Banyak lagi perempuan lain , bini aku jugak kau nak masuk line !

Dia keluar daripada tempat persembunyian . Rambut yang sedikit berserabai dibetulkan begitu juga dengan baju kemejanya .

Ashrell mengorak langkah menuju ke tempat isteri dan lelaki jahanam itu berbual . Senyuman nipis diberikan pabila anak matanya menangkap senyuman daripada isterinya .

" Sorry Bie lambat sikit . Orang ramai dekat tandas . " ujar Ashrell tanpa memandang wajah Edward yang galak merenungnya .

Ada aku kesah ? Bini aku . Suka hati aku la !

Dheya mengerutkan wajah apabila telinganya menangkap panggilan yang digunakan oleh Ashrell . Bie ? Like seriously ?

Ashrell tidak menghiraukan kerutan wajah isterinya . Pinggang ramping Dheya dipeluk manja . Sempat juga pipi gebu Dheya dicium sekilas .

" Eh , awak ni ! Tak malu ke ? Ada orang lain tau dekat sini ? Sorry ye , Edward... " Dheya bersuara sambil menoleh ke wajah Edward dan seterusnya Ashrell .

Ashrell membuat wajah terkejut .

" Tak kisah pun . Benda halal , kan Encik Edward ? " Ashrell sekali lagi membidas .

Dheya menggeleng . Nampak benar suaminya itu cemburu dengan Edward . Apa yang dia cemburu pun , Dheya tidak tahu .

Untuk menjernihkan keadaan yang semakin tegang , Dheya dengan segera memeluk lengan Ashrell dan meminta izin untuk pulang .

" Err... Takpelah Edward . Kami balik dulu ya . Jumpa lagi... " pamit Dheya lalu menarik tangan Ashrell . Dia tahu suaminya itu sedang menahan sabar . Kan tak pasal pasal ada yang bertumbuk jugak nanti !

Sesampai di tempat letak kereta , Ashrell terus meleraikan pegangan Dheya di lengannya lalu masuk ke dalam perut kereta . Dheya ditinggal begitu saja .

Geram ! Isterinya bukan mahu membelanya malah memenangkan lagi lelaki jahanam itu ! Entah apa yang istimewa pun dia tidak tahu . Biasa saja .

" Ish ! Awak ni kenapa ? Eeeii... " omel Dheya sambil menghentakkan kaki di atas jalan tar . Tiada langsung rasa malu mahupun sakit . Yang dia tahu , Ashrell dah melampau !

Ashrell mendengus kasar . Kedua - dua jari telunjuk disumbat laju ke dalam lubang telinga . Tidak mahu mendengar tangisan mengada - ngada isterinya itu .

Dheya menjerit geram . Tangisan yang mula - mula perlahan mula dikuatkan pabila tiada feedback daripada Ashrell yang masih duduk di dalam kereta .

Tayar kereta disepak kasar . Ashrell mendengus untuk entah ke berapa kali . Pintu dibuka dan dia mengatur langkah menuju ke isterinya .

Memekak ja bini aku ni tahu !

Lengan Dheya ditarik dan dibawa masuk ke dalam kereta . Enjin kereta dihidupkan dan pedal minyak ditekan .

Dheya masih lagi dengan tangisan kecilnya . Langsung tidak mengangkat muka memandang wajah suaminya tika itu .

Ashrell menjeling dengan ekor mata . Bibir digigit geram . Pedal minyak ditekan seraya menambahkan lagi had kelajuan di jalan raya . Dia mahu tengok sejauh mana Dheya mahu mendiamkan diri .

Dheya mendongak sedikit pabila merasakan yang kelajuan kereta semakin meningkat dan laju . Dapat dirasakan tubuh badannya sedikit terhuyung - hayang .

Dadanya juga berombak kencang pabila matanya dapat menangkap kereta yang dipandu oleh Ashrell dengan lajunya memintas dan memotong kereta yang berada di hadapan .

Preeettt..... Kreeeett.....

Pinn ! Pinn ! Pinn !!

Kreet.....

Prettt........

“ Syed Ashrell Lee ! Are you crazy ? ” jerit Dheya kuat sambil tangan mencengkam kulit kerusi dan sebelah lagi berpaut pada palang kereta .

Bunyi tayar kereta bergeseran dengan permukaan jalan menimbulkan bunyi yang membingitkan cuping telinga seterusnya mendorong kereta mereka berhimpit dan berselisih dengan kereta yang lain .

Dheya semakin cemas apabila tiada tanda - tanda Ashrell ingin memperlahankan kelajuannya . Pegangan di palang dikuatkan .

Dalam hati tidak henti - henti dia berdoa agar Allah menyelamatkan nyawanya dan Ashrell .

“ Ashrell... Please... I'm begging you . Jangan buat kerja gila . Perlahankan kereta... Saya tak nak mati lagi !! ” pujuk Dheya dengan nada yang mendatar .

Namun reaksi Ashrell masih seperti tadi . Dheya mula panas punggung . Mata dijeling ke meter kelajuan . Jarum mula menunjukkan angka nombor yang maksimal .

Dheya menyumpah di dalam hati . Dia mesti melakukan sesuatu kalau mahu menyelamatkan nyawanya daripada melayang .

“ Bie... Saya merayu dengan Bie , bawa slow sikit . Saya minta maaf kalau awak marah saya bercakap dengan Edward . Saya janji ! Saya takkan bercakap atau jumpa dengan dia lagi . I'm swear ! ” ujar Dheya kuat .

Ashrell tersenyum sinis apabila mendengar rayuan isterinya . Tahu takut ! Aku baru acah sikit . Kelajuan kereta diperlahankan .

Dheya menghela nafas lega apabila Ashrell mula membawa kereta dalam keadaan  yang normal . Dada diurut perlahan .

“ Fuhh ! Alhamdulilah . ” bisik Dheya perlahan . Kepala ditoleh menghadap wajah dingin suaminya . Tangan Ashrell dipegang .

Sorry... ” Perlahan sahaja suara Dheya memohon maaf . Ashrell menjeling sekilas sebelum memutarkan stereng kereta dan memberhentikan kereta di bahu jalan .

“ Aku tak suka kau rapat dengan jantan tak guna tu ! Aku suami kau ! ” marah Ashrell sambil merenung tajam mata isterinya .

Dheya meneguk liur . Panahan mata itu menandakan suaminya benar - benar memaksudkan apa yang diperkatakan olehnya . Dheya mengukir senyuman nipis dan mengangguk .

“ Saya janji ! ” Bersuara Dheya sambil mengangkat tangan seperti gaya seseorang sedang bersumpah .

Ashrell mengangguk . Hidung mancung Dheya dicuit .

“ Aku maafkan kau .”

Kereta bergerak semula dan menuju ke rumah .

♣ ️♣️ ♣️

End.
































Kidding...🔥

Isteri Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now