BAB 20

56 4 0
                                    

Di hotel 5 stars

"You ni kenapa tadi? Tepis-tepis tangan i! You dah tak sayang i ke? You dah ada perempuan lain ke?" kata Lisa.

"Mana ada sayang. Cuma, I terkejut tengok Min Ah tu" kata si tua.

"You know her?" tanya Lisa.

"Yes, of course. Min Ah tu dulu anak kepada CEO syarikat yang i kerja dulu dekat luar negara tetapi company tu dah tutup. Then, i dengar appa dia buka syarikat music dekat korea ni. Tak silap nama syarikat tu  Big Hit Entertaiment" kata si tua. Lisa terkejut dan hampir tersedak.

"Maknanya dia tu anak Mr Jung Dong Hwan lah" kata Lisa.

"Yes and rasanya tadi tu anak buah dia" kata si tua.

"You ada apa-apa ke dengan kumpulan idol tu? Tadi i nampak you macam ada something je dengan seorang ahli kumpulan tu. You curang dengan i ke?" kata si tua. Lisa menelan air liur.

"Eh, mana ada. I cuma kenal dengan diorang sebab dulu ada photoshoot sama-sama. Tu je. Mana ada i curang dengan you. Hanya you saja buah hati i, I love you so much" kata Lisa geli.

"E..gelilah aku cakap. Si tua, kau ingat aku nak sangat ke dengan kau? Eiiiuuu, geli tau tak. Dah lah tua. Nasib baik duit kau berkepuk-kepuk" kata Lisa dalam hati.

Di Paradise Kiss

Jin Hye melihat beberapa keping gambar.

"Lisa! Apa nak jadi dengan kau ni? Sampai macam ni ke kau cari duit!" kata Jin Hye. Dia amat kecewa dengan apa yang Lisa buat.

Jin Hye menekan interkom.
"Hanna. Kalau orang tu datang suruh dia masuk bilik saya. Okay" kata Jin Hye kepada pembantu peribadinya.

"Baiklah cik Jin Hye" jawab Hanna. Ketika itu. Seseorang telah tiba di situ.

"Excuse me, encik ni Mr Kim Tan ke?" tanya Hanna. Lelaki tua tu mengangguk.

"Kalau macam tu, encik boleh masuk sebab boss saya nak jumpa" kata Hanna. Lelaki tua tu dengan sombong pun masuk ke bilik tu.

"Sombongnya. Geram pula aku tengok" kata Hanna.

Di bilik Jin Hye.

"Mr Kim Tan. Jemput duduk. Saya ada something nak bincang" ajak Jin Hye. Lelaki tua tu pun duduk di sofa.

"Ada apa Cik Jin Hye nak jumpa saya ni? Ada hal penting ke?" kata Mr Kim Tan.

"Memang ada hal yang mustahak saya nak bincangkan. Kejap ya" kata Jin Hye. Lalu dia bangun dan mengambil gambar di atas mejanya. Lalu dia mencampak ke atas meja. Mr Kim Tan terkejut.

"Itu hal mustahak saya!" kata Jin Hye. Mr Kim Tan cuak melihat gambarnya bersama Lisa.

"Apa ni Mr Kim? Encik tahu tak perempuan yang ada dalam gambar tu, yang encik peluk dan cium tu. Adik saya!" kata Jin Hye.

"Ssa... Ssa... Saya..." gagap Mr Kim Tan.

"From now on saya tak nak Mr Kim dekat lagi dengan adik saya. Dia tu muda lagi. Lagipun Mr Kim dah berkahwin. Mr Kim tak malu ke buat semua ni. Macam mana kalau isteri Mr Kim tahu semua ni? Dan apa perasan anak-anak Mr Kim bila diorang dapat tahu perangai setan appa dia ni.." kata Jin Hye.

"Cik Jin Hye jangan nak hina saya macam tu. Saya tak tahu pun Lisa tu adik cik. Cik jangan nak masukkan keluarga saya dalam hal ni. Saya tahu apa yang saya buat. Jin Hye jangan nak masuk campur dalam hidup saya!" kata Mr Kim Tan.

"Macam mana saya tak masuk campur kalau benda ni melibatkan adik saya! Cuba Mr Kim bayangkan kalau anak Mr Kim jadi macam tu. Apa perasaan Mr Kim? Sepatutnya Mr Kim ini beri teladan yang baik kepada orang muda dekat luar sana. Bukannya rosakkan hidup mereka. Ini kali pertama dan terakhir saya beri amaran dekat Mr Kim. Jangan berani dekat dengan adik saya. Dan kalau saya nampak Mr Kim buat perkara yang sama dengan mana-mana anak gadis saya takkan teragak-agak ambil tindakan ke atas Mr Kim. Saya akan buat Mr Kim takkan diterima kerja mana-mana pun kalau benda ni terjadi lagi.." kata Jin Hye.

