Bab 12

270 9 0
                                    

"Kakak...",panggil Ila.Ira tersedar dari lamunannya.Entah apa yang difikirkan.Sudah 5 hari mereka berada di situ.Namun,tiada perubahan langsung.Mereka tertidur,keesokannya terbangun pula.
"Sangat sukar untuk laksanakan misi kali ni",ujar Saerah.

"Apa lagi yang kau nak"??!!!!!!,kata Ira.Mereka bertiga memandang Ira dengan penuh kehairanan."Takkan siang buta macam ni pun 'dia' datang"?,kata Sanilin dalam hati.Mereka memandang kosong bilik itu.Kemudian,mereka memandang Ira kembali.Tiada apa yang mereka nampak cuma Ira sahaja yang agak keterlaluan.

"Tenang,Ira.Tenang.",kata Ila."Macan mana aku nak tenang"?!!!,kata Ira sambil meninggikan suaranya."Benda tu asyik pandang dan ikut sahaja kemana aku pergi.Aku duduk,dia duduk.Macam mana aku nak tenang?.Semua benda yang aku buat dia ikut".Benda"?,kata Saerah.Tak nampak apapun."Mungkin korang tak nampak apa yang aku nampak.Tapi,percayalah.Dia perhatikan korang setiap masa.Aku tengok muka dia pun dah nak muntah",kata Ira.

Memandangkan hari semakin gelap,Saerah menyalakan lilin di dalam bilik dimana mereka berkumpul.Dia membuka begnya lalu mengeluarkan enam keping roti yang dibawa dari rumah lalu menghulurkan kepada rakan-rakannya."Nah,ambillah",ujarnya.
"Ila,makanlah dulu.Tak lari pun buku kau tu.Lepas makan nanti,kau sambunglah tulis"."Kita buat semua ni bukan hanya nak jalankan misi sahaja,aku nak semua yang berlaku dekat sini aku boleh tulis dalam buku ni.Aku nak satu dunia tahu apa yang berlaku dengan kita.Aku nak jadikannya sebuah kenangan yang takkan dilupakan",kata Ila.Mereka semua terdiam.

"Sekarang ni,aku nak korang jawab dengan jujur.Siapa kenal dengan Diana"?,soal Saerah."Amelia Diana"?,kata Ila."Yup",kata Saerah."Aku syak dia ada kaitan dengan hospital ni",sambung Saerah lagi."Dia mati setahun yang lepas,accident"."Yang aku tahu,dia ni seorang model yang terkenal dan maut dalam perjalanan bersama kekasihnya". "Hidup lagi .

Mukanya bagai dirobek.Kukunya panjang begitu juga dengan rambutnya.Percikan darah dari mukanya juga memualkan.Badannya lebam-lebam.Matanya bagai dikorek sehasta.Matanya mengeluarkan darah hitam dan nanah yang berbau.Kainnya koyak dan lusuh.Setiap malam dia pasti menangis kesakitan.Setiap malam dia mengusap kepalanya.Dia suka berada di tempat yang gelap.Badannya semakin hari semakin bengkok.Kadang-kadang,dia menggunakan kedua belah tangannya untuk berjalan menaiki tangga sambil mengukir senyuman sinis.


Dia suka nyawa~

Bunga KiambangWhere stories live. Discover now