💌 Bigboss: Bt apa harini?

Aku kerut dahi sambil menyedut Green Tea Shake.

"Siapa?" Fei bertanya. Qila dan Fara memandangku.

"Bigboss." Bersinar mata Fei sebaik sahaja aku menyebut Bigboss.

"Balaslahh balas."

"Aku nak ingatkan korang sebelum korang lupa. Tn Noh Fitri ni laki org okey. Jgn nak ship aku sangat dgn laki org."

"Alahh boss kau. Jawab cepat jawab." Fei mendesak.

"Fine aku reply."

💌 Lepak dgn dorg Qila dan kawan² lain kat Paragon.

💌 Bigboss: Malam ni free? Ada org nak jumpa.

Aku sekali lagi kerut dahi. Siapalah pulak nak jumpa.

💌 Siapa nak jumpa saya ni Boss? Scaryy

💌 Bigboss: Takyah nak scary bagai. Kita jumpa kat hospital nanti.

"Hospital?" Soal Fei. Qila turut ikut membaca Whatsappku.

"Weii temankan aku weii. Scaryy jugak." Pintaku.

"Dont worry kami temankan kau nanti. Sebelum tu, kita selesaikan dulu apa yg patut sekarang ni." Qila berdiri untuk ke kaunter membayar.

"Ehh hai korang. Takyah susah berdiri. I dah bayarkan meja korang ni sempena dating day aku dgn Fizz." Tiba² Fira muncul dimeja kami sambil menunjukkan resit bayaran.

"Takut korang tak mampu nak bayar. Takpe takpe." Katanya lagi.

Fei dan Fara juling mata naik atas. Qila pula terkedu sekejap. Aku memandang sekeliing mencari bayangan Tn Fizz. Line clear!!

"Hermm cik Nurul Afira. Maafkan saya kalau salah sangka tapi kalau setakat Chicken Chop, Lamb Chop, Burger Set ni. Saya masih mampu nak bayarkan untuk mereka. Kawan saya semua ni. Bukan kawan awak. Opss! Lupa awak takde kawan." Ujarku sambil membuka dompetku. Sengaja aku buka depan² nya menunjukkan wang didalam yg berkepuk-kepuk. Well its actually dui belanja untuk majlis Qila yg dia minta aku pegangkan tadi.

Yes. Aku perasan matanya membulat melihat duit didalam yg bersusun.

"Berapa bill tadi Qila? Syukurlah ada org dah bayarkan. Jimat jugak duit aku kan hari ni. Alhamdullilah." Sambungku lagi dan menutup kembali dompetku.

"Jom kawan² semua kita gerak. Jgn lupa ucap terima kasih erk, nanti kawan² dia kecam kita pula tak tahu nak berbudi bahasa. Ehh opss lupa lagi dia ni takde kawan." Kataku melepas geram dan berlalu keluar.

Muka Fira masa itu aku yakin dan pasti akn merah padam dan ada kemungkinan akan gaduh dgn Tn Fizz harini. Kami meneruskan aktiviti kami tadi mencari barang² majlis sebelum ke hospital.
.
.
.
💌 Boss dah sampai ni. Tapi saya dgn kawan² sekali ni takpe ke?

Aku menghantar whatsappp kepada Bigboss. Kami berempat berdiri ditepi dinding memberi laluan pada para pelawat yg lain.

"Uii Lay!"

Aku menoleh pantas. Kelihatan wajah Wan dan Khairul Adha. Terkejut bukan kepalang aku dibuatnya. Qila pun turut terkejut melihat adikku dan sepupuku.

"Ehh buat apa kat sini? Kenapa tak inform ada kat Labuan ni?" Soalku sambil bersalaman dgn mereka. Belum sempat aku mendengar jawapan mereka, aku terdengar namaku diseru sekali lagi.

"Layla Aileen Binti Adli."

Aku menjenguk arah belakang. Semakin aku terkejut melihat pemilik suara  serak basah.

"Mynn Zaryn Binti Anuar!!" Aku membalas kembali dgn memanggil nama penuhnya. Kami berdua berpelukan. Lama tidak bertemu dgn temanku yg seorang ni.

"Ni kawan aku, Adam Ashraf. Sister kesayangan aku, Layla Aileen." Mynn Zaryn memperkenalkan kami berdua. Aku hanya tunduk hormat sahaja.

Kali ni Fei, Fara dan Qila sekali bingung kenapa aku diseru dihospital.

"Okey. Ni kenapa reramai kat sini? Ada keluarga sakit ke? Mumy ke???!" Aku bertanya.

