Bab 4

434 12 0
                                    

Jam tangan Sanilin menunjukkan pukul 11.00 malam.Mereka masih lagi tidak berganjak dari situ.Hampir-hampir sahaja mereka berempat terlelap di dalam bilik yang sunyi sepi dan hanyir itu.Mereka memang bernasib malang kerana setiap lorong dan bilik-bilik di hospital itu berbau hanyir dan tidak menyenangkan.

"Ok guys,macam mana sekarang,"? "Gerak jom",kata Sanilin ringkas.Mereka berempat keluar dari bilik mayat itu lalu menuju ke sebuah bilik yang mempunyai ruang yang besar.Mata Ira tertumpu pada sebuah bilik kecil di tepi tandas di tingkat dua hospital itu."Tu ape"? soal Ira."Tolong jangan tegur apa-apa"."Pandang dan diam sahaja",jawab Saerah..Mereka pun berjalan sambil menutup hidung mereka yang tidak tertahan dengan bau hanyir lorong itu.

"Nampaknya,kita berhenti kat sini je la"."Aku rasa ini 'parking lot' yang terbesar kat hospital ni" kata Sanilin.Ila yang dari tadi berdiam diri terus tertumpu matanya pada sebuah kereta usang yang telah ditinggalkan disitu.Kereta proton berwarna hitam itu merupakan satu-satunya kereta yang ada di 'parking lot' itu.Tanpa berfikir panjang,Ila mendekati kereta itu lalu.........."Jangan"!!! jerit Saerah."Jangan sesekali dekati benda-benda usang macam tu.Bahaya"."Jom la tengok apa yang ada dalam kereta tu.Bukannya apa pon.Kita tak kacau kan? .Tengok je".Dengan selamba Ira berkata begitu.Enggan mendengar kata Saerah,mereka pun menghampiri kereta usang itu bertiga.Saerah yang dari tadinya membuat jelingan maut pada mereka itu tidak diendahkan.Dia tidak berganjak dari tempatnya berdiri malahan hanya melihat dari jauh karenah rakan-rakannya itu.Dalam hatinya,"degil.Tengoklah apa akan jadi nanti".Dia membebel sendri.

Semakin dekat,bau hanyir yang pekat menusuk hidung dan baunya semakin kuat."Bau apa ni"? "Busuknya.Eiiiiii" kata Ira.Dengan tiba-tiba,bulu romanya berdiri bagaikan ada makhluk yang berdiri di belakangnya.Lehernya bagaikan ditiup angin bayu lembut.Sunggu menggelikan.Bagaikan mimpi dan fantasi.Tanpa berfikir panjang,mereka bertiga berundur dan terus berlari ke arah Saerah.Degupan jantung mereka semakin kuat,dan kuat.Mereka tercungap-cungap.Pernafasannya agak tidak terkawal.Berlari bagaikan kaki mereka tidak menyentuh lantai.

Dengan muka yang pucat bagaikan membeku,mereka terus menerja Saerah dan menceritakan perkara sebenar.Sebelum sempat menghabiskan cerita,Saerah berkata "kau orang memang tak nampak 'dia',tapi 'dia' nampak korang.Kan aku dah kata tadi jangan dekat,tapi korang degil.Macam mana,best tak lari-lari macam tadi"? .Dengan muka sinis Saerah menyindir mereka bertiga.


Tiba-tiba...........

Bunga KiambangWhere stories live. Discover now