Hari Lima: Khamis

68K 99 5
                                    

Pagi ini aku dikejutkan dengan ciuman dipipi. Dia sudah bertimpoh bila aku membuka mata, senyumannya menyambut jagaku.

"Dah pukul 6.00." Suara lembutnya menyapa telinga aku.

Aku dah tak kesah tentang batang aku yang keras menegang dan kaki aku yang terkangkang.

"Boleh tidor semalam?"

Dia angguk sambil tersenyum. "Lena sampai pagi."

"Abang pun."

Walaupun suasana sejuk semalam, kain selimut masih terlipat elok, cuma tuboh kami saja memanaskan antara satu sama lain.

"Tadi Anita telefon, dia ajak saya duduk rumah dia." Devi bagitau semasa kami sedang menuju balik ke flat.

"Lepas tu?" Berdebar jugak hati aku

"Saya tolak pasal adik2 dia ramai. Menyusahkan keluarga dia lagi. Kalau menumpang sehari dua tak apa la."

"Lepas tu?"

"Saya mintak tolong dia carikan bilik sewa kalau ada. Tapi dia kata dia duduk dekat Kampong Kepayang."

"Ha, dekat la tu dengan ofis you."

"Tapi dia kata berbelas kilometer jugak, kena naik dua bas."

"Oh! Abang ingat dekat Fair Park. Kawan2 ofis belum dapat cari lagi ka?"

"Dak lagi. Depa kata kalau dua tiga minggu lepas senang sikit."

"Ya la kut, hujung2 tahun, banyak yang pindah. Takpa la Devi, pelan2 la kita cari."

"Terima kasih abang." Dia pegang tangan aku yang memegang giar.

Aku membelok ke Stesen Keretapi, membeli sup kambing sebagai kuah untuk malam ni. Aku tau gulai semalam ada lagi. Tapi saja nak ubah selera. Aku beli juga ikan kembong bakar, siap dengan air asam. Biar dia masak nasi saja malam ni.

Lepas berehat dan minum petang, Devi masuk ke bilik air dan membasuh. Bila aku keluar selepas solat Asar kain baju dan seluar dalam aku dah tersidai di penyidai bersama2 dengan pakaiannya. Aku tak terkata apa2 bila dia masuk balik ke bilik air.

Entah mengapa aku tertarik benar dengan seluar dalamnya yang berwarna putih dan berenda2 itu, aku belek dan cium kawasan cipapnya bersemadi, menikmati bauannya. Dan aku terus keluar keruang tamu, mencapai paper. Jantung aku berdegup kencang dan batang aku menegang.

Cukuplah setakat itu, aku berfikir, masih lagi dalam pakaian sembahyangku, janganlah aku melampauai batas, menganiaya gadis yang aku mula sayang ini. Devi keluar dengan berkemban kain batik sahaja, dadanya ditutup tuala, dan aku sekadar memandang sepintas lalu saja, mengawal diriku sebaik mungkin.

Selepas makan malam, aku membuat kerja pejabat lagi, kali ini dia datang membantu, membaca angka2 untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja2 aku, Bau tubuhnya harum seperti semalam. Aku memberanikan diri, mencium bahunya.

"You buboh apa?"

Dia senyum, "Takda apa, losyen saja."

"Fair and Lovely ka?" Itu yang aku tau pun, selalu sangat ada dalam tv.

"Macam tu la." Dia ketawa kecil, menjeling aku.

"Patut la makin hari makin lawa."

"Pandai la abang ni." Dia menampar bahu aku.

Dari penelitian aku, cara pergaulan Devi banyak mirip kemelayuan, cara dia bercakap, cara berpakaian, cuma kadangkala bahasanya menggunakan bahasa buku, bahasa sekolah, tidak menggunakan istilah tempatan. Jika tidak pastinya siapa pun akan menerima Juita Dewi tanpa ragu2.

Cerita Bersama DewiWhere stories live. Discover now