Bab 1: Little Reunion

10 0 0
                                    

Pertengahan Tahun  2018

Hans melangkah menyelusuri lautan manusia itu dengan rasa lelah. Dia rasakan sudah hilang jejak dalam situasi menghimpit sebegitu. Peluh kasar mula merenik membasahi wajah dan tubuhnya. Bukan tak mahu mengikut teman - teman untuk makan tengah hari bersama, namun buat masa ini dia memerlukan ruang untuk bernafas. Erti kata lain, dia tidak mahu diganggu.

Hans buat keputusan untuk ke Verde. Lagipun restoran masakan Itali itu paling dekat dengan pejabatnya. Bercerita tentang keputusan, kini segala keputusan dia harus tetapkan seorang diri. Indahnya cinta Fiona sangat dia dambakan. Jantungnya berdetak tanpa tempo tetap. Rasa sebak yang tidak terpujuk setiap masa mencelah dalam emosinya.

Masuk saja ke dalam restoran, satu wajah yang paling dikenali menyambut kedatangannya. Hans mahu mengelak memandangkan sudah terlalu lama dia menjauhkan diri daripada lelaki itu, namun lelaki berbangsa cina itu terlebih dahulu menggamitnya.

"Hans! Lama gila tak jumpa kau! Mari la sini join aku ni." Teman lamanya Jason terus memanggil dengan nada ceria. Bahasa tempatannya begitu lancar tidak pelat. Mahu tak mahu terpaksalah Hans melangkah ke meja Jason.

"Woi. Kau tiba - tiba ada sini buat apa? Hi cute? What's your name?" Hans buat - buat ramah. Dia tahu kanak - kanak perempuan berusia sekitar tiga tahun itu pasti anak Jason. Anak itu bagaimanapun hanya tersenyum malu sambil menikmati lasagna yang dipesan.

"Babe, ni Hans. Bff I masa dekat uni dulu. Hans, ni wife aku Nathira and anak aku, Fiona Jr." Jason memperkenalkan isteri dan anaknya kepada Hans.

"Really Jason? Siap ada Jr?Er. Hi Fiona. What a nice name!" Hans mengusap kepala Fiona.

"Ha lah. Aku jenis tak lupa kawan. By the way, kau dah berapa lama stay sini? Tak pernah nampak pulak selama aku kat sini. Kejam gila taknak contact member - member. Siap deactivated nombor. Apa punya perangai daa." Jason terus menempelak Hans sampai lelaki itu tidak berpeluang mempertahankan diri.

"Aku kerja kat area sini je. Depan sana tu office aku. Kau pulak?" Hans mula duduk sambil memerhati buku menu. Seorang pelayan datang ingin mengambil pesanan. Segera Hans memesan jus epal dan mushroom bruschetta.

"Aku baru datang sini. Tengah usha - usha kawasan. Sebelum ni aku kerja di Langkawi." Jason ketawa riang.

"Abah kau. Baru duduk sini ada hati nak sembang tak nampak akulah apalah. Ni kira bernasib naik sangatlah kau jumpa aku ni." Hans turut ketawa.

"Chill, aku gurau aje. Fiona sihat? Tu sorang lagi. Harapanlah nak contact member sendiri. You tau sayang, nama anak kita ni I ambil sempena nama kawan baik kitorang sorang lagi. Fiona namanya. Fiona ni pulak wife Hans. Alah dulu I pernah story kat you kan." Jason ceria mengenang kisah lama kepada Nathira. Wanita cantik berdarah Siam itu cuma tersenyum dan mengangguk.

"Nampaklah bff-nya di situ." Nathira ketawa kecil.

"A little reunion, kan Hans?" Jason mencucuk seketul gnocchi lalu dicecah secara putaran agar keseluruhannya terpalit kuah gravy sebelum disumbat ke dalam mulut.

"Hans?"

Sepi.

"Hans? Woi. Ada masalah apa - apa ke ni? Dari tadi macam orang tak sihat je aku tengok. Dengan tak terurusnya. Kau okay ke tak sebenarnya ni? Ke takut aku sailang Fiona? Cerita lama la oi! Usah dikenang cerita lama." Jason mula serius.

"Jason, Fiona dah dua minggu meninggal." Hans telan liur. Matanya sedikit berair, cuba dikawal empangan air mata yang hampir pecah.

"What the...!" Jason tak mampu untuk habiskan kata - katanya.

Suasana jadi sepi. Air mata Hans mengalir sepi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 21, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Seindah Cinta FionaWhere stories live. Discover now