Bab 2

642 15 1
                                    

Pagi itu,seperti biasa mereka berempat bersarapan pagi di meja makan di dapur.Air yang siap dibancuh itu terus dihidangkan.Roti yang disapu jem strawberi terus ditelan.Dalam suasana itu,tiba-tiba terdetik di hati Saerah untuk menyoalkan tentang cadangan Ira hari itu."Jadi,bila kita orang nak mulakan misi tu"? Soalnya sambil menghirup kopi panas itu."Kalau boleh,Ira cadangkan kita pergi lusa nanti.Boleh lah kita kemas dahulu barang-barang yang perlu dibawa",sambung Ira."Kalau macam tu,baguslah.Kita pergi awal sikit,kita balik cepatlah.Bolehlah kita tenangkan fikiran lepas misi kita selesai kan? Sempat lagi ni kita melancong",sambung Ila.
Perbualan itu terhenti disitu dan diikuti dengan gelak tawa mereka.

Hari yang ditunggu-tunggu pun telah tiba.Kelihatan Saerah menggalas beg yang besar itu menuruni tangga."So,are u guys ready"?,gurau Ira."Hurmmmmm",jawab Ila.
Selesai mengunci pintu rumah,mereka pun melangkah keluar dan terus menuju ke dalam kereta kepunyaan Sanilin.Selepas menghidup enjin,Sanilin terus memandu dengan berhati-hati sambil melihat ke belakang,kiri dan kanan.Ira duduk di hadapan sebelah Sanilin manakala Saerah dan Ila duduk di bahagian belakang.Perjalanan mereka mengambil masa selama 4 jam perjalanan.

"Kuekkkkk"..Sanilin menekan 'hand break' dan menutup cermin kereta."Are we there yet"?,soal Ira. "Yup".Jawab Sanilin ringkas.
Hari pun sudah gelap kira-kira pukul 6.00 petang.Tanpa membuang masa,mereka membawa keluar beg-beg yang berisi pelbagai jenis alatan.

"So girls,we're here"..Dengan selamba Ira menuding jari ke arah nama hospital yang tertera betul-betul di hadapan pintu masuk hospital itu.'Hospital Bunga Kiambang ' ..

Tiupan angin kuat dalam beberapa saat terus menampar muka Saerah yang masih lagi kebingungan.Dia terpaku melihat 'signboard' yang tertera .Dia bagaikan bermimpi.Entah mengapa perasaan keliru itu terus menyelubungi dirinya.Degupan jantung semakin laju.
Sesampai sahaja di pintu masuk,dia terus melangkahkan kaki kanan.Dia menoleh ke belakang dan berkata "Aku sarankan korang jangan cakap besar sangat.Nanti makan diri korang balik",kata Saerah dengan muka yang keliru bertukar serious dan terus berjalan ke dalam hospital lama itu.Ira,Ila dan Sanilin bertambah bingung mendengar kata-kata Saerah tadi.Tanpa membuang masa,Saerah terus berjalan di lorong hospital tanpa menoleh ke belakang.."Saerah,tunggu!".Gelombang suara Ira terus memenuhi ruang hospital itu.

"Agak-agaknya,dah berapa lama hospital ni terbengkalai"?,soal Ila selamba."Dah lama kot.Tengoklah dinding dan atap hospital ni.Berhabuk,pintu pun dah rosak.Bau hanyir pun ada",jawab Sanilin.
"1978".Jawab Saerah."Macam mna kau tahu"? ."Semua tu tak penting.Kau kena tahu dengan siapa kau akan bertemu nanti." Jawab Saerah dengan nada yang agak lembut bagaikan bukan dirinya sebenar yang berkata demikian.

Bunga KiambangWhere stories live. Discover now