Giko menyentuh wajah lembut milik Crystalia. Crystalia mula mengeluarkan air mata kerana takut dirinya menjadi makanan Giko.

"Ka-kau jangan sentuh dia dengan tangan kotor kau tu!!"

"Kalau aku sentuh jugak?"

"Kau memang tak guna!!"

"Untuk pengetahuan kau, aku memang tak berguna sejak kecil lagi. Kalau tak, aku takkan masuk penjara, betul tak?"

Giko sengaja menaikkan api kemarahan Kosuke. Dia sangat suka Kosuke marah. Semakin dia marah, dia akan semakin sakit.

Kyho menahan sabar kerana sudah mengetahui kuasa Giko. Bukannya Kosuke tidak tahu, tetapi Kosuke jenis yang mudah marah.

Baru sahaja Kosuke ingin membalas kata2 Giko, Kosuke terus meraung kesakitan.

"Arghh!!!"

Kyho memandang sedih ke arah Kosuke. Dia memarahi dirinya sendiri kerana tidak daoat menolong Kosuke.

Crystalia makin menangis melihat Kosuke yang kesakitan. Giko ketawa sinis melihat keadaan Kosuke.

"Sakit? Tapi malangnya kau je yang rasa. Aku bangga Kyho yang boleh bersabar."

Kosuke memandang geram ke arah Giko. Dia betul2 benci dengan Giko. Sampai mati, dia takkan maafkan Giko.

Giko memandang Crystalia kembali.

"Hai cantik. Sebenarnya niat aku nak makan kau tapi sungguh disayangkan kalau aku makan puteri secantik kau. Jadi, aku nak ucap--"

Crystalia memandang takut ke arah Giko yang sudah menghalakan tongkat sakti ke arahnya.

"--selamat malam."

Dan setelah itu, Crystalia terus jatuh ke tanah. Mata Kyho dan Kosuke terbuntang luas memandang Crystalia sebegitu.

"Apa yang kau buat bodoh!!"

Giko tersenyum sinis kepada Kosuke. Dia langsung tidak takut dengan Kosuke yang pemarah itu. Kerana baginya, hanya dia ahli sihir yang paling berkuasa.

Giko mula berjalan pergi meninggalkan mdreka bertiga, tetapi beberapa langkah setelah itu, dia berhenti seketika.

"Oh ya, semoga berjaya bangunkan tuan puteri tu."

Sesudah itu, Giko terus menghilangkan diri dengan penuh gelak ketawa.

Badan Kyho dan Kosuke kembali normal setelah Giko tiada. Tanpa membuang masa, Kyho dan Kosuke terus berlari ke arah Crystalia yang tidak sedarkan diri.

"Apa sudah jadi dengan tuan puteri?"

"Aku rasa, dia telah membuat Crystalia tidak sedarkan diri."

Kyho menghembus nafas kasarnya. Dia betul2 tidak menyangka nasib Crystalia seperti ini. Tujuan mereka membenarkan Crystalia tinggal dalam hutan ini adalah untuk melindungi Crystalia dalam bahaya, tetapi disebabkan kedatangan Giko, terus menjadi seperti ini.

"Kenapa la dia buat Crystalia macam ni, dia ingat ni cerita Snow White ke?!"

Kyho menggeleng kepalanya dan mula mengangkat tubuh Crystalia ke tempat tidurnya.

Mujur ringan.

"Apa yang kita nak buat sekarang, Kyho?"

Soalan Kosuke membuatkan Kyho terdiam sambil memikirkan strategi.

"Ha!!"

Terkejut Kyho apabila Kosuke menjerit di hadapannya. Kosuke memandang Kyho dengan senyuman misteri.

'Bodyguard' For PrincesWhere stories live. Discover now