21 - Physical vs Magic

1.3K 126 59
                                    

Peperangan bukanlah penyelesaian untuk semua perkara. Kerajaan bidadari dan syaitan kedua-duanya bermusuhan untuk beratus ribu tahun lamanya sebelum perdamaian tiba.

Perjanjian pendamaian yang dicadangkan oleh kerajaan bidadari dipersetujui oleh kedua-dua kerajaan agar tiada lagi pertempuran. Satu lagenda yang mengajar bahawa bidadari dan syaitan boleh hidup bersama menjadi faktor utama perjanjian pendamaian syurga dan neraka termeterai.

*****

Di sebuah padang rumput di hutan Wethes berkabus, ahli kumpulan penyihir sudah bersedia menunggu angkatan tentera yang diterajui Zean.

Zean tahu pertarungan bukanlah satu penyelesaian namun Juvel tetap berkeras mahu beradu kekuatan dengan ahli kumpulan penyihir. Hinaan yang dilemparkan terhadap seluruh angkatan tentera dan kepada ketuanya Zean, tak akan dibiarkan Juvel begitu sahaja.

Di barisan paling hadapan, Zean bersama dengan Juvel memandang ke arah kumpulan penyihir yang telah bersedia dalam posisi di belakang Rafael. Mereka berbisik antara satu sama lain, yakin bahawa kemenangan milik mereka. Senyuman sinis tidak lekang dari bibir mereka apabila mereka memandang angkatan tentera istana.

Zean hanya memandang Juvel yang memaparkan wajah serius daripada tadi. Tangan Juvel menongkatkan pedang tempurnya ke tanah, sambil lirik matanya memerhati sahaja kumpulan penyihir mempamerkan keangkuhan 5 meter jauhnya daripada mereka.

Zean memandang ke belakang melihat angkatan tentera yang lain sudah bersiap membahagikan senjata untuk digunakan. 

Gabriel mengambil busur dan anak panah untuk dirinya. Oleh kerana dia tidak mempunyai ilmu tempur seperti orang lain dengan pedang,  dia menggunakan busur dan anak panah untuk membuat serangan jarak jauh.

Pengalamannya menjadi pasangan memanah kepada Putera Dhaniel memang berguna kepada Gabriel yang akhirnya perlu mengiringi Juvel yang dikelilingi dengan petempuran dan keganasan.

Gabriel mengambil posisinya di sebelah Juvel. Gabriel membisikkan kerisauannya yang terkandung dalam hatinya kepada Juvel.

"Hang betul ke nak lawan dengan mereka? Aku warning kau ni, kalau Putera Dhaniel tahu pasal benda ni, mampus kau Juvel!"

Ingatan itu sedikit pun tidak menakutkan Juvel. Dia tekad untuk bertempur dengan mereka walaupun mengetahui betulnya amaran Gabriel tentang Putera Dhaniel yang mungkin tidak bersetuju dengan pertempuran ini.

Juvel kemudian memandang ke arah Zean lalu dia berkata, "Macam ni ke kau nak mereka pandang kau? Kau nak dipandang rendah dengan Rafael si rambut uban tu?"

Zean memandang ke arah Juvel . Dia tidak berkata apa-apa.

Juvel menarik nafas kemudiannya menarik pedangnya lalu mengangkatnya tinggi ke langit. Dengan laungan yang lantang, peperangan diishtiharkan.

"Kami  bersedia"

*****

Di medan pertempuran, tentera-tentera dan penyihir bertarung pedang. Walaupun ahli kumpulan menyihir tidak sekuat angkatan tentera bidadari, mereka menggunakan kuasa sihir untuk menguatkan lagi serangan mereka dan mengguna magis untuk membina kubu pertahanan daripada anak-panah yang disasarkan kepada mereka.

Setelah menumpaskan beberapa penyihir dengan tangan kosong, Juvel mengutip semula pedangnya yang terpelanting jauh akibat sihir ahli penyihir yang telah dia tumpaskan. Dia perhatikan pedangnya yang diselaputi lumpur. Dia perhatikan biasan imejnya pada pedang yang berkilat itu. Redup matanya merenung buat seketika. Dahinya berkerut. Entah kenapa dalam sudut hati dia rasakan ini bukan suatu perkara yang...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 02, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Humanity Angel [MALAY]Where stories live. Discover now