Hidup serba dalam kekurangan dan kemiskinan. Tetapi mereka masih tetap rasa bahagia. Makan apa yang ada dan hidup dengan saling mencukupi.

“Rai, tadi Dean tanya saya pasal bapa dia..” Sofea duduk di sofa depan Rainie yang sedang menonton tv.

“Hah? Jadi apa kau cakap?”

“Saya cakap bapa dia kerja luar negara nda tau bila balik...”

“Adeh Sofea.. Sampai bila kau mau begini? Bagus kau kawin lah...”

“Gila... sama siapa kunun saya mau kawin..”

“Adei...cari la bah...”

“Fikir pilih laki ni macam pilih bajukah?”

“Eh! Macam mana sama 'master' kau tu? Kau masih follow pasal dia?”

“Hrmm..adalah juga saya follow. Bukan susah pun.. tu na bangunan besar tu dia punya...” Sofea angkat tangan tunjuk ke arah banguna  besar di Kota itu. Dia memang tidak perna tidak mengikuti perkembangan Dominic. Dia tahu Dominic seorang ahli perniagaan dan orang yang sangat kaya.

Dia sudah cukup jera dengan Rafael. Tidak mungkin dia mau bermain dengan api lagi. Biarlah Dominic si lelaki asing itu tidak tahu kewujudan dia dan Dean.

*****

“Arggg!” Dom terjaga dari tidurnya. Dia mimpi ngeri lagi. Sudah 5 tahun dia asyik bermimpi ngeri tentang seorang wanita yang memimpin seorang kanak-kanak lelaki. Wanita itu di kejar oleh sesuatu hingga ke tebing. Wanita itu nekad terjun ke laut bersama anak lelaki itu. Dia cuba untuk selamatkan mereka tetapi gagal.

Dia lihat bagaimana mereka mati lemas tanpa dapat dia selamatkan. Mimpi itu sering datang dan berulang membuatkan dia jadi sangat trauma.

“Why? Kau siapa? Kenapa kacau aku?! Arrggg!!!” Dom mengaum kuat.

Pintu bilik di buka. Ailee (ibunya) masuk.

“Dom? What wrong? Mimpi lagi?” Ailee memeluk anaknya. Dom angguk. Tubuhnya berpeluh.

“Nah... Minum ni..” Ailee tuang air ke dalam gelas lalu di bagi pada Dominic.

“Ma, I need to tell you something...” Dom membetulkan duduknya.

“What?”

“Lima tahun lalu, wedding saya tu... I go with Yalie. I got drunk and go to the Resort. I meet a..I dont know girl or women.. what ever! That nigth...” Dom tunduk.

“Dom? Kau ada sentuh tu perempuan?” Dom angguk.

“Then?”

“Pagi tu dia keluar before I awake. She left...without saying anything...”

Ailee diam. Dia tahu apa yang di maksudkan oleh anaknya itu. Dia tahu anaknya telah lakukan satu kesilapan. Tetapi siapa dia untuk menghukum Dom sedangkan Dom ketika itu sedang menelan kekecewaan kerana perbuatan abangnya dan Dayana.

“Mom...maybe she...”

“Son, mungkin dia mengandungkan anak kau dan mungkin tidak. Sudah 5 tahun berlalu... you dont even know her. Macam mana mau cari?”

“I will find her mom... I will... selagi tidak jumpa..mimpi ni akan terus ganggu saya!”

“Okay.. I let Yalie and others know bout this..” Ailee bangun dan segera keluar dari bilik itu.

Dom menghempas semula kepalanya di tilam empuk itu. Dia sudah tidak tahan dengan gangguan tersebut. Jangan-jangan itu adalah hukuman dari Tuhan kerana apa yang perna dia lakukan 5 tahun lalu. Di sebabkan mimpi itu hidupnya menderita. Sikapnya yang dingin bertambah dingin dan dia sudah tidak boleh mendekati mana-mana wanita lagi.

Dia benci dan marahkan semua wanita yang dia lihat. Wanita datang dan pergi dalam hidupnya hanya kerana wang dan kedudukannya. Kalau berterus dia mungkin akan bunuh mereka semua.

*****

Rainie berlari balik ke rumah.  Dia  terpaksa lari bersembunyi kerana di kejar oleh along. Dia dan Sofea masih ada hutang yang tertunggak lagi. Mereka tidak akan dapat lari dari along tersebut.

“Sofea! Kita mesti lari!”

“Kenapa?” Sofea baru sahaja siap masak.

“Akai mau datang! Dia mau paksa kita melacur!”

“Apa?!”

“Mana Dean? Cepat!” Rainie mencari Dean.

“Dean!” Sofea masuk ke bilik dan terus mengangkat Dean yang masih tidur.

“Mana kita mau pigi malam-malam ni?” Sofea menutup kepala Dean dengan tuala busuknya.

“Sofea, kau lari dulu. Kau bawa Dean lari jauh-jauh. Biar aku saja alih perhatian diorang...” Rainie menolak tubuh Sofea.

“Apa?! Tidak! Saya nda mau Rai.kalau mau kita bersama...” Sofea berkeras.

“Kau nda fikir Dean kah? Kau mau jadi pelacur?! Jadi Dean? Kau mau Dean ada mama pelacur?” Rainie menjerit. Dia tidak mahu Sofea berdegil lagi.

“Rai, kita lari sama-sama...”

“Sofea, saya janji..kita akan jumpa juga. Kau lari dulu... saya telefon kau nanti...” Rai terus menarik tangan Sofea keluar dari rumah.

Dia membawa Sofea lalu jalan belakang. Rumah kampung yang diorang sewa ni berdekatan dengan kebun orang lain. Waktu malam ada lampu yang sengaja di hidupkan untuk halang perosak kebun datang menyerang.

Rainie terpaksa menarik tangan Sofea masuk ke dalam semak. Dia dapat dengar bunyi kenderaan Akai. Nampaknya mereka sudah datang.

“Sofea, kau lari saja terus... selamatkan diri kau..Akai akan stop cari kalau dia jumpa salah satu dari kita... nda apa kalau dia jumpa saya. Tapi kau? Macam mana sama Dean? Dengar cakap saya....kau pigilah...lari...” Rai menolak tubuh Sofea.

Sofea memandang Dean yang dalam pelukkannya. Dia pandang pula Rainie. Tidak ada sahabat seperti Rainie di dunia ini. Sofea menarik Rainie lalu di peluk erat.

“Saya akan cari kau Rai...”

“Kita akan jumpa lagi...cepat pergi!”

Dalam keadaan terpaksa Sofea pergi tinggalkan Rainie. Satu-satunya sahabat dari syurga yang dia punya. Rainie melambaikan tangan sebelum berlari semula ke arah rumah mereka. Dia perlu alihkan perhatian Akai dan orang-orang demi Sofea dan Dean.

Sofea berlari laju...cuba selamatkan diri dan anaknya....air matanya tidak henti mengalir...

Bersambung...........

Red AngelWhere stories live. Discover now