Hari Enam: Jumaat

70.2K 128 20
                                    

"Good morning." Sekali lagi dia mengejut aku dengan ciuman di pipi.

Aku tarik tubuh dia rapat dengan aku.

"Good morning Juita. Boleh ka abang panggil Juita ni?"

"Abang yang bagi nama, saya pun suka. Kalau kawan2 kat ofis panggil nama tu boleh dak?" Dia tanya sambil pandang tepat muka aku.

"Kan you punya sekarang ni, ikut you la." Dia senyum.

"Dah la, nanti lambat sembahyang abang." Dia menggosok2 dada aku sambil bangun. Aku membetulkan kain aku yang tersentong saja sejak semalam dan bangun.

Hari ini aku segar, ceria dan penuh tenaga. Memang banyak sekali kerja yang aku dapat bereskan di pejabat, hingga aku ada masa untuk termenung, terkenang kesah semalam, teringat akan hari pertama aku berjumpa Juita dan hari2 yang berturutnya.

Memang jauh dari daya imaginasiku untuk dapat teman yang kini sebegitu rapat seperti Juita, dalam masa sesingkat enam hari sudah terasa kasih yang teramat sangat, merindui walaupun baru beberapa jam tidak menatap wajahnya.

Memang terasa sebagai mimpi saja, aku yang dah boleh kira masuk golongan antertu (anak teruna tua la tu!!) mendapat kasih yang berbalas dari gadis yang muda belia, lain keturunan pulak tu.

Memang pun aku tak hirau sangat tentang kaum dan keturunan, kawan2 aku sendiri banyak dari keturunan Cina, maklumlah kerja kilang, bahagian ofis pulak sekarang ni, duduk pulak dikawasan yang sedikit benar orang Melayu, tetapi nak bayang, nak mimpi untuk mendapat kekasih dari kaum lain, susah benar rasanya.

"Kamaaallll... you sudah sampai Alor Star ka???"

"Aisey Mr. Wong.... masuk, masuk." Malu jugak aku, sampai boss ada depan pintu pun aku tak sedar. Nasib baik dia ni ok, selalu melawak dengan aku, nak tolong aku cari bini la, nak rekomen makwe Cina la.

"You tau aa Kamal, saya sudah tengok you dua tiga hari. Ini taun baru, Kamal pun baru jugak ka?"

"Tarak la Mr. Wong serupa jugak."

"Haiya, mana ada serupa. Dulu you bikin kerja slow and steady. Kepala pun tarak angkat. Sekarang kerja banyak fast, banyak rajin, itu pasal kut you boleh temenong?"

"Mr. Wong selalu mau kacau saya?"

"Tarak la Kamal. Saya pun pening tengok you. Kira2 mau kasi warning tak boleh, mau puji pun tak boleh. You sudah dapat girlfriend ka?"

"Apa la Mr. Wong ni, lagi2 mau usik saya ka?"

"Tarak. Kalau you betul2 sudah ada girlfriend, saya pun suka. Baru saya tau pasal apa you kerja laju2, kemudian stop mau releks.

Hei, kalau you betul2 sudah ada, saya mau kasi you chan baik punya."

"Apa dia Mr. Wong?"

"Ini pasal saya suka sama you. Tapi jangan cakap sama orang lain la. Nanti dia orang jelous pulak."

"Apa dia Mr. Wong?"

"Tapi you kena mengaku sekarang, baru offer ni laku. Kalau you kawin ini taun, saya kasi satu bulan cuti, full pay. Tapi ingat, you mesti kasitau sekarang, bila saya keluar ini bilik, no more offer."

Celaka sungguh Cina ni, sungguh2 benar dia nak tahu tentang diri aku. Tapi aku tau dia baik, jujur, kalau itu yang dicakapnya, kalau betul aku kahwin, memang aku dapat sebulan cuti.

"Hoi, mau suruh saya tunggu sini sampai petang ka?" Terkejut aku.

"Ok la Mr. Wong, saya mengaku, memang ada calon."

Dia terus bangun, dia hulur tangan dia. "Congratulation. Ini offer laku anam bulan. Lepas anam bulan, habis." Dia senyum habis bila aku sambut tangan dia.

Cerita Bersama DewiDonde viven las historias. Descúbrelo ahora