BAB 2

118 4 0
                                    

Dalam kereta.

"Ji Eun kenapa tadi diam, tak pandai nak melawan ke?" kata Min Ah sambil memandu pulang.

"Biarkan jelah unnie, orang macam tu memang tak boleh tengok orang  kurang sikit. Ada je nak maki" kata Ji Eun.

"Biarkan? Ji Eun! Diorang tu dah malukan Ji Eun depan orang ramai, dia dah pijak maruah Ji Eun sesuka hati! Ji Eun boleh biarkan je?! Apa nak jadi dengan Ji Eun ni?" marah Min Ah.

"Ji Eun bukan apa unnie, Ji Eun dah malas nak gaduh. Lagipun Ji eun dah biasa kena macam tu dengan dia" kata Ji Eun.

"Ni maknanya memang selalu kena maki lah ni. Adui!" kata Min Ah. Ji Eun hanya sekadar mengangguk kepala.

"Dah tu tak reti nak melawan langsung?! Siapa perempuan tu? Sampaikan dia kata Ji Eun nak rampas boyfriend dia" kata Min Ah.

"Nama dia Lisa. Dia tu supermodel dan dia tu girlfriend Jung Kook" kata Ji Eun. Ketika itu sudah sampai di hadapan rumah Ji Eun.

"Yang pasal rampas tu nanti Ji Eun ceritakan. Apa-apa pun Ji Eun minta maaf sebab Ji Eun dah buat hari unnie jadi teruk" kata Ji Eun.

"Ji Eun tak salah pun. Anyway terima kasih temankan unnie shopping, tolong unnie cari baju. Terima kasih dear. Ingat pesan unnie. Ji Eun kena melawan, jangan diam saja. Kita ada hak untuk bersuara. Jangan bagi orang jatuhkan maruah kita sesuka hati. Faham?" pesan Min Ah.

"Baiklah unnie, Ji Eun masuk dulu. Ji Eun akan ingat pesan unnie. Terima kasih untuk semua ni. Okay bye" kata Ji Eun sambil memeluk Min Ah. Min Ah sekadar tersenyum. Lalu Min Ah pun memandu pulang ke rumahnya.

Di rumah Min Ah.

"Aduh, bosannya. Appa gi oversea. Aku sorang-sorang duduk rumah. Telefon Ji Eun lah" kata Min Ah seorang diri sambil mengambil telefonnya dan mendail nombor Ji Eun.

"Hello, Ji Eun" sapa Min Ah.

"Unnie. Kenapa call?Rindu ke?" seloroh Ji Eun.

"Hahaha Unnie bosan tak buat apa-apa. Itulu yang call Ji Eun ni" kata Min Ah.

"Kesiannya unnie. Uncle mana?" tanya Ji Eun.

"Uncle pergi oversea dalam seminggu" balas Min Ah.

"Ouh.. Unnie esok dah mula kerja. Macam mana, takut tak? Nervous tak?" tanya Ji Eun.

"Nervous tu tak, takut tu ada sikit sebab ni first time jadi manager. Hahaha" kata Min Ah.

"Hahaha. Esok Ji Eun tunggu unnie dekat lobi syarikat ya. Jangan lambat. Okay?" kata Ji Eun.

"Okay sayang. Terima kasih luangkan masa bercakap dengan unnie. Okay  unnie nak tidur. Esok nak bangun awal. Bye. Jumpa esok" kata Min Ah.

"Sama-sama unnie. Okay jumpa esok...bye..." balas Ji Eun. Min Ah pun menamatkan perbualan itu.

Keesokan harinya

Pagi tu Min Ah bangun awal dan bersiap. Dia memakai baju kemeja berwarna biru cair dan seluar hitam panjang. Min Ah memakai cermin mata dan rambut panjangnya diikat pendek. Dia mengenakan solekan yang nipis hanya memakai bedak baby dan lip bam. Min Ah kelihatan sangat cantik walaupun simple but look elegant.