"Mumy gi umrah Lay. Dgn mak aku dan mak dia ni." Jawab Khairul Adha sambil tunjuk Mynn Zaryn.

"Kau dah kenapa? Baru haritu kita hantar kat KKIA." Wan menyambung.

"Habistu?" Aku angkat kening bertanya.

"Assalamualaikum. Semua dah sampai nampaknya." Suara Bigboss menerpa cuping telingaku.

Aku mundur kebelakang bersama dgn kawan² ku. Seram aku terasa seketika.

"Jomlah. Dia dah tunggu." Luruh suara Bigboss sambil melihat aku yg masih dalam keadaan tertanya-tanya.

Mynn Zaryn menarik lenganku agar mengikutinya. Khairul Adha dan Wan menjadi kepala kumpulan.

Pintu besar dibuka perlahan. Bilik VVIP kiraku. Luas. Dan ada beberapa org yg aku tidak kenali juga ada didalam. Aku lihat seorang wanita yg terbaring diperiksa doktor.

Macam aku kenal akak ni. Dia sakit apa ni? Aku berkata dalam hati.

"Adik.." Perlahan suaranya memanggil. Dia melambai arahku. Bigboss memanggilku. Perlahan aku menghampiri namun tanganku masih belum lepas dari memegang tangan kawan² ku.

Aku dapat melihat dgn jelas wajahnya kali ini.

"Eh akak! Astagfirullah. Maaf kak, saya tak dpt cam akak dari jauh." Ujarku. Serta-merta aku melepaskan pegangan dan segera menyambut tangan kakak tadi.

"Inilah isteri saya Aileen. Melur, dialah insan yg nak jumpa dgn awak. " kata Bigboss tanpa dipinta. Aku kerut dahi, macam pernah dgr namanya.

"Ini ibu dan ibu mertua saya. Itu pula ayah mertua saya." Katanya lagi. Aku bersalaman dgn mereka.

Tak semena-mena kedua ibu tadi memelukku erat sambil menangis. Aku hanya menggosok belakang mereka.

Kawan² ku sudah buat drama airmata. Aku pula menahan sebak. Aku faham perasaan mereka.

"Adik. Sini jap akak nak minta tolong." Pinta Melur perlahan. Aku menghampirinya.

"Akak nak say thank you kat Leen sbb sudi dermakan darah Leen untuk akak. Terima kasih sangat tau." Ujar Melur. Aku terkejut.

"Ohh selama ni akak yg terima darah saya. Maafkan saya kak tak dapat derma lagi buat sementara waktu ni. Saya minta maaf banyak², in recovery lagi." Aku meminta maaf banyak kali. Melur hanya senyum.

"See abang. She is so cute and generous. Its okey adik. Akak okey je." Kata Melur. Aku senyum sahaja.

"Assalamulaikum semua."

Salam diberi dipintu luas kami. Kelihatan seperti seorang ustaz datang bersama dua org lagi. Aku semakin hairan. Aku dan kawan² ku berpandangan. Mynn Zaryn mengenggam hujung blouse aku.

"Waalaikumussalam ustaz."

"Mana satu yg nak bernikah tu? Ramai sangat ni saya tengok." Ujarnya sebaik sahaja duduk di kerusi yg Bigboss sediakan.

"Yg ni ustaz. Pengantin lelaki Noh Fitri Bin Noh Jamal." Kata Melur perlahan. Aku lihat para ibu menitiskan airmata. Peliknya family ni.

Aku memandang keliling. Bigboss nak kahwin? Kalau Bigboss pengantin lelaki mana pulak pasangannya?

"Mana pasangannya?" Ustaz bertanya, dia melihat kami seorang satu yg ada didalam bilik itu. Aku perasan Adam Ashraf memegang hujung baju Mynn Zaryn. Aku ketawa dlm hati.

Aku memandang selang seli antara Bigboss dgn Melur. Mereka berdua memandangku serentak.

"Ini ustaz. Layla Aileen Binti Adli." Melur berkata perlahan namun cukup kuat membuatkan aku ternganga.

"Kalau boleh nikah malam ni, sekarang ni jugak ustaz." Pinta Melur lagi.

"WHAT THE??? Somebody can tell me what is exactly happen here??!" Aku menjerit. Panas hati.

Akhirnya the sleeping demon has awake from deep sleep. Khairul Adha telan liur, Mynn Zaryn menahan gegaran badannya. Qila dan yg lain mundur setapak.

Ms. Intern & Mr. Bigboss (MIMB) ✅Where stories live. Discover now