"Maafkan saya Cik Jin Hye. Saya janji saya tidak akan ulangi perkara yang sama. Maafkan saya Cik Jin Hye" kata Mr Kim Tan.

"Baiklah. Saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dengan Mr Kim. Mr Kim boleh balik, terima kasih kerana hadir" kata Jin Hye.

Di kondominium.
"Hello baby malam ni jom kita clubbing. Kawan-kawan i takde. Diorang ada urusan dekat luar. I bosan. Jom kita pergi" kata Lisa. Dia menelefon Mr Kim Tan.

"Maafkan saya Lisa. Saya dah tak nak ada apa-apa lagi dengan awak. Saya harap awak faham. Now its over. Is nothing between us. Good bye" kata Mr Kim Tan. Lalu dia menekan butang merah. Lisa terkejut dengan apa yang dia dengar.

"Dah kenapa dengan si tua ni? Dah insaf ke? Dah kantoi lah tu dengan isteri. Dasar penakut. Ingat aku tak boleh cari yang lain ke. Aku petik jari 10 orang yang datang!" kata Lisa. Tiba Lisa dapat satu mesej dari Jin Hye.

Jin Hye
Lisa datang rumah makan malam. Jangan lupa😊

Di rumah Jin Hye.
Lisa datang tepat pada masanya. Mereka berdua makan malam bersama-sama.

"Lisa sihat?" tanya Jin Hye.

"Sihat" jawab Lisa acuh tak acuh.

"Lisa kalau nak kerja balik dengan unnie. Kerjalah, unnie tak kisah. Lagipun nanti selamat sikit sebab Lisa ada dengan unnie. Tak payah lagi susahkan Rose dengan Jennie tu. Duduk dengan unnie ya" kata Jin Hye.

"Eh, suka hati Lisa lah nak duduk mana. Lisa dah besarlah. Lisa ada hak nak tentukan kehidupan Lisa. Unnie boleh tak jangan masuk campur. Unnie buatlah hal sendiri" kata Lisa.

"Unnie cuma nak Lisa hidup normal macam orang lain. Lisa pindahlah dekat sini balik ya. Nanti Lisa boleh masuk kerja balik" kata Jin Hye.

"Yang unnie ni dah kenapa?! Kan Lisa dah kata, suka hati Lisa lah nak duduk mana! Yang unnie nak paksa Lisa ni kenapa!" kata Lisa.

"Lisa! Unnie nak yang terbaik untuk Lisa. Unnie bukan nak masuk campur tapi unnie tak suka dengan apa yang Lisa buat sekarang ni? Sebab tu unnie nak Lisa balik. Unnie dah tak nak Lisa buat kerja-kerja haram tu lagi!" kata Jin Hye. Hilang seleranya untuk makan.

"Ouh. Maknanya selama ni unnie intip Lisa. Jangan-jangan unnie yang suruh diorang berjauhan dengan Lisa! Kenapa unnie sibuk sangat pasal Lisa!" kata Lisa. Dia terus berdiri.

"Memang unnie yang suruh Mr Kim Tan tu jangan dekat lagi dengan Lisa! Lisa tak malu ke? Masuk, keluar hotel dengan suami orang. Peluk cium dengan orang tua. Dia tu dah berkeluarga. Lisa tu muda lagi. Masih panjang perjalanan hidup. Takkan Lisa nak sia-siakan macam tu je? Mana fikiran Lisa?! Cubalah Lisa fikir. Fikir apa yang Lisa buat ni betul atau salah!" kata Jin Hye.

"Ni Semua kehendak aku. Suka hati aku. Kau tu bukan darah daging aku. Aku tak ingin pun lah jadi adik kau. Aku takkan sesekali balik ke sini. Aku datang ni pun sebab kau jemput. Kalau tak kau ingat aku nak jejak kaki lagi dekat rumah ni?! From now aku tak nak kau masuk campur dalam urusan aku! Ini hidup aku so biar aku tentukan. And one more thing, kau jangan nak tunjuk baik bagi Rose dan Jennie  duit untuk beli barang aku. Aku tak hadaplah dengan duit kau tu!" kata Lisa. Lalu dia bangun dan keluar dari rumah tu..

"Lisa!... Lisa!.. Lisa!" panggil Jin Hye. Lisa tidak menoleh pun walau sekali. Dia tetap dengan pendiriannya.

Manager Or Doktor?Where stories live. Discover now