Bab 12: Tetamu Malam

Start from the beginning
                                    

Ini bukan perjuangan kosong

ini perjuangan penuh kemuliaan!

Mahukah kamu bersamaku

menghadapi ombak cabaran mendatang?

Jika engkau mahu melihat

cahaya dunia

di sebalik tembok bernama tirani

maka sertailah perjuangan ini

yang memberi hak padamu

bebas dari cengkaman diktator!

"Dan akhirnya ramai akan mati kerana percaya pada kata-kata lagu ni..." Aidi terus bermonolog sendirian. Kini, dia mula memasuki jalan cenuram menuju ke puncak Genting Highland. Aneh, radio yang sedang dimainkan itu tiba-tiba diganggu oleh bunyi aneh, seperti ada gangguan yang menutup gelombang radio. Dan kemudian, dari kejauhan kelihatan seorang wanita lengkap dalam kebaya berjalan sambil membawa sesuatu kelihatan seperti uncang. Lantas Aidi mengintai di tingkap. Salji semakin tebal turun dari dada langit, menyembah bumi. Dan perempuan yang sedang melangkah, lagi-lagi di kawasan tanah tinggi seperti itu dalam keadaan.. sekadar berbaju kebaya?

"Gulam... bangun!" kejut Aidi ketika dia mula memperlahankan bas sekolah itu. Namun, dengkuran Gulan terus berkumandang membuatkan Aidi menggeleng. Terus dia menoleh belakang, melihat isi bas tersebut. Ternyata bukan Gulam sahaja, tetapi semua sahabatnya sedang lena dibuai mimpi masing-masing.

"Ini yang aku tak suka ni," gerutu Aidi seorang diri. Tiba-tiba, tanpa diduganya, bas tersebut berhenti dengan senidri walaupun kakinya sedang menekan pedal minyak. Seolah-olah ada satu kuasa yang sedang menahan bas tersebut daripada bergerak. Gadis yang kelibatnya sedang lenggang-lenggok berkebaya merah, sambil membawa uncang di tengah-tengah salji yang sedang turun sedang berdiri di hadapan pintu masuk bas sekolah, tersenyum memandang Aidi yang terpingga-pingga dengan situasi yang berlaku.

Gadis itu tidak pula nampak tanda kesejukan walaupun Aidi percaya bahawa suhu sudah jatuh dibawah takat beku. Baru sahaja dia berkira-kira mahu membuka pintu itu, tiba-tiba sahaja tanpa langsung dalam kawalannya, bunyi kerut bergema menandakan bahawa pintu bas tersebut sedang terbuka dengan sendirinya. Tanpa diperlawa, dia melangkah masuk ke dalam bas lalu mengambil tempat duduk kosong di belakang Aidi.

"Macam mana...." tutur Aidi tidak percaya.

"Abang Aidi... boleh hantar saya ke rumah saya? Dah tak jauh dah...." tuturnya.

Pintu bas tadi tiba-tiba tertutup dengan sendirinya. Bas tersebut bergerak memanjat jalan raya yang semakin curam. Aidi yang terkejut dengan babak yang baru sahaja berlaku depannya terus mengeluarkan sepucuk pistol lalu diacukan tepat ke arah gadis itu.

"Keluar dari bas aku sekarang..." Aidi memberi amaran ketika bas tersebut berterusan bergerak dengan sendirinya. Gadis tersebut sekadar membetulkan selendangnya. Senyuman sinis terukir di wajahnya.

"Saya tahu... abang Aidi tak akan berani tembak gadis... secantik saya," tuturnya membuatkan Aidi seperti tergamam untuk seketika. Gadis tadi tiba-tiba berdiri, lalu membuatkan tangan Aidi yang baru sahaja jatuh tadi bangkit teracu pistol semula ke arah gadis itu. Dia melintas ditepi Aidi lalu menekan sebuah punat.

"Tenang.... saya cuma nak hidupkan alat sodok salji tu. Kat atas sana, ada salji tebal. Takut bas ni tak boleh lalu nanti," tuturnya yang seperti tersangat arif dengan segala punat-punat yang tersedia di tempat pemandu bas itu. Dia melintasi tepi Aidi buat kali kedua. Namun kali ini, lintasan itu menyebarkan bau harum yang semerbak.

"Bunga kemboja?" soal Aidi.

"Dah sampai," tuturnya lalu bangkit daripada tempat duduk itu. Pintu bas sekali lagi terbuka dengan sendirinya. Bas tersebut berhenti tepat di tepi jalan yang dikelilingi hutan tebal. Aidi terus mencapai jaket kulit berbulunya yang digantungkan pada tempat duduk bas itu, sebelum mengekori si gadis dari belakang. Pistol jenis Glock 19 di tangannya diacu kemas. Si gadis terus melangkah ke dalam hutan tebal.

"Woii! Bahaya dalam tu! Kau nak ke mana?" teriak Aidi yang cuba mengejar langkah kaki si gadis dari belakang. Aneh, walau dari gaya jalannya seperti seorang janda yang sedang berlenggang-lengguk dengan gerakkan pinggul menggoda, tetapi semakin Aidi menghampirinya, semakin jarak antara mereka menjadi lebih jauh. Akhirnya, selepas kepenatan Aidi baru sahaj amenyedari bahawa kelibat si gadis sudahpun hilang, namun dia sedang berada di tengah-tengah kawasan lapang di tengah-tengah hutan di tengah-tengah malam. Malangnya, dia tidak keseorangan sebaliknya dia ditemani oleh ratusan rangka manusia lengkap yang jumlahnya dalam ratusan, dan kegelapan malam dan hutan menyukarkan proses pengiraan.

"Alamak..." tutur Aidi sambil melihat sekitarnya. Serentak itu, dari kejauhan Gulam dan Shakila muncul bersama dengan lampu suluh. Aidi masih keliru dengan apa yang dihadapkan kepadanya.

"Woii celaka! Kau tinggalkan bas dengan pintu terbuka, lepas tu kau hilang kat tengah-tengah hutan ni? Kau ni...." Gulam tidak mampu menghabiskan kata-katanya apabila dia melihat sekitarnya.

"Aku ada cerita hantu yang akan buat kau excited habis!" kata Aidi dengan wajah yang berseri aneh. 

CureWhere stories live. Discover now