Hari Empat: Rabu

73.5K 104 4
                                    

Entah berapa lama jam loceng aku berbunyi aku tidak tau. Aku masih lagi memeluknya dari belakang, Sedap dan nyaman sehingga sayang untuk aku melepaskannya.

"Devi....." Aku membisik.

"Yea...." Dia membalas lembut. Dia melentangkan badan perlahan2, tangannya yang tadi di dadanya kini sudah berada di perutnya. Dia tidak membantah, membiarkan saja. Aku merenggangkan tubuh aku perlahan2, begitu juga batang aku yang menggesel pehanya tadi.

"Abang pi la dulu, abang nak sembahyang."

Pagi ni aku dah tak peduli, walaupun batang aku menjunjong kain, aku bangun juga. Aku tak perlu malu lagi, dia dah pernah melihat dah pernah merasa, walaupun masih berbalut, masih berlitup. Bila aku keluar dari bilik mandi, dia didapor menyediakan sarapan, ruang tamu pun sudah kemas, bantal2 sudah tersusun di atas katil dibilikku, sekali dengan bantalnya.

Pagi ini pagi yang ketiga aku menghantar dia ke pejabat. Aku merasa ceria, dan aku lihat dia pun begitu juga. Dia memegang tanganku dan mengucapkan terima kasih sebelum melangkah keluar.

Satu hari ni aku rasa seronok sungguh sampai kawan2 pun hairan. Waktu Devi melangkah masuk ke kereta petang tu pun aku dapat lihat keceriaan masih terpampang di wajahnya.

"Hai, dah dapat bilik ka?"

"Belum."

"Anita tu dah balik?" Aku tanya tentang kawannya tu.

"Entah, kontek pun dak."

"Ha tu, senyum2 ni?"

"Nak suruh saya menangis ka?"

Dia menjeling. Aku faham, semuanya kerana aku. Seperti aku jugak, gembira kerana kehadirannya.

"Abang, kat mana ada jual baju kurung?"

"Mana la abang tau." Memang pun aku tak tau.

"Tapi kat Yik Foong tu banyak jugak kedai baju, you nak beli ka?"

Dia angguk. Aku kalau boleh nak memerap kat rumah saja malam ni. Dah sehari kawan2 pekena aku, tapi aku tak kesah, aku happy.

"You balik tak minggu ni?"

"Abang?"

"Abang dua tiga minggu sekali baru balik."

"Saya pun ingat nak macam tu jugak."

"Kalau macam tu hari Ahad ni kita keluar. Pi dua tiga kompleks pun takpa." Cepat2 dia angguk.

Aku singgah beli kari kepala ikan untuk makan malam ni, juga beli barang2 dapor sikit lagi. Kini dia yang menguruskan barang2 dapor yang dibeli tadi. Aku terus mandi dan sembahyang. Bila aku keluar, semuanya dah terhidang, kali ini dimeja makan.

"Ha, tunggu apa lagi?"

"Kan makan sekali lagi elok. Kena tunggu tuan rumah la."

"Sama saja. Tak kisah, lagi pun you salin pakaian pun dak lagi."

Lagi aku tau tentang Dewi yang aktif dalam olahraga masa sekolah dulu. Umur dia sekarang baru 20, agak jauh dengan umur aku yang dah dekat 30 tahun.

"Pasal apa abang tak kahwin? Takkan tak ada girlfriend kut?"

"Dulu ada, tapi dia kahwin dengan orang lain."

"Lepas tu pasal apa tak cari ganti?"

"Ala, siapa nak orang kerja kilang macam abang ni."

"Pasal apa, kerja kilang kotor? Orang bodoh saja kerja kilang?"

Dia melenting, macam nak membela aku, dan mungkin kawan2 dia yang masih kerja kilang.

Cerita Bersama DewiWhere stories live. Discover now