• Prolog •

9.2K 623 41
                                                  

Butir-butir salju putih yang beku melayang-layang menghampar di jalanan. Tanah yang ditumbuh rumput nipis, dihenyak dengan salji tebal. Musim luruh yang telah bertukar kepada musim dingin menjadikan suasana pada pagi itu sungguh sejuk. Ditambah pula dengan tiupan angin kuat yang membawa taburan salji nipis dari permukaan langit.

Namun begitu, suasana sejuk itu sedikit pun tidak menjadi penghalang untuk dia terus bermain salji. Riak kegembiraan jelas terpancar pada wajah kanak-kanak tersebut. Dia ketawa dengan riang. Sedikit pun tidak mempedulikan masalah yang sedang melanda keluarganya. Lagipun, dia masih kecil. Dia tidak tahu apa-apa.

Salji digumpal membentuk menjadi satu bulatan yang besar. Perkara itu diulang sehingga menghasilkan tiga bulatan salji yang berbeza saiz. Kemudian, disusun satu persatu secara bertingkat-tingkat di mana bulatan paling besar berada di bawah. Diikuti dengan bulatan salji bersaiz sederhana dan yang paling kecil berada di bahagian tengah dan atas.

Batu berwarna hitam yang dikutip tadi disusun di bahagian tengah bulatan. Untuk menjadikan ia sebagai butang. Manakala dua biji batu lagi diletakkan bersebelahan antara satu sama lain untuk dijadikan sebagai mata orang salji. Satu susunan batu yang melengkung ke bawah juga disusun di tempat yang sama.

Kanak-kanak itu bertepuk tangan. Orang salji yang mereka hasilkan hampir siap. Kesejukan yang semakin mengila sedikit pun tidak mengganggu mereka untuk menyiapkan orang salji itu.

"How about his hand?" Soal salah seorang kanak-kanak perempuan yang memakai baju sejuk tebal berwarna biru. Mereka saling berpandang sebelum seorang lagi menyampuk.

"And his nose ! "

Seorang daripada mereka menyeluk jaket. Dia mengeluarkan sesuatu dari situ.

"I have this carrot"

Dia menunjukkan lobak merah berwarna oren kepada rakan-rakamnya. Ternganga mereka semua dengan apa yang mereka lihat.

"Where you got this?" Kanak-kanak perempuan berambut perang menyoal. Lobak itu diambil dari tangan kanak-kanak tadi lalu dibelek seperti tidak pernah melihat benda tersebut.

"From my mom's kitchen" dia tersenyum bangga. Tangan disilang ke dada. Tak sangka lobak itu berguna untuk membuat orang salji.

Lantas lobak itu dicucuk di bahagian atas untuk menjadikan ia sebagai hidung.

"Great ! Our snowman is almost done" kata salah seorang daripada mereka.

"And the last one... the hand !"

Mereka ligat berfikir. Cuba mencari penyelesaian bagi menangani masalah tersebut.

Budak lelaki yang memakai topi berwarna merah memandang sekeliling. Tatapan matanya terhenti pada ranting pokok mati yang selimuti dengan salji nipis. Pokok tersebut berada tidak jauh dari kumpulan mereka

Dia berlari anak untuk mendapatkan ranting tersebut. Setelah mendapatkannya, dia kembali semula pada rakan-rakannya. Ranting tersebut dicucuk pada bahagian kiri dan kanan orang salji tersebut.

"It's done !"

Mereka menjerit kegembiraan sambil melompat-lompat. Dengan usaha kerjasama empat orang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 5 hingga 7 tahun itu, mereka berjaya menghasilkan orang salji yang diberi nama Enno.

Randy FernandezWhere stories live. Discover now