Bab 26

57.5K 2.4K 73
                                    

Ashrell menghela nafas . Dari petang tadi , Dheya bersikap acuh tidak acuh kepadanya . Ditanya mengapa , dibalas dengan jelingan .

Macam - macam ragam betul !

Pintu bilik ditolak perlahan . Figura isterinya dicari - cari . Kosong ! Ke mana pulak isterinya pergi membawa diri ?

Haish !

Tiba - tiba , cuping telinganya menangkap bunyi pancuran air . Tahulah dia yang Dheya sedang bermanja - manja di dalam bilik air .

Badan direbah lembut ke atas katil . Melepaskan lelah seharian bertungkus lumus menyiapkan proposal dan juga tander project .

Hari minggu begini tidak menjadikan alasan untuk dia tidak bekerja . Sesuailah kalau dia digelar workholic . Sama seperti Daddynya .

“ Arghhh !! ”

Bunyi jeritan Dheya dari dalam bilik air mengejutkan Ashrell daripada lena . Terus badan dibawa ke depan bilik air .

Pintu diketuk dengan sekuat hati . Ashrell dapat mendengar bunyi rintihan Dheya . Ashrell cemas .

“ Suha ! Suha ! Answer me !! Kau okay tak ? Buka pintu ni , suha !! Buka pintu ni , aku nak masuk !! ” arah Ashrell . Pintu diketuk buat kesekian kalinya .

Namun , masih tiada jawapan daripada orang di dalam . Ashrell semakin tidak tentu arah . Dengan ganasnya , dia merempuh kasar bilik air itu .

Sekujur tubuh yang sedang merintih kesakitan dipandang penuh gelisah . Lantas dengan segera , dia mendapatkan tubuh itu .

“ Suha ! Kau okay tak ? Macam mana boleh jatuh ? Kau sakit dekat mana ? ”

Bertubi - tubi Ashrell menyoal dengan riak wajah yang cukup gelisah . Wajah Dheya yang sedang berkerut - kerut menahan sakit menambah gusar di dada .

“ Aw-awak... Sa-saya sakit.. Sakit.. ” ujar Dheya perlahan . Kaki kanan dipegang dan diurut - urut perlahan .

“ Okay-okay ... Aku papah kau keluar ya ... ” balas Ashrell lalu belakang badan Dheya dipegang . Nasib baik isterinya itu sudah memakai bathrobe .

Tak... Tak boleh... Saya tak boleh bangun...Please ... Sakit sangat ni.. ” adu Dheya lagi .

Ashrell buntu . Tanpa berfikir panjang , dia terus mendukung Dheya gaya bridal style . Dheya pula melingkarkan tangan di leher Ashrell .

Tubuh badan Dheya diletakkan di tengah katil . Baru sahaja , Ashrell mahu bangun untuk mengambil minyak .

Tidak semena - mena lengannya ditarik lembut oleh Dheya . Ashrell jatuh terduduk di sisi Dheya . Wajah sembab isterinya dipandang .

Dheya mengukir senyuman menggoda sambil jari liar menari - nari di dada Ashrell yang terdedah .

“ Suha , bukan kau sakit kaki ke ? ” polos Ashrell menyoal dengan perasaan yang pelik .

Tadi isterinya itu menangis macam hilang suami sekarang boleh tersenyum sampai ke telinga . Siap dengan gaya kucing parsi baru beranak pulak tu !

Dheya tersengeh . Tangan Ashrell digenggam perlahan . Wajah suaminya ditatap penuh kusyuk . Serasa macam malam itu malam terakhir mereka berjumpa .

Did you lie to me , Mi amore ? Is it ? ” Ashrell bersuara dengan nada yang berbau amarah .

Dheya angguk . Tanpa rasa bersalah mahupun takut . Dia mana boleh takut kalau mahukan misi malam itu terlaksana !!

Shit ! Kau tipu aku Suha ! Bagai nak gila aku risaukan kau , kau boleh se-- ”
Belum sempat Ashrell menghabiskan ayatnya , Dheya yang dapat menghidu aura harimau jantan suaminya ingin keluar , dengan segera mencium bibir suaminya .

Isteri Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now