Hari Sembilan: Isnin

31.3K 108 12
                                    

Aku tersedar bila jam loceng aku berbunyi. Dia sudah tiada, hanya tinggal kain batiknya menyelubungi tubuhku. Aku menyarungnya bila tidak dapat mencari kain pelikat aku. Juita sedang menjerang air. Aku hampiri dan memeluknya dari belakang dan mengucup pipinya.

"Good morning."

"Good morning." Dia membalas. Kain aku jadi kembannya.

"Jom mandi." Tiba2 aku bersuara, terpancul tanpa disedari.

Dia memandang aku. "Tapi ingat tau!"

Aku mengangguk, itu saja yang dapat kubuat bila sudah terlajak cakap. Di bilik air baru kami sama2 membuang kain, memandang tuboh yang tanpa seurat benang, buat pertama kali secara terang2an.

"You memang cantik Juita."

"Abang pun memang tampan."

Kami berkucupan dan berpelokan, tapi cuma sekejap, masing2 mencapai berus gigi. Walaupun batang aku yang berkelewak itu sering menggesel tubuhnya di ruang yang agak sempit itu, kami buat tidak peduli saja. Kepuasan semalam masih terasa. Di bawah semburan pancur hujan itu kami berpusing2 bergilir2 membasah tuboh, menyabun antara satu sama lain dan akhirnya mengelap berkongsikan tualanya. Dan kami keluar berbalut kain masing2.

"Abang tengok semua seluar dalam you canggih2....."

"Panties la bang. Kawan kat kilang tu yang introduce. Dah rasa sedap, selesa, saya beli la. Ni pun kira biasa la. Ada yang canggih lagi."

"Ya ka?" Teringat jugak akan gambar2 yang aku biasa tengok, tapi tak pernah ambik peduli hingga Juita berada dalam dakapan aku. "Nanti abang tolong beli nak?"

"Hooi, yang mahal sampai seratus pun ada. Tak payah la, dah cukup dah."

"Ala, takkan nak kena beli sampai sedozen sekali. Boleh kan?" Aku

menggatal lagi.

"Tengok lah. Ni yang abang tak siap2 ni pasal apa, sembahyang pun belum. Asyik tengok saya pulak. Malu saya." Dia dah pun menyarungkan kainnya, bra pun dah pakai.

"Saja, tak pernah tengok orang pompuan bersiap. Nak sembahyang pun dah lepas waktu, nanti abang qadha la."

"Abang nak makan apa pagi ni?"

"Telor madu dengan roti bakar dah la."

"Telor madu tu buat macam mana?"

"Kan ada telor ayam kampong yang kita beli semalam tu, ambik telor merah saja, campor la dengan dua camca madu, yang botol kecik tu, kacau2, siap la."

"Senang saja?" Aku senyum saja.

Dia keluar bila dah menyarung baju kurong yang aku belikan semalam. Bau kedai pun ada lagi, bisik hatiku. Baru habis pakai, belum bersolek lagi. Kini giliran aku pulak mengenakan pakaian. Tak sampai 10 minit dah siap dengan bersolek sekali.

Di dapur aku tengok dekat nak penoh satu cawan dengan telor merah. Dia pula tengah menyapu planta atas roti bakar.

"Berapa biji you buat ni?"

"Tujuh kot."

"Pasal apa banyak sangat."

"Banyak ka?"

"Dua bijik cukup la."

"La, abang tak cakap pun dua biji. Saya masuk satu, nampak sikit sangat, dua pun sama jugak, jadi saya buboh la sampai dekat satu cawan, kot nak buat ganti teh."

"Ni madu dua camca la?"

"Abang cakap dua camca." Mula2 aku nak senyum saja, tapi tergelak pula, takut juga dia kecik hati.

Cerita Bersama DewiWhere stories live. Discover now