"Pandai Ji Eun pilihkan" kata Min Ah dalam hati. Setelah bersiap,Min Ah hanya memakai sebungkus roti coklat dan minum secawan air milo yang dihidangkan oleh pembantu rumah. Lalu dia terus memandu ke tempat kerja.

Di syarikat BIGHIT ENTERTAIMENT.

Min Ah tiba di syarikat dan melihat kelibat Ji Eun yang sedang menunggu dirinya.

"Ji Eun, jom" kata Min Ah pada Ji Eun. Ji Eun sekadar tersenyum dan menganggukkan kepala.

"Sampai pun Min Ah dan Ji Eun. Mari masuk, diorang dah tunggu" kata pembantu syarikat.

"Baiklah uncle" kata Min Ah. Mereka berdua berpimpin tangan.

Di bilik mesyuarat.

Ahli BTS memberi tunduk hormat sebaik sahaja mereka semua masuk ke bilik tersebut.

"Anneonghaseyo, hari ni saya ganti Mr Jung Dong Hwan sebab dia tiada di sini, dia ke oversea atas urusan kerja" kata Mr Park Ji Won ( pembantu Mr Jung Dong Hwan).

"Seperti mana yang kamu semua dengar, manager kamu telah menerima tawaran bekerja di luar negara. Jadi saya nak memperkenalkan manager baru kamu semua. Silakan cik" kata Park Ji Won. Min Ah berjalan dan berhenti di sebelah Mr Park Ji Won dan tersenyum.

"Baiklah saya tinggalkan kamu semua dengan Cik Min Ah ya. Saya berharap agar kamu semua dapat memberi kerjasama yang baik. Terima kasih"  kata Park Ji Won sebelum berlalu pergi.

"Anneonghaseyo, saya manager baru awak. Nama saya Jung Min Ah. Saya berumur 26 tahun. Saya akan menjadi manager kamu semua untuk sementara waktu. Saya berharap agar kamu semua dapat memberi kerjasama yang baik dan tunjuk ajar" kata Min Ah.

"Kami nak panggil Cik Min Ah apa ya?" tanya Ji Min.

"Kamu semua boleh panggil saya noona" jawab Min Ah.

"Baiklah noona" kata BTS.

"Oh ya, sebelum itu. Ini saya kenalkan pembantu saya, Ji Eun. Rasanya awak dah kenalkan?" tanya Min Ah.

"Sudah noona" kata BTS kecuali Jung Kook. Jung Kook menjeling ke arah Ji Eun.

"Ji Eun bagi unnie buku tu" ujar Min Ah. Ji Eun memberikan buku tersebut. Min Ah membelek buku itu.

"Menurut buku ni, awak semua esok ada satu photoshoot pakaian. So saya akan jemput kamu semua dekat depan hostel. Saya tak nak kamu semua lewat walaupun seminit. Esok saya datang pukul 7.30 pagi. Kalau lambat siap! Faham?" kata Min Ah.

"Faham noona" kata BTS.

"Kalau semua dah faham, bagus. Dan hari ni kamu semua tiada aktiviti apa-apa so just rehat sahaja. Noona jumpa kamu esok" kata Min Ah sebelum berlalu pergi.

"Comelnya manager kita tu. Rasanya dia dah berpunya belum?" kata Ji Min.

"Ish.. Kau ni sempat pulak nak menggatal" balas Nam Joon sambil menampar bahu Ji Min. Ji Min meraung kesakitan.

"Cik Min Ah tu nampak macam garang tapi comel. Hehehe" kata Suga.

"Ish... Dia pula" sampuk Nam Joon.

"Nampak gayanya, kita kena bangun awal la esok. Aduh" kata Tae Hyung. Semua ahli BTS tergelak kecil melihat gelagat Tae Hyung.

Manager Or Doktor?Where stories live. Discover now