BAB 24

42 2 0
                                    

Di wad biasa.
Min Ah setia menunggu Ji Eun sedar. Min Ah ditemani oleh appanya. Dia memegang erat tangan Ji Eun. Tiba-tiba Jari Ji Eun bergerak sedikit. Min Ah terkejut.

"Ji Eun" panggil Min Ah. Mata Ji Eun terbuka dan Ji Eun mula sedar.

"Unnie..." kata Ji Eun lemah.

"Syukur. Ji Eun tak boleh banyak bercakap. Ji Eun rehat ya" kata Mr Jung. Min Ah menangis air mata kegembiraan. Selepas tu, dia terus menghubungi Jin dan Sonhae.
.
.
.
.
.
"Unnie, gembira sangat Ji Eun dah sedar" kata Min Ah. Dia menangis.

"Unnie, janganlah menangis. Nanti tak cantiklah. Ji Eun dah okay sembuh. Unnie jangan risau ya" kata Ji Eun.

"Macam mana Min Ah tak risau. Ji Eun kan adik kesayangan dia. Dia tunggu Ji Eun sedar dari semalam sampai tak makan tu. Risau sangat" kata Mr Jung. Ji Eun tersenyum.

"Appa ni kan. Memang lah Minni risau" jawab Min Ah. Mr Jung mengusap lembut rambut Min Ah.

"Unnie tak makan lagi ke? Takkan lah nak tunggu Ji Eun sampai tak makan. Sekarang unnie makan depan Ji Eun" kata Ji Eun. Tiba-tiba.
.
.
.
.
.
"Ji Eun dah sedar?" tanya Jin. Mereka datang dengan bawa buah tangan. Mereka menunduk hormat kepada Mr Jung.

"Wah, awalnya sampai. Tak sampai setengah jam unnie call korang dah sampai. Kalau ya pun nak melawat tunggulah tengah hari sikit. Tak pun datanglah pukul 11.00. Ini tidak, pukul 8 pagi dah datang" kata Min Ah.

"Ala noona, lagi pun time noona call tu kitorang dah bangun nak makan. Lepas noona call kitorang cepat-cepat lah datang sini. Lagi pun ada orang tu yang suruh datang cepat. Bawa kereta pun macam nak pergi lumba. Laju sangat" kata Nam Joon. Dia memerli Jung Kook. Jung Kook menggaru kepala yang tak gatal. Min Ah tergelak kecil.

"Minni, appa balik dulu ya. Appa ada meeting kejap lagi. Jangan lupa makan. Ni appa ada bawakan baju. Mandi dulu baru makan" kata Mr Jung.

"Baiklah appa. Thanks sebab bawakan baju Minni" kata Min Ah.

"Ji Eun, uncle balik dulu ya. Jaga kesihatan jangan lupa" kata Mr Jung.

"Baiklah Mr Jung. Terima kasih sebab sudi lawat Ji Eun" kata Ji eun. Mr Jung hanya tersenyum. Lalu dia pun beredar.

"Okaylah, unnie nak mandi dulu ya. Lepas tu baru unnie makan.." kata Min Ah. Ji Eun mengangguk. Min Ah pun pergi ke blik air.

"Min Ah sampai sekarang tak makan?" tanya Jin.

"Ya oppa" jawab Ji Eun.

"Betapa sayang noona pada Ji Eun sampai tunggu Ji Eun. Bertuah Ji Eun dapat kakak macam Min Ah" kata Ji Min. Ji Eun tersenyum.

Dalam 15 minit kemudian.
"Sejuklah air dekat sini. Mengigil unnie mandi tadi.." kata Min Ah sambil mengeringkan rambutnya. Semua orang memandang ke arah Min Ah.

"Apasal korang pandang noona macam tu? Macam nak makan je..." kata Min Ah pelik.

"Aaah, memang saya nak makan awak pun. Cantiknya..." kata Jin. Lalu Nam Joon menepuk bahu Jin. Jin tersedar. Semua orang ketawa.

