E | BAB 5

82.1K 3.2K 47
                                    

Ashrell memakirkan kereta BMW miliknya di garaj kereta sebelum menapak keluar dari perut kereta. Dia terpaksa berjaga malam hari ini semata-mata ingin mendapatkan info tentang musuhnya, Chris.

Dia dan Chris memang daripada kecil lagi tidak sebulu. Masing-masing dengan ego dan dendam yang tak pernah padam. Chris juga seorang lelaki yang sangat licik dan berpengaruh sama sepertinya.

Pintu mansion dibuka dengan menggunakan kad. Faliq dan anak-anak buahnya sudah lama menunggu dia disitu. Matanya meliar memandang ke sekeliling sebelum menghenyakkan punggung di sofa.

"Kau semua dah buat kerja yang aku suruh?" soal Ashrell mendatar. Mereka menganggukkan kepala. Jack, yang merupakan orang kanannya, menghulurkan sebuah file yang mengandungi maklumat tentang Chris.

"Semua info tentang Chris ada dalam fail ni, bos. Saya dengan yang lain dah double check info yang ada." beritahu Jack.

"Ini je yang kau dapat?" tanya Ashrell kepada Jack sambil membelek kertas yang terkandung di dalam fail. Satu-persatu info dibaca dengan penuh teliti.

Jack menganggukkan kepala. "Chris pandai sembunyikan diri dia bos. Dia selalu keluar masuk Malaysia sebab tu kitaorang susah nak detect dia."

Ashrell menghentak meja dengan kuat. Shit! Dia dah agak. Lelaki itu memang sengaja cari pasal dengan dia. Macam lah dia tak tahu perangai licik Chris.

"Aku tak kira. Aku nak kau cari jantan tu sampai dapat. Jangan bagi dia terlepas. Satu lagi, suruh Robert datang jumpa aku bila dia balik nanti." ujar Ashrell dingin.

"Baik Bos!" jawab Jack akur. Dia tak berani nak membantah. Takut nanti putus kepala dia. Perangai killer and devil Syed Ashrell Lee bukan boleh dibuat main. Sekali saje orang membuat onar dengan dia, seumur hidup orang itu akan merana.

"Liq, aku nak kau tambah lagi orang untuk ikut Chris. Aku tak nak diorang makan gaji buta. Kerah diorang cari Chris sampai dapat." arah Ashrell dan dibalas dengan anggukan oleh Faliq.

Ashrell bingkas bangun dan menghilangkan diri ke dalam bilik kerjanya. Dia nak berehat sekejap.
Dia tahu cepat atau lambat Chris akan datang menemuinya.

Dheya mengambil remote Tv di atas meja lalu melabuhkan punggung di sofa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dheya mengambil remote Tv di atas meja lalu melabuhkan punggung di sofa. Dia bosan sekarang ni! Dia nak berbual dengan Cik Gayah tapi awal-awal lagi wanita itu sudah masuk tidur.


Jadi, tinggal dia seorang diri sekarang. Ashrell? Daripada pagi lagi, dia tidak nampak batang hidung lelaki itu. Mungkin sibuk bekerja.

Kreek...

Pintu rumah dikuak. Dheya menoleh ke pintu dan terpampang wajah lesu Ashrell di muka pintu. Dheya ukir senyum nipis sebelum berlalu ke dapur. Dia nak buat minuman favourite lelaki itu.

Isteri Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now