol, kau boleh drive laju sikit tak?!" Marah Taehyung terhambur pada Chanyeol. Chanyeol pandang Taehyung melalui cermin pandang bekakang. Rasanya kelajuan keretanya sudah di tahap maksimum. Laju mana lagi?

"Err..ok." Chanyeol hanya fokuskan pada pemanduannya. Beberapa ketika kemudian, telefonnya berbunyi. Chanyeol jawab panggilan dari Jin.

"Nae Jin hyung.?"

"Mwo?! Jinjjayo?!" Chanyeol bulatkan mata terkejut.

"Err..nae araso hyung." Chanyeol tamatkan panggilan dan pandang Taehyung melalui cermin.

"Apehal intai-intai aku? Nak cakap, cakap jelah. " Taehyung terlebih dahulu bersuara. Chanyeol berdehem sedikit dan betulkan posisi duduknya.

"Kita dalam masalah boss." Kata Chanyeol. Taehyung mengeluh.

"Kita memang dalam masalah sejak tadi. "

"Tapi masalah kita bertambah."

"Boleh tak kau cakap tak payah berbelit? " Nada Taehyung mula bertukar.

"Erm..Park Jimin kena culik."

"What?! Culik?!"

"Yup. Geng Taeyong juga. Jin cakap tadi Jimin pergi keluar rumah cek surat dekat peti. Tapi sampai sekarang dia tak masuk balik. Bila cek cctv, ada kereta Taeyong berhampiran kawasan vila."

"Shit. Kau drive pergi syar...!" Kata-kata Taehyung terhenti apabila sebuah kereta berhenti di di hadapan keretanya. Chanyeol berhenti mengejut. Taehyung senyum sinis.

"Bagus. Tak perlu susah-susah aku jejakkan kaki dekat syarikat sampah tu. " Taehyung lihat Taeyong ketuk cermin keretanya. Dia mengeluh. Cermin hitam itu diturunkan. Wajah Taeyong yang selamba dan sinis itu dipandang.

"Nak pergi mana? Cari kekasih hati?" Tanya Taeyong selamba.

"Diaorang dekat mana?"

"Huh. Mana aku tahu!"

"Aku tanya baik-baik, Taeyong. Mana diaorang?" Suara Taehyung kedengaran bergetar.

"Siapa diaorang tu? Mana aku tahu." Taeyong ketawa dan toleh ke tepi. Dia kelihatan menganggukkan kepalanya. Taehyung terkejut dan terus pandang belakang. Sebuah lori memandu laju ke arah keretanya. Taeyong terus berlari laju ke tepi.

"Jumpa kau kat neraka.." Ucap Taeyong dari jauh.

"Chanyeol keluar dari kereta!!!" Jerit Taehyung lantas dia buka pintu kereta. Tidak sempat dia keluar, kereta itu dirempuh. Satu dentuman kuat berlaku. Kereta Taehyung dan juga kereta Taeyong remuk. Chanyeol yang sempat keluar itu terkejut.

"Boss!!" Jerit Chanyeol lantas berlari ke arah kereta yang sudah terbalik itu. Minyak tumpah. Dan berasap. Tangan Chanyeol menggigil. Dia buka pintu kereta dan keluarkan Taehyung.

"Boss.." Chanyeol panik. Darah banyak mengalir di kepala Taehyung. Muka dan bajunya dilumur darah. Chanyeol tarik Taehyung ketepi. Kereta itu akan meletup bila-bila masa.

"Hahaha. Rest in peace Kim Taehyung! " Taeyong ketawa jahat dan terus masuk ke dalam kereta lain yang baru sampai. Bibir Chanyeol menggigil hebat. Penumbuk digenggam.

"Lee Taeyong!!!!!" Jerit Chanyeol. Dan sejurus selepas kereta Taeyong hilang dari pandangan, satu letupan berlaku. Chanyeol menunduk. Nasib baik dia sempat keluarkan Taehyung.

Dengan tangan menggigil, dia keluarkan telefon dari dalam poket. Nombor Jin didail.

"Helolololo." Jin menjawab panggilan dari Chanyeol.

Prince of CharismaWhere stories live. Discover now