Lantas, aku turun kembali ke dapur. Kelihatan Mikha masih merenung nasi itu. Adakah dia berfikir sesuatu? Tak apa, biar aku hentikan lamunannya dan hentikan segala yang membelenggu dirinya.

"Saya izinkan awak kahwin dengan perempuan tu." Lantas Mikhail mendongak memandangku.

Hatiku bagai dipanah petir untuk kali kedua. Kali ini lebih perit daripada tadi. Sewaktu aku membicarakan soal aku boleh mengandung, jangan katakan suara, menoleh pun tak sudi. Tapi kini? Sebut sahaja tentang perempuan itu, lantas menoleh dan memberi reaksi.

Kini, aku sedar. Aku hanya penghalang.

"Ceraikan saya. Saya dah tak peduli apa pun lagi. Untuk apa kita hidup bersama kalau hati awak bukan milik saya? Ye, jasad awak milik saya tapi hati? Milik perempuan tu. Cukuplah untuk bahagia yang awak dah beri selama hampir setengah tahun, saya terima dan saya ucapkan beribu-ribu terima kasih sebab sudi jadi sebahagian dari hidup saya. Awak tak perlu minta keizinan saya, biar saya yang undur diri. Awak tak perlu dilema untuk memilih, kerana saya sendiri yang akan pergi."

Aku kuatkan hatiku untuk meneruskan segala yang tersirat.

"Biarlah berita yang saya terima menjadi kenangan untuk saya. Saya tahu, awak tak suka ada anak dengan saya. Jadi, biar saya yang pergi. Kenapa kita kahwin kalau awak sendiri bencikan saya? Soal zuriat, awak boleh dapatkannya dengan perempuan yang awak cinta, kan?"

Sebak bila aku utarakan kata-kata itu, namun itulah hakikat.

"Biar saya pergi dan tolong izinkan saya pergi dari hidup awak."

Aku sedar dengan apa yang aku lakukan. Aku buat semua ini dengan keadaan yang waras. Aku tahu, aku tak sepatutnya ikutkan emosi, namun hatiku juga tak sanggup dipermainkan lagi. Ye, dulu aku biarkan Mikha sakitkan hati aku. Terima kecurangan dia. Terima apa yang dia buat belakang aku.

Tapi, bila melibatkan tentang anak, aku tak mampu nak bertahan lagi. Bersungguh-sungguh aku menebalkan muka untuk merayu Doktor Amer, merayu pada Hilman, inikah balasan Mikhail untuk segala usaha aku? Aku tahu, aku bukan isteri yang baik sehingga ingin mengandung pun penuh risiko. Tapi, sedarkah dia bahawa ini juga akibat perbuatan dia?

Ergh.

Ingin menuntut hak dia? Kenapa bila dia perlu, dia datang? Kenapa bila tak, dia pergi? Pergi bukan sendiri malah mencari yang lain. Buat aku seperti boneka yang langsung tiada harga diri. Lalu, kini mengemis cintaku dan beri harapan kembali. Bila aku mulai jatuh dalam dakapannya, dia kembali kepada yang dulu. Menduakan aku dan kini lebih membuatkan aku sakit.

"Sayang.."

Itu je ke yang dia tahu sebut dan ucapkan? Hanya sekadar sayang meniti di bibir namun hati tidak? Sudahlah. Aku sungguh penat dengan permainan ini.

"Maaf, Mikhail. Saya tetap dengan keputusan saya. Anggap sahaja yang jodoh kita sampai sini sahaja. Ampunkan saya kerana tak mampu nak kotakan segala janji yang saya ucapkan. Maafkan saya sebab tak mampu berabdi diri untuk awak hingga akhir hayat."

Mikhail bangun dan mulai meraih tanganku. "Sayang, apa yang awak cakap ni? Kenapa minta cerai tiba-tiba? Okay, look. Saya minta maaf kalau sebab tak buat apa-apa reaksi bila awak bagitahu berita tu. Yes, sure I'm happy. Saya akan jadi ayah, benda tu kan yang saya harap? Kenapa pula saya tak happy? Lagi-lagi ada anak dengan awak. Itukan harapan saya? Awak tahu kan? Kenapa ni? Kenapa awak emosi sangat? Maaf sayang, saya tiada niat nak sakitkan hati awak."

Murahnya nilai maaf. Bila salah, minta maaf. Kemudian, buat lagi. Dan kemudian, minta maaf lagi.

"Lepaskan tangan saya." Ujarku. Walaupun ayat aku pendek sebegitu namun ianya mampu membuatkan lidah Mikhail kelu. Lantas, tanganku dilepasnya.

"Cukuplah Mikhail. Perempuan tu mesti tengah tunggu awak call dia kan? Mesti korang dah janji nak jumpa kan? Makan makanan tu dan pergilah. Kalau awak dah tak berselera, tak apa. Biarkan je atas meja tu. Nanti saya makan sendiri."

"Ayra, awak-"

"Sudahlah Mikhail. Saya malas nak gaduh dengan awak. Saya rasa, jelas kan apa yang saya minta dekat awak? Cuma ceraikan saya dan awak bebas."

Aku perasan riak wajah Mikhail berubah. Aku tahu, ego dia dah mulai tercabar. Aku tahu, beberapa saat lagi, lafaz talak akan meniti di bibirnya.

"Baiklah."

Hatiku bagai disimbah air panas. Rasa menyesal mula menghurung segenap mindaku. Apa yang aku buat ni?

Mikhail menatap mataku tajam. Allahurabbi..

"Saya cintakan awak. Saya cintakan awak. Saya cintakan awak. Cukupkan perkataan tu untuk bebaskan segala prasangka buruk awak terhadap saya? Sayang, tolong jangan buat saya serba salah. Saya janji, saya akan buktikan cinta saya pada awak. I'm promise, ini bukan hanya cakap kosong tapi saya sendiri akan buktikan."

Aku diam. Aku kelu.

Lantas bibirnya melabuh segenap di dahiku. Rindunya sentuhan ini. Perlahan-lahan, bibirnya jatuh di bibirku. Tak lama, hanya beberapa detik. "I love you."

Ayra SophiaHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin