Ellyda bangun. "Sokay, you tak perlu call."

"Just listen to me, you yang buat I jadi macam ni and sekarang you nak merajuk? I akan call you and please answer my call. You know right, I hate decline."

Ellyda buat tidak endah sahaja. Dicapainya tas lalu berganjak pergi. Setibanya di hadapan pintu bilik, suara Mikhail memberhentikan perbuatannya. "Oh! By the way, I'm sorry if I lukakan hati you. Take care and I love you."

Seusai berbicara, Mikhail kembali duduk seraya memandang figura gadis itu perlahan-lahan berlalu pergi. Kemudian, tangannya meraup kasar rambutnya. "Bodoh Mikha!" Dia memaki hamun dirinya sendiri. Terasa dirinya terlalu cepat panas baran sehinggakan benda kecil sebegini sudah berani menggugurkan air mata seseorang.

Mungkin sebab inilah, Ayra menderita hari-hari kerana sikapnya yang pantang dicabar. Entah kenapa, hatinya seakan tidak mampu untuk memiliki dua hati sekaligus. Kadang-kadang hatinya mendesak agar memilih di antara dua, sama ada Ayra Sophia atau Ellyda Zahra.

Hatinya tidak mampu untuk melukai sesiapa. Kalau dia memilih Ayra, hati Ellyda akan terluka. Terasa bagai, dia sudah mensia-siakan hidup gadis itu dengan janji-janji manisnya yang akan mengahwini gadis itu. Kalau dia memilih Ellyda, hati Ayra pula yang akan terluka. Ayra isterinya dan wanita itu sudah sanggup menggadaikan segalanya hanya untuk dirinya. Sanggup mengorbankan diri untuk berbakti seumur hidup dengannya. Takkan kerana silapnya, dia terpaksa menceraikan isterinya, wanita yang berjaya mencuri hatinya?

Ya Tuhan, aku buntu.

Akhirnya, Mikhail mengambil keputusan untuk menyambung kembali pekerjaan dengan segera. Waktu lunch nanti, dia akan pulang ke rumah kerana sudah berjanji dengan isterinya yang dia akan makan tengahari di sana. Mungkin, lewat petang nanti dia akan menelefon Ellyda dan memujuk gadis itu.

-*-

Kringgg..Kringgg..

Telefonku yang berada di atas meja solek, berbunyi rancak. Lantas aku meletakkan novel itu di atas katil lalu melangkah cepat ke arah meja itu.

"Hilman?"

Lantas aku menjawab panggilan itu seraya melabuhkan punggungku ke atas kerusi yang disediakan di situ.

"Assalamualaikum, Ayra." Ujar Hilman sebaik sahaja aku mengangkat panggilan itu.

"Waalaikumussalam. Ada apa awak call saya?" Soalku aneh. Sudah beberapa hari, aku tidak mendengar khabarnya. Mesejku juga diabaikan olehnya.

"Sorry, saya busy kebelakangan ni sampaikan mesej awak pun saya sempat seen je. Saya call awak ni sebab nak bagitahu good news. Wanna know?"

Berita gembira? Soal apa?

JAP! Jangan cakap yang Doktor Amer setuju nak batalkan pembedahan aku?

"What?"

Aku dengar Hilman ketawa. Ya Allah, makin berdebar pula jantung aku ni.

"Saya dah berjaya tepati janji saya pada awak. Amer setuju dengan keputusan awak and yes, dia suruh awak datang ke hospital untuk info lanjut."

Allah! Aku terkedu mendengarnya. Seakan aku sedang bermimpi indah tika ini.

"Hei, Ayra?"

"Awak serius? Serius yang saya tak perlu buat pembedahan? Awak tak tipu kan? Awak bercakap benar kan?"

Hilaian tawa dari Hilman membuatkan aku berasa seram sejuk. "Awak ni, dah macam inspektor polis pulak. Ye, Ayra. Saya serius dengan kata-kata saya. Amer sendiri setuju dengan keputusan awak. Kalau tak percaya, datanglah hospital. Pergi jumpa dengan Amer."

Allahuakhbar. Terima kasih, Ya Allah sebab dah makbulkan doa-doaku. Titisan jernih kegembiraan mulai mengalir di pipi. Sungguh, aku sangat bahagia tika ini.

"Terima kasih, Izz. Terima kasih sangat-sangat. Saya tak tahu nak gambarkan betapa gembiranya saya tika ini dan sekali lagi, terima kasih. Thanks so much, Izz." Ujarku penuh perasaan. Berkali-kali mulutku menuturkan ucapan itu.

Seusai berbalas salam, aku mematikan panggilan itu. Tanganku mengusap perlahan air mata yang sedang mengalir di pipi. Bukan air mata kesedihan menyelubungi hatiku, tapi air mata kegembiraan yang menyelubungi hatiku. Terasa bagaikan mimpi namun inilah hakikatnya. Segala impian, segala doa-doaku, akhirnya dimakbulkan jua.

Nak bagitahu Mikhail sekarang atau tunggu dia balik? Ala, nanti dia balik juga kan?

Lalu, aku mengambil keputusan untuk membiarkan ianya sebagai kejutan. Sumpah, aku lega dengan semua ini. Allah masih menakdirkan aku supaya dapat memperolehi keistimewaan yang semua wanita ada iaitu mengandung.

Sesekali aku melurutkan pandanganku ke arah perut yang agak kempis ini. "In shaa Allah, dalam perut ini nanti pasti ada yang bernyawa."

Tiada apa yang akan terjadi melainkan dengan izinNya. Ye, kesabaran itu penting dan sangat penting dalam kehidupan. Mungkin bukan sekarang aku mampu kecapi keinginanku, tapi nanti, bila tiba masa yang sesuai, aku pasti dan sangat yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa-doaku.

Alhamdulillah.

Terima kasih Tuhan.

Ini semua buatmu, suamiku..

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now