BAB 34

34 3 0
                                    

Seminggu kemudian. BTS, Ji Eun dan Sonhae sedang lepak bersama-sama sambil makan di bilik tarian.

"Korang, noona mana? Dah seminggu tak nampak. Takkan dah balik New York? Kata dah tukar dekat sini?" tanya J-Hope tiba-tiba. Semua memandang pelik ke arah J-Hope.

"Hyung.. Noona takde sebab pergi honeymoon kat oversea. Takkan tak tahu?" Jung Kook membuka mulut menjawab persoalan J-Hope.

"Yeke? Kenapa tak bagitahu? Sampai hati noona" muncung mulut J-Hope.

"Semua orang tahulah. Noona ada post dalam Instagram. Buat apa noona nak bagitahu kau. Kacau privasi orang je kau ni" sampuk Jin. Susah betul ada orang macam J-Hope. Adatlah kan orang baru kahwin pergi honeymoon. Ada ke orang baru kahwin terus pergi kerja?

J-Hope berdecit geram. Asyik dia je yang kena.

Tiba-tiba telefon Ji Eun berbunyi tanda ada panggilan. Semua mata memandang ke arah Ji Eun. Ji Eun terus menjawab panggilan itu.

"Unnie!" jerit Ji Eun. Teruja dia dapat video call dengan Min Ah.

"Mana yang lain?" tanya Min Ah. Min Ah tercari-cari anak buah kesayangan. Ji Eun memusingkan badannya dan meninggikan sedikit kedudukan telefon.

"Noona!" jerit si pemuda. Bersinar-sinar mata mereka melihat wajah Min Ah. Rindulah katakan.

"My boys and my girls! Korang sihat? Tengah buat apa tu?" tanya Min Ah. Sungguh dia rindu dengan mereka. Sejak kahwin ni susah betul untuk dia meluangkan masa dengan mereka.

"Kitorang sihat. Kitorang tengah lepak sama-sama" jawab Sonhae.

"Manager tak marah ke korang lepak ni? Ni mesti ponteng latihan kan?! Mesti korang pakat sama-sama. Kan?!" tuduh Min Ah tanpa usul periksa. Mereka terkejut dengan sikap Min Ah yang berubah menjadi manager yang dulu.

"Mana ada noona, hari ni kitorang cuti. Kitorang bosan, itu yang lepak sama-sama" balas Suga. Yang lain mengangguk laju tak ubah macam burung belatuk.

"Unnie, mana Woo Bin oppa?" tanya Sonhae selamba. V yang disebelah menjeling ke arah Sonhae. Cemburu lah tu. Hehehe. Dia menyiku lengan Sonhae. Sonhae hanya tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Woo Bin oppa dia pergi beli kopi kejap. Ni kenapa ni tanya pasal Woo Bin oppa?" jawab Min Ah sambil tersenyum sinis. Saja nak usik gadis comel itu.

"Hurm... Urmm... Saje je" tersengih-sengih Sonhae. Dia hanya memandang tepi orang disebelahnya. Dia tahu V cemburu.

"Noona, balik sini bila? Jangan lupa buah tangan untuk kami semua!" Nam Joon mencelah.

"Noona balik lusa. Noona tak akan lupakan korang semua. Jangan risau, noona belikan buah tangan khas untuk korang semua" jawab Min Ah.

"Sayang, nah kopi panas untuk awak" kata Woo Bin yang tiba-tiba muncul sambil membawa dua cup kopi. Dia terus melambai ke arah mereka di dalam phone.

"Hai korang! Buat apa tu?" sapa Woo Bin. Kini dia semakin rapat dengan mereka.

"Hyung! Oppa!" balas mereka serentak. Woo Bin tersenyum mendengar. Popular juga dia. Hahahahahahaha.

"Hyung, kat sana sejuk ke?" tanya Jin. Risau dia lihat Min Ah yang asyik terbersin tadi.

"Aahh. Suhu kat sini lagi sejuk dari Korea. Sampaikan noona dan unnie kesayangan korang ni selesema. Tu yang hyung belikan kopi panas" terang Woo Bin. Memang suhu kat sana sejuk, New Zealand.

"Unnie hati-hati dekat sana jangan selalu duduk dekat luar, nanti demam pula. Oppa tolong jagakan unnie ya. Unnie ni kalau demam susah sikit. Nanti dia jadi baby girl. Hehehe" pesan Ji Eun sambil mengenakan Min Ah. Min Ah yang mendengar terus memandang tajam ke arah Ji Eun. Walaupun hanya dalam video call, tapi pandangan tajam Min Ah tak pernah tumpul.

"Baik Captain! Saya akan melaksanakan tugasan dan tanggungjawab saya dengan sebaik-baiknya" berseloroh Woo Bin. Semua ketawa. Pandai juga si Woo Bin ni berjenaka.

"Korang dekat sana jangan lupa jaga kesihatan, minum air banyak-banyak, jangan terlalu hyper aktif. Suara jaga, jangan minum ais banyak, banyakkan minum madu. Jangan lupa pesan noona/unnie ya.. Ingat tau!" lembut Min Ah berkata tapi masih ada ketegasan. Mereka semua hanya mengangguk. Pesanan Min Ah memang sudah terpahat dalam otak dan ingatan mereka. Balik-balik tu juga yang Min Ah pesan.

