Hari Sembilan: Isnin

Start from the beginning
                                    

"Pasal apa abang gelak?" Gelak aku dah mula berjangkit dekatnya.

"Selalunya takat dua biji saja, dua camca la. Ni kena tambah madu, kita kena makan sama2. Tau!"

"Abang yang bagi resipi tak betul. Kan Juita tanya tadi nak buat macam mana."

"Abang mengaku, salah abang. Sorry ya."

"Ni jadi ubat ka bang?"

"Ak ah, cas bateri."

"Ooo, orang laki2 punya la?"

"Dak, kan abang ajak Juita makan sama kan?" Dia senyum dan duduk disebelahku dengan roti bakar. Pagi ni kami minum air sejuk saja. Dia tak buat teh atau milo macam selalu, ingatkan telor madu tu sebagai pengganti.

Petang ni aku sampai awal dari biasa, tetapi memang dia dah tunggu lama. Dia keluar 4.15 petang, aku pulak pukul 5.00, perjalanan lagi. Tapi dari jauh lagi aku lihat dia tersenyum2.

"Hai, seronok nampak. Ada apa2 ka?"

"Dak lah. Saja seronok tengok muka abang."

"Hai perli ka ni?"

"Daaakkk. Rinduuuu." Dia pegang tanganku. "Dan jugak, teringat telor madu tadi."

Aku turut tumpang ketawa. "Nasib baik duduk ofis aircon, kalau tidak, peluh sampai ke petang.

"You nak makan mee dak?"

"Mee apa?"

"Mee Rebus."

"Ramli?"

"Ai, cekap jugak bini abang ni."

"Ala dah depa ajak, minum sana, minum sini, kita ikut saja la. Nak bayar pun depa tak bagi, tunggu dapat gaji. Bagus la kalau ada kawan macam tu. Ada timbang rasa."

"Abang nak makan apa petang ni?"

"Apa pun takpa."

"Masalode boleh?" Bila aku diam saja, dia ketawa. "Masalode pun takut, macam mana nak cakap Tamil?" Dia perli.

"Sapa kata abang tak makan?" Aku tanya balik.

"Ala Juita tau, takat sebijik tu tu boleh la. Kalau abang suka, awal2 lagi dah angguk. Betul tak?"

Nampaknya dia dah pandai baca perangai aku. Cukup baik, cukup cekap, aku suka macam tu, tak payah cakap dua kali.

"Cucur udang boleh?"

"Ikut Juita la. Nak jamu tairu pun abang kena makan. Nak ambik hati."

Kami ketawa lagi. Seronok. "Bahagia abang kalau Juita betul2 jadi bini abang."

"Sabar la bang, tak lari gunong dikejar." Katanya sambil menjeling.

"Amboi, amboi, amboi."

Petang tu kami makan cucur udang cicah sos cili, dengan teh panas di ruang tamu. Sambil menonton tv, dia berbaring atas riba aku. Tiba2 handset aku berbunyi.

"Salam Mualaikum! Kamal, Azdi cakap ni."

"Mualaikum salam. Ya, ya."

"Boleh kita sembang pasal semalam, atau you tengah sebok ni?"

"Boleh, boleh. You ada mana ni?"

"Dah nak sampai dah. Tapi you kena belanja I tau!"

"Takda masalah. Apa2 you nak pun I boleh belanja punya."

"Ala, cucur udang pun jadi la."

Cepat2 aku menoleh ke belakang, ke pintu. Dia dah tercegat di situ, tersenyum. Juita pun dah terus bangun dan pergi membuka pintu. Mereka bersalam, aku pun bersalam jugak, dia dah sua tangan.

Cerita Bersama DewiWhere stories live. Discover now