"Devil? Jahat ke dia dulu?"

"Bukan devil yg tu. How she jokes around and how she cares bout peoples around her. Dia bukan tunjuk tau dia care or not, dia care dlm diam. Misalnya abg sakit org semua care semua org tnya abg okey or not tapi dia tidak bang. Abg meraung sakit sekalipun dia takkan layan selagi ada org yg tlng abg TAPI dia akan followup tau bang, all keperluan abg, dia akan usahakan sehingga abang sihat."

"Pernah terjadi macamtu?" Pakcik Halim ingin tahu menunjukkan muka serius. Sesungguhnya dia sendiri tidak menyangka budak yg nampak sombong itu punya perangai begitu.

"Ada. Saya sendiri pakcik." Qila mengakhiri ceritanya.

"Sebab tu siapa yg dapat dia beruntung sangat. She's a keeper." Kata Qila sebelum beredar bila Pakcik Abu memanggilnya.

Fizz menjeling kembali arah Quinny dan Qila yg kelihatan ketawa riang sambil berbual.

"Tuan Fizz, yg ni nak copy banyak?" Kedengaran suara Fira menerpa gegendang telinganya. Dia menoleh.

"Copy dalam 5set. Petang nanti ada meeting dgn Zaf." Ujar Fizz. Direnung muka Fira. Ayu raut mukanya tapi kenapa hatinya lagi tertarik dengan si Lay.

"Fizz" Terdengar suara Bigboss, Tuan Noh memanggil. Dia masuk kedalam bilik.
.
.
.
Kami berlima duduk dalam bilik meeting. Awkward dan berjauhan. Itulah yg aku boleh gambarkan sekarang ini.

Perang sejuk antara kami hanya kami sahaja tahu kononnya aku kira satu office sudah tahu lagi² Fira yg selalu mengasingkan diri ya dari kami.

Tuan Noh dan ketua² unit masuk ke dalam dan mengambil tempat duduk masing². Tuan Fizz duduk disebelahku dan aku pula automatik melihat Fira yg sedang duduk berhadapan.

Free² je aku kena jeling oleh Fira. Barangkali sakit hati melihat Tuan Fizz memilih duduk disebelahku darinya.

Ting! Whatapp dari Fira. Personal.

✉️Fira: Mesti kau happykan boss aku duduk sebelah kau.

Aik? Dah kenapa dia ni? Berkerut dahiku.

✉️ Buatapa nak happy? Dia nak bagi aku hadiah ke?

Aku membalas kembali. Pelik dia ni. Telingaku masih menangkap lagi kata² dari Tuan Noh.

"Okey Aileen, sy nak tanya awak nak duduk unit mana? Bagi sy dua unit." Tiber Bigboss ni bertanya padaku.

Aku angkat muka. Aku renung mukanya lama.

"Eh jangan tenung muka saya lelama. Jantung saya tak pandai duk diam dah ni." Selorohnya. Semua kami meletus ketawa.

Ting! Whatapp Fira sampai lagi. Aku hnya baca sahaja.

✉️ Fira: Jangan nak lebih² ek pilih Tuan Fizz.

Elehh, takdenya aku nak pilih unit yg bukan bidang aku lah bongok. Aku bukan macam kau. Bisikku dalam hati.

"Haah Aileen, katmana?" Bigboss bertanya lagi. Aku kembali merenung mukanya sambil senyum.

"Unit yg sekarang ini atau unit komersial, Tuan." Jawabku. Aku senyum sekali lagi. Kulihat Bigboss seakan terpana sekejap sebelum dia melihat buku notanya.
.
.
Noh Fitri's POV

Aku lihat dari ekor mataku sepanjang aku berucap tadi, Layla Aileen kelihatan tegang riak mukanya.

Aku hulurkan pertanyaan dimana dia mahu untuk menghabiskan 4bulan lagi sesi intern mereka.

Dia merenung dalam arahku sehingga aku terasa jantungku berdegup pantas. Cepat² aku alihkan perhatian dengan bergurau dan bertanya kembali.

Kali ini dia senyum pulakkk. Ohh no! Hati jantung pankreas semua jangan buat hal. Kenapa dengan organ dalaman aku macam terkena spell cinta? Eh??

"Unit sekarang ini atau unit komersial, Tuan." Jawapan Layla Aileen kepada soalanku tadi. Dan sekali lagi dia senyum, lesung pipit di kedua pipinya jelas kelihatan.

Aku macam terpana sekejap. Tapi aku perasan riak muka Fizz Azryn disebelah aku. Cepat² aku alihkan perhatian di buku nota.
.
.
.
Jam 4.30, selesai meeting kami bersama ketua² unit. Tuan Husin seakan tidak mahu menerima kenyataan aku kini milik unit komersial.

"Alahh Layla dah taknak dgn kita lagi Tuan." Tuan Husin membuat aduan dengan Tuan Helmi.

"Apalah Tuan ni, bukannya jauh pun. Sebelah meja je pun Tuan oi." Selorohku.

Aku kini dibawah seliaan Pakcik Abu. Aku berganti tempat dengan Qila. Nana pula berganti dengan Fira.

"Makin murunglah budak tu duduk depan wei." Kataku perlahan dengan Nana.

"Eh biarlah dia murung. Kau tahu tak selama ni dia bawangkan kita dekat pakcik² dan abg² ENG?" Jawab Nana.

"Mana kau tahu pulak ni?" Qila bertanya. Aku mengemas barang² ku dimeja Tuan Husin untuk dibawa ke meja Pakcik Abu.

"Pakcik Halim citer kat aku masa aku dan kawan aku tu pi rumahnya haritu. Pakcik Halim jemput kenduri arwah."

"Lahh. Sampai hati dia bawangkan kita ek."

"Banyak kot dia bawangkan kita. Aku pun nak bawang juga ni, pakcik bagitahu dia tu perasan giler Tuan Fizz tu syok kat dia padahal kita tau Boss aku tu syok kat Lay."

"Amboi kau ni. Bawang besar sungguh ek. Sejak bila pulaklah Boss kau tu syok kat aku?" Aku memotong cakap Nana. Qila ketawa.

"Eh syok kat kaulah Lay. Pakcik gitau aku eh, Boss aku tu memg dari awal dulu memg syok kat kau." Nana berbisik sambil ketawa. Aku cubit lengannya.

Quinny! Kami bertiga menoleh serentak arah suara yg memanggil aku. Sekarang satu office tahu nickname baruku itu. Iyalah dah sibuk membawang orang mestilah terkejutkan dipanggil. 🤣

Ms. Intern & Mr. Bigboss (MIMB) ✅Where stories live. Discover now