Bab 6

3.4K 187 41
                                    

"Kau buat apa kat dalam khemah Edlene". Aku disergah oleh seorang lelaki tepat semasa melangkah keluar dari khemah isteriku. Ayunan penumbuknya sempat aku tempis.

"Easy boy, aku yang patut tanya kenapa kau mengendap dekat khemah Edlene waktu macam ni". Tengkingku kuat. Mendidih amarahku apabila lelaki ini tiba-tiba berada di luar khemah isteriku pada awal pagi sebegini.

"Suka hati akulah, lagipun dia kekasih aku. Baik kau lepaskan tangan aku sekarang!". Lagi kuat aku memulas tangannya.

"Bila masa kau jadi kekasih dia hah?!!!". Marahku makin membuak-buak.

"Abang...". Rengekkan manja kedengaran di belakangku. Serta merta aku menoleh. Dengan mata yang masih separa terbuka Ed melangkah keluar dari khemah.

"Sayang! Pakai tudung cepat!". Jeritku apabila melihat Ed tidak mengenakan sebarang fabrik untuk tutup rambutnya. Baju pula terlampau terdedah di bahagian dada.

"Hah!". Pantas Ed mengundur ke dalam khemah semula.

"Edlene! Tolong dapatkan bantuan. Abang tangkap orang ni ceroboh masuk ke dalam khemah awak". Aku tergelak besar dengan aduan itu.

"Abang... Lepaskan dia. Kita cakap elok-elok ya". Pujuk Ed berkesan kerana aku semakin melonggarkan kilasanku. Namun tidak akan ku biarkan sahaja. Dengan sekali tolakan sahaja lelaki yang mengaku kekasih isteriku itu hampir menyembah tanah.

"Kau!". Cuba menerpa ke arahku namun aku mengelak ke kanan, menyebabkan dia terdorong tanpa menyentuhku.

"Abang Eddy! Sudahlah! Ini suami Ed la". Pekikkan Ed membuatkan Eddy terpaku. Kejur sebegitu beberapa ketika.

"Suami???. Boleh tolong jelaskan. Abang tak faham. Kenapa tiba-tiba Ed bersuami?". Eddy menyoal keras. Tangannya mencengkam bahu Ed.

"Jangan sentuh isteri saya!". Tempikku pula. Sakit hati pula apabila melihat sewenang-wenangnya isteriku disentuh oleh lelaki bukan mahramnya.

"Ed! Sini". Tangan Ed terus aku tarik supaya berjauhan dari Eddy.

"Abang Eddy. Kenalkan suami Ed".

"Apa? Suami? Jangan nak tipu abanglah Ed. Bila masa Ed kahwin? Kenapa abang tak pernah tahu pun". Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Eddy. Aku hanya tersenyum sinis memandangnya.

"Sekejap lagi kami ceritakan dari awal sampai akhir. Sekarang sudah pukul enam lebih. Kami perlu mandi dan solat subuh dahulu. Kalau awak nak dengar kisah kami tunggulah di restoren dekat tempat letak kereta". Aku menarik Ed berjalan menuju ke laluan pejalan kaki untuk ke surau, meninggalkan Eddy termanggu di situ. Biar dia rasa, siapa suruh suka-suka hati dekat dengan isteri aku.

"Abang, Ed lupa ambil baju dan sabun dekat khemah". Ed cuba berpaling untuk kembali ke khemahnya. Lelaki itu masih di situ. Tidak sesekali aku benarkannya.

"Abang hantar sayang ke bilik air dahulu. Nanti abang pergi ambilkan semua tu". Kataku sambil memaut erat bahu Ed.

"Tak apa ke? Jauh kan? Kalau Ed patah balik sekarang tak la jauh sangat". Geram pulak dengan isteriku seorang ni.

"Tak sayang. Lebih jauh daripada ni pun abang sanggup". Kata-kataku membuahkan senyuman manis di bibir Ed.

Selesai mandi dan solat subuh aku mengajak Ed ke kedai makan untuk bersarapan. Kawasan perkhemahan sudah tidak seperti dahulu lagi. Semua kemudahan asas disediakan untuk keselesaan para pelawat. Kalau taknak memasak sendiri boleh beli sahaja dekat kedai-kedai yang telah disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.

DIA BINTANGKU - erti sebuah pengorbananWhere stories live. Discover now