Bab 2

3.7K 154 51
                                    

"Siapa tu? Siap bagi flying kiss lagi dekat isteri abang ni". Membulat mataku apabila seorang remaja lelaki yang menunggang motosikal berkuasa tinggi berhenti betul-betul di sebelah keretaku semasa menunggu lampu isyarat bertukar kepada hijau. Cermin diketuk, lantas Ed melambai ke arahnya. Lagak seperti sudah lama mereka kenal.

"Dia rakan sekelas Ed tetapi umur dah dua puluh tahun. Paling tua dalam kelas kami. Kalau abang nak tahu, kami rakan sekelas panggil dia abang jiwang sebab suka mendeklamasikan puisi dan sajak. Dia baik, peramah dan suka belanja rakan-rakan sekelas makan KFC selepas habis waktu belajar". Aku cemburu mendengar isteriku memuji lelaki lain. Lelaki yang sepuluh tahun lebih muda dariku.

"Abang tak berminat nak tahulah pasal dia. Setakat belanja makan KFC tu apalah sangat pun". Suaraku mendatar sahaja.

"Abang cemburu ya?". Ed menundukkan badannya dan memandang tepat ke arah mukaku. Aku sedaya upaya cuba mengawal riak supaya cemburuku dapat disorok jauh-jauh.

"Tak kuasa abang nak cemburu ni. Banyak benda lagi yang abang kena fikir tau tak". Ed tersenyum sinis memandangku.

"Tipu!. Ed nampak abang cemburu tadi. Baik abang mengaku cepat". Ed kembali membetulkan duduknya dan ketawa riang. Jantungku entah kenapa tiba-tiba berdegup kencang. Isteriku berkawan dengan lelaki yang setaraf dengan usianya dan nampak jelas kemesraan mereka walaupun dipisahkan dengan cermin kereta tadi.

"Abang! Kenapa senyap sahaja ni?". Lantas membuka seat belt dan memusingkan badannya memandang tepat ke arahku.

"Bila pula abang senyap, tengah berfikir ni. Duduk tu elok-elok la. Awak tu bukan budak-budak lagi ya. Dah boleh jadi mak orang pun. Pakai seat belt tu cepat!". Teguranku yang sedikit tegas membuatkan Ed memuncungkan bibirnya.

"Elok sangatlah tarik muka dengan suami macam tu. Nak tambah dosa ke ni?". Dengan wajah sebal Ed menurut sahaja arahanku.

"Ed minta maaf". Perlahan sahaja. Hampir tidak dengar suaranya.

"Hurm..". Aku meneruskan pemanduan tanpa menghiraukan rajuk Ed. Aku cemburu. Ya aku cemburu sangat-sangat apabila Ed mesra sebegitu dengan lelaki lain.

Setengah jam kemudian kami sampai ke pasar untuk membeli barang dapur dan juga beberapa barang lain lagi. Tiapa sepatah kata yang keluar dari mulut kami berdua.

"Dr. Ed?. Jumpa lagi kita ya? Kuat betul jodoh kita ya". Lily menegurku semasa aku bersama Ed sedang mengambil troli.

"Hah?. Pandai-pandai sahaja awak ni". Aku menjawab sekadar untuk mengambil hatinya sahaja.

"Bagi Ed troli tu. Biar Ed pergi ambil barang basah dahulu". Tanpa mendengar jawapan balas dariku, Ed terus menolak troli dan berlalu pergi meninggalkan aku bersama Lily.

"Jom kita jalan sama-sama". Ajak Lily.

"Eh! Tak apalah. Saya nak kena teman isteri saya tu. Nanti entah apa yang diambilnya". Cepat-cepat aku menolak perlawaan Lily itu.

"Ala Dr. Ed ni. Bukan ke tadi dia yang nak jalan sendiri. Saya sebenarnya nak belikan baju untuk abang saya. Saiz dia lebih kurang Dr. Ed la. Nak minta tolong cuba untuk saya nanti. Lagipun saya ni tak pandai sangat nak beli baju lelaki". Aku berkira-kira hendak bersetuju ataupun tidak.

DIA BINTANGKU - erti sebuah pengorbananNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