"Ya noona, kitorang semua ingat setiap pesan noona. Noona juga jangan lupa jaga kesihatan noona, hyung pun sama ya. Balik cepat kitorang dah rindu ni. Apa-apa pun selamat berbulan madu. Jangan lupa buah tangan dari New Zealand yea. Take care dekat sana" kata Jin selaku yang paling tua.

"Baiklah kamu semua. Noona tak akan lupa belikan buah tangan. Take care too... Bye" kata Min Ah. Dia dan Woo Bin melambai ke arah mereka. Lalu menekan butang merah.

Mereka pun menamatkan video call tersebut.

"Happy aku tengok noona macam tu. Rasa macam tak sabar nak kahwin. Hehehehe.." kata Nam Joon. Semua orang memandang ke arahnya.

"Gatalnya kau, nak kahwin. Kontrak belum habis lagi, ada hati nak kahwin. Lagi pun kau ada calon ke?" kata J-Hope. Hairan dibuatnya. Yelah kan,tak ada angin, tak ada ribut, tak ada petir, tup tup Nam Joon kata nak kahwin. Tak pelik ke?

"Saje je. Aku just merancang perjalanan masa depan. Tak salahkan? Takpe kan kalau simpan angan-angan" jawab Nam Joon.

"Hurm... Yelah.." jawab yang lain.

Bunyi ringtone burung...🐦🐦🐦
Menandakan ada pesanan yang masuk. Ji Eun membelek telefonnya. Dia menekan apps Whatsapp.

"Wow! Jinja!?" laung Ji Eun tiba-tiba. Semua terkejut sampai V nak minum air pun terbantut. Semua mata memandang ke arah Ji Eun yang tersenyum gembira itu.

"Baby, kenapa ni? Ada sesuatu yang happy terjadi ke?" Jung Kook disebelahnya bersuara. Mereka saling berpandangan. Ji Eun tersenyum sambil mengangguk.

"Lisa...DIA... NAK..." tersangkut-sangkut Ji Eun berkata. Sengaja dia lalukan begitu nak bagi suprise. Yang lain pula menantikan kata-kata dari mulut Ji Eun. Jin yang ingin memasukkan donut ke dalam mulut terhenti kerana ingin mendengar kata akhir Ji Eun. Sampai ternganga dibuatnya.

"Ji Eun, kenapa dengan Lisa? Cakaplah.. Boleh tak jangan cakap putus-putus. Please straight to the point.." Suga mencelah. Mendatar sahaja bunyinya. Suasana menjadi senyap apabila Suga bersuara. Aura dingin telah memenuhi ruang di bilik latihan itu. Ji Eun yang mendengar terus mengangguk, bukan takut cuma dia tahu perangai Suga yang tidak suka melengahkan masa.

"LISA! DIA NAK BERTUNANG..." kata Ji Eun dengan sekali nafas. Takut dia untuk bergurau kali kedua macam tadi. Siapa je yang nak buat kalau dah kena tegur dengan Mr Suga, SI JEJAKA DINGIN terhangat di pasaran. Tapi ada ke terjual di pasaran? Ada sesiapa nak beli?

"Jinja? Wow! Dengan siapa?" tanya Jin.

"Dengan Bam Bam. Dia ajak kita semua pergi majlis pertunangan dia. Majlis tu bila, dia tak confrim kan lagi. So kena tunggu dia update baru kita tahu" jawab Ji Eun. Yang lain mengangguk.

"Lisa dah tunang. Aku bila lagi?" kata Suga tiba-tiba. Jin terbatuk-batuk mendengar begitu juga J-Hope dan Ji Min.

"Amboi kau, ke situ pula kau fikir. Dua orang ni dah ada calon pun still tak ada khabar angin nak bertunang tapi yang kau takde pasangan pula ada hasrat nak bertunang. Cari pasangan dulu baru bertunang" kata Jin. Dua orang yang dia maksudkan tu siapa lagi kalau bukan Jung Kook dan Tae Hyung.

"Aah kan. Korang berdua ni bila nak tunang? Kau Jung Kook couple dah nak masuk 2 tahun tak kan takde niat nak bertunang kut? Tak baik tau biar lama-lama. Nanti kalau si Ji Eun ni kena kebas dengan orang lain, baru padan dengan muka kau" tanya Suga macam mak cik bawang.

"Hurm. Tengoklah macam mana hyung. Niat tu ada.. Tapi tak tahu bila.. Hehehe "jawab Jung Kook sambil menggaru rambut yang tak gatal.

Selepas tu Ji Min menukar topik perbualan. Dari cinta ke topik pekerjaan.
.
.
.
Sorry guys. Saya takde idea. Maaf kalau bab ni macam hambar sangat. Saya nak tamatkan cerita ni pun susah sebab idea dah habis.. Hahahahahaha.. Apa-apa pun terima kasih kerana sudi membaca ya.. Jangan lupa vote

Manager Or Doktor?Where stories live. Discover now