Bab 10

299 10 0
                                    

"Sekarang kau dah masuk jerat aku".
"Kau dah hancurkan hidup aku,tapi kau nak datang jumpa aku juga?"

"Kau ni memang perempuan sundal,tak malu"

"Hati kau busuk"."Disebabkan kau,hidup aku musnah"

"Kau ingat perempuan,aku takkan biarkan kau hidup lama".

"Jangan...jangan"!!!!!!..

Ira menjerit ketakutan.Dia bermimpi."Tidak,itu bukan mimpi",katanya dalam hati.

"Bukan mimpi",keringatnya mula membasahi pipi."Korang?". Ira memanggil-manggil nama kawannya.

Tiba-tiba,tamparan angin kuat menerpa pipinya yang lembut itu.Dia terpaku seketika.Hembusan nafasnya semakin kuat.

Peristiwa buruk itu tidak hilang dari ingatannya.Masih mentah untuk dilupakan.Dia sedar.Dia sedar yang dia telah melakukan masalah besar dalam hidupnya sehinggakan memakan dirinya sendiri.

Akibat sifat tamak dan egonya,semuanya musnah.Sikap buruknya membawa padah kepada dirinya sendiri.Dia terlalu pentingkan hidupnya berbanding orang lain.

Sendiri yang buat masalah,semua orang dijerutnya sekaligus.Sungguh! Sungguh egonya itu meninggi ke langit.Dia termakan dengan egonya sendiri sehinggakan semua orang binasa akibat perbuatannya.

Tak rela melepaskan yang ingin dilepaskan,dia pula yang membuat onar.Enggan bertanggungjawab dengan perbuatan buruknya,padahlah semuanya.Hancur!

Percintaan yang membawa kematian itu adalah salah satu perkara yang luar biasa.Sudah terlambat untuknya menyesal.

Apa lagi yang ingin dikesal?!! Semuanya sudah terlambat!.

Masa tidak akan berputar kembali.Mustahil! Sekarang,semuanya sudah musnah baru faham erti penyesalan? Huh! Tidak mungkin..

Dia tahu,perlakuannya itu salah.Tapi kenapa? Kenapa dia berbuat begitu?!

Bunga KiambangWhere stories live. Discover now