Hari Tujuh: Sabtu

65.9K 129 12
                                    

Pagi ini aku pulak mengejutkan dia dengan kucupanku, membatalkan air sembahyangku.

"Pasal apa abang tak kejut awal2"

"Abang tau you letih."

Dia menarik tengkok aku dan mengucup ringan bibirku, "Terima kasih abang."

"Sama2. Abang dah jerang air, pi la mandi."

Memang aku dah cinta habis dekat Juita Dewi. Hujung bulan ni aku akan balik kampong dan bagitau mak aku. Bagi dia senang hati, dah lama sangat dia berleter, teringin nak menantu.

Tapi... Mau ka dia terima anak India ni. Aku tau, bawak dia balik terus, tunjukkan paras rupa dia, budi bahasa dia, tingkah laku dia, tentu mak takkan menolak.

Aku tak tahu mak mana yang mahu dan sanggup menghalang kebahagiaan anaknya. Dah tentu bukan mak aku, yang bela aku dengan kasih sayang, yang turut bersedih bila aku bagitau yang kekasih aku dah kahwin dengan orang lain, yang berusaha dan berusaha mencari pengganti, semata2 untuk nak bagi kebahagiaan pada aku.

Ya, aku akan bawa Juita Dewi balik berjumpa dengan mak aku.

"Abang, dok temenong apa tu. Tak siap lagi ka?"

"Teringat girlfriend abang." Aku bangun dari katil dan mencium dahinya, "yang spesel ni."

Dia senyum sambil mengelap rambutnya dengan tuala. Aku akan beli hair dryer untuknya. Aku mengeluarkan pakaianku dari almari. "Petang nanti you masuk pakaian you kat bawah sini. Abang punya letak kat atas."

"Takpa la bang, nanti nak kena pindah pulak."

"Kalau nak pindah, masukkan balik dalam beg. Bukannya susah. Abang taknak pakaian you berkeromot, tak cantik orang tengok." Dia angguk saja dan keluar ke bilik sebelah masa aku menyarungkan seluar.

Buat kali pertamanya kami bersarapan pagi dirumah, dah ada roti, mentega, telor, cukup la. Tengah hari kami makan nasi ayam dikedai saja, dah tak sempat nak memasak. Masing2 dah lapar. Kami terus balik rumah saja, cuaca terlalu panas.

"Mr. Chin, ini Kamal, yang cakap sama you dengan Mr. Wong tadi." Aku terus membuat panggilan bila masuk sahaja ke dalam rumah.

"Ya, ya. You sudah balik ka?"

"Sudah."

"Ok, saya hantar sekarang."

"Baik, terima kasih Mr. Chin."

"Siapa tu bang?"

"Kawan."

Dia terus ke bilik, bersalin pakaian. Aku juga ke bilik aku, memakai tuala dan mengambil wuduk. Sebaik sahaja aku habis berdoa, Juita menjengok

"Abang, ada orang hantar barang."

"Suruh bawak masuk la." Aku berkata sambil menyidai sejadah.

"Oh you ka. Sorry la saya tak ingat. Mau letak mana Encik Kamal?"

"Hujung tu boleh Juita?" Dia angguk saja.

"Nah." Dia mengunjukkan satu kotak kecil kepada aku. Hair dryer, dan aku serahkan kepada Juita.

"Nah ini dia punya bill. Nanti senang2 Encik Kamal pi kedai ya?"

"Ok. Besok bukak ka?"

"Saya pun mau cuti jugak."

"Mana tau, setengah kedai tutup hari lain. Ok, Monday saya pi."

"Ok, no problem."

Tak disuruh pun, Juita dah buat air oren untuk kami semua. Lepas minum, Mr. Chin dengan pekerjanya meminta diri. Juita memeluk tanganku di depan pintu semasa mereka keluar.

Cerita Bersama DewiDonde viven las historias. Descúbrelo ahora