f i v e

94 16 0
                                    

❁ ❁ ❁

2 years later.

- Kim Seoun

Aku memerhati mereka dari jauh di dalam kereta. Kelihatan Jungkook mencium lembut dahi perampas itu di hadapan pintu rumahnya.
Aku mengenggam kuat genggamanku pada stereng kereta sambil mengetap bibir.

Sakit.
Hati aku sakit.

Tapi, aku mesti kuat. Untuk menagih semula cinta dari seorang jejaka. Lagi-lagi jejaka seperti Jungkook.

Aku sanggup buat apa saja. Demi kepentingan diri aku sendiri.

Aku mengikut kereta jungkook yang meluncur laju dari belakang. Aku meninggalkan jarak sedikit di antara kereta kami untuk mengelakkan sebarang keraguan.

Jungkook menghentikan kereta audi yang dipandu olehnya di tempat parking lot di hadapan sebuah bangunan tinggi.

Aku mengambil beberapa fail di atas passenger seat. Aku melihat pantulan aku di cermin kereta. Kemudian, aku mengoles secalit gincu berwarna merah pada bibirku. Aku tersenyum sinis.

The real game is going to start soon, my love.

Aku mengambil beg tangan Gucci berwarna hitam lalu keluar dari perut kereta dengan langkah yang berkeyakinan yang dibuat-buat. Dapat aku rasakan aku kini menjadi tumpuan mata-mata yang berada di situ.

Ya, itulah keistimewaan aku. Aku mempunyai paras rupa yang jelita dan satu aura yang menarik perhatian orang.

---

Aku memperbetulkan skirt pendek paras paha yang dipadankan dengan blouse berwarna merah. Aku merenung pintu yang di label dengan papan tanda kecil berwarna hitam.

'Chief Executive Officer'

Aku mengetuk pintu
sebuah bilik dengan tangan yang menggigil sambil menggengam fail-fail yang aku bawa dari rumah.

Jantung aku berdetak kuat menandakan aku sedang gementar. Ya, memang aku gementar tentang reaksi yang akan dilontar oleh si dia.

" Masuk. "

" Good luck Seoun. You can do this. " Aku membisikkan beberapa kata semangat untuk diri aku sebelum melangkah masuk dengan senyuman manis.

" Oh, kamu Kim Seoun ya? " soal seorang lelaki berumur yang sedang duduk di atas kerusi kulit berwarna hitam.

" Ya, saya Tuan Jeon. " balasku sambil melontar satu senyuman kecil ke arahnya.

Dia membalas senyumanku lalu menjemput aku duduk di atas kerusi dihadapannya.

" Baiklah seperti yang sudah dimaklumkan, kamu sudah dilantik untuk menjadi full-time assistant kepada COO Jeon, am i right? "

" Yes, sir. " balasku dengan agak tenang sebelum tersenyum lebar.

Krekk

Bunyi pintu dikuak membuatkan aku dan Tuan Jeon serentak mengalihkan perhatian kepada figura yang baru sahaja menapak masuk.

" Good morning Jungkook, meet your own new assistant, Kim Seoun. " seraya tuan Jeon berkata sambil melemparkan sebuah senyuman kecil kepada anaknya ataupun dikenali sebagai COO Jeon.

" Hello, Mr. Jeon. Im you new asisstant, Kim Seoun. Nice to see you again, love. " aku membisikkan perkataan terakhir itu supaya tiada orang yang dapat mendengarnya kecuali aku.

______________________________________

TBC

srs tak puas hati dengan chap ni ;;
This chap is just a filler i promise the next chap will be better than this.

vote ✔ comment✔ share ✔ enjoy!

[ 15+ ] Confession + jjk Where stories live. Discover now