Bab 7

2.3K 141 23
                                    

"Kau kenal rapat ke dengan mereka tu?". Pertanyaan Lily telah mematikan lamunan Eddy.

"Siapa?". Eddy sedikit terkejut dengan teguran secara tiba-tiba itu.

"Pasangan yang makan semeja dengan kau tadi". Balas Lily.

"Oh! Kenal. Isteri Prof. tu kawan sekelas saya". Jawab Eddy perlahan.

"Kau sukakan perempuan tu kan?". Lily ingin tahu seberapa banyak perkara yang boleh digunakan untuk dapatkan Prof. Ed Husaini idamannya itu.

"Sukalah. Takkan nak benci pulak". Jawab Eddy selamba walaupun dia sebenarnya faham sangat maksud kakaknya itu.

"Kau jangan buat bengaplah. Aku tahu kau faham apa yang aku maksudkan". Lily merengus geram.

"Apa gunanya suka lebih dari seorang kawan kalau orang itu telah dimiliki oleh orang lain". Keluh Eddy lemah.

"Aku ada jalan untuk kau dapatkan perempuan tu". Membulat mata Eddy mendengarnya.

"Kenapa dengan akak ni. Tak habis-habis cari pasal dengan suami orang". Tempelak Eddy lantas terus meninggalkan kakaknya termanggu-manggu menahan rasa.

Eddy sengaja mengelakkan diri dari terus mendengar bebelan kakaknya itu. Dia masak sangat dengan perangai kakaknya itu. Tiga tahun lepas kakaknya pernah menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan muda yang sudah mempunyai isteri dan anak. Apabila lelaki itu meninggalkan anak dan isteri, kakaknya pula minta putuskan hubungan dengan tiba-tiba. Seperti dengan sengaja sahaja merosakkan ikatan perkahwinan pasangan itu.

Eddy cukup takut insiden seperti itu berlaku lagi. Keseluruhan ahli keluarga telah mendapat ancaman dari bekas kekasih kakaknya, sehingga ayahnya terpaksa menggunakan khidmat pengawal peribadi untuk semua orang.

"Haih!!! Apa boleh buat. Aku memang obses dengan laki orang. Aura mereka tidak sama dengan yang masih bujang". Lalu ketawa kecil terbit dari mulut Lily.

✴✴✴✴✴

Pada malam kedua, Ed sudah sertai aktiviti di pihak aku pula. Kawan-kawannya sudah mengambil keputusan untuk pulang terlebih dahulu. Aku cukup gembira sekali kerana Lily tidak lagi mengeletis seperti sebelum ini dengan adanya Ed di sisiku.

"Mudanya isteri Prof. Cantik pulak tu". Teguran dari salah seorang pelajar telah membuatkan senyuman sumbing terbit bibirku.

"Cantik ke? Dia SPM tahun ni". Beritahuku.

"Apa?? SPM??". Ketiga-tiga pelajarku menjerit serentak.

"Ya. SPM. Kenapa?". Aku faham sangat kenapa mereka terkejut. Diaorang ingat aku ni tua sangat ke. Masih muda remaja juga.

"Mudanya. Kami ni lagi tua dari isteri Prof. la". Jelas sekali mereka tidak puas hati. Tapi aku peduli apa. Janji kami bahagia.

"17 tahun sudah tidak muda la. Sudah layak bergelar ibu. Kahwin awal ni banyak kebaikkannya. Lagipun memang sudah jodoh kami". Jelasku. Mereka hanya mengangguk sahaja. Dari jauh aku lihat langkah Ed menghala ke arahku. Baru selesai solat isyak agaknya.

"Dah ke?". Tegurku apabila Ed tida di sisiku. Lenganku dipaut mesra. Senyuman manis dihadiahkan kepada tiga orang pelajar yang berada di hadapan kami.

DIA BINTANGKU - erti sebuah pengorbananNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