"Amboi, hyung. Masuk line nampak. Jangan nak mengada ya. Noona tu Nam Joon yang punya" kata Nam Joon.

"Eh, kau. Siapa cakap noona tu kau punya? Takde nama kau pun. Noona tu nak dekat aku je. Sebab aku ni comel" kata Suga pula.

"Eee, tolonglah. Dalam grup ni V yang paling comel. Kan noona?" kata V. Mereka bergaduh manja.

"Sudah, jangan nak gaduh. Noona lepas mandi pun korang kata cantik. Mata korang ni dah rabun ke?" kata Min Ah. Ji Eun dan Jung Kook ketawa besar.

"Memang unnie cantik pun. Kecantikan unnie tu asli. Tak payah nak make up tebal. Tu lah namanya. natural beauty" kata Ji Eun.

"Hyung ni pun. Tengok noona lepaskan rambut pun dah angau. Apalah.." kata Jung Kook. Yang lain sudah malu. Tiba-tiba, nurse pun datang bagi makanan dan ubat untuk Ji Eun.

"Ji Eun, unnie suapkan ya" kata Min Ah. Min Ah pun menyuapkan bubur nasi. Selepas tu dia memberikan Ji Eun ubat. Tak sampai 20 minit, Ji Eun sudah lena tidur.

"Korang belum makan lagi kan? Jom teman noona makan kat bawah sana" kata Min Ah. Mereka pun pergi ke kedai untuk makan.

Di kedai.
"Korang oder apa yang korang nak makan. Hari ni noona belanja" kata Min Ah.

"Thank you noona" kata Tae Hyung. Mereka pun oder makanan. Sementara menunggu makanan.

"Noona pasal Lisa tu, noona tak nak report polis ke?" tanya Suga.

"Kalau pasal tu, noona rasa, noona tak berhak tentukan apa-apa sebab yang berhak sekarang hanya Ji Eun. Ji Eun saja yang berhak tentukan apa-apa" kata Min Ah.

"Noona, mana boleh macam tu. Lisa tu dah hampir buat Ji Eun meninggal dunia. Takkan kita nak biarkan je. Sepatutnya kita report polis" kata Jung Kook.

"Jung Kook, jaga sikit mulut tu" tegur Jin.

"Takpe Jin, saya tak marah. Apa yang Jung Kook kata tu betul. Kalau ikutkan noona, memang nak humban dia masuk penjara. Tapi kita tak boleh membelakangkan Ji Eun. Ji Eun yang seharusnya buat keputusan. Apa-apa pun keputusan Ji Eun, noona ikut. Baik untuk dia, baik lah untuk kita semua" kata Min Ah. Jung Kook hanya berpeluk tubuh.

"Dah, jangan sembang pasal ni lagi. Nanti jelah kita bincang lagi ya" kata Min Ah. Yang lain mengangguk. Pesanan pun sudah tiba. Mereka pun makan.

Setelah habis makan. Ketika Min Ah sedang membayar bil makanan telefonnya . Tertera nama Sonhae.

"Hello, Sonhae. Kenapa call unnie ni? Ada hal emergency ke?" kata Min Ah.

"Takdelah unnie. Sekarang ni Sonhae dekat dalam hospital. Nak tanya wad unnie Ji Eun kat mana?" kata Sonhae.

"Ouh, sekejap nanti unnie sampai ya. Tunggu tau" kata Min Ah. Lalu mereka pun menamatkan perbualan.

"Jom, Sonhae dah tunggu tu.." kata Min Ah.

"Apa.. Sonhae..." kata Tae Hyung manja. Mereka pun pergi ke hospital dengan segera.

Di hospital.
Terlihat kelibat Sonhae.
Min Ah melambaikan tangannya. Lalu Sonhae pergi ke arah Min Ah dan terus memeluknya. Mereka semua pun terus pergi ke wad Ji Eun.

Manager Or Doktor?Onde as histórias ganham vida. Descobre agora