6 - Combat

3.2K 209 12
                                    

Akan ada aksi di dalam bab ni, so guna imaginasi ya? Bagi gempak sikit. Hehehehehe.

Cahaya yang indah menerangi pagi pertama Juvel di syurga. Di sebuah bilik sederhana di dalam istana menjadi kediamannya buat waktu itu.

Juvel bangun dari tidur. Tiba-tiba dia terdengar bunyi bising seperti tingkap biliknya dibuka.

Rupa-rupanya...

"Kau pe hal pagi-pagi buta datang tak bagi salam selepas tu bertenggek pulak dekat tingkap bilik aku? Huh?"

Gabriel singgah ke tingkap biliknya.

"Kau lambat sangat bersiap. So aku terbanglah naik tengok kau nazak ke belum" Gabriel ber sarkastik. "Tak kan kau lupa kan aku kena jadi bidadari penjaga kau"

Juvel mengimbas kembali kejadian malam semalam

"Mulai sekarang, kamu Gabriel kena menjadi bidadari penjaga Juvel. Dia masih tak tahu selok belok istana. Jadi kamu lah kena bagi tahu dia"

"WTF? Aku kena jadi bidadari penjaga dia? Jawabnya tak hidup lama lah" Kata Gabriel dengan kadar perlahan namun tetap dapat didengari oleh Juvel.

Juvel jelingkan sahaja Gabriel dari tadi. Geram pulak rasa. Memang patut dia kena belasah pun kalau mulut celupar macam tu.

Lamunannya terhenti. Juvel bersiap pantas. Dia perlu bersegera kerana tidak mahu lambat ke kem latihan tentera.

*****

Juvel dan Gabriel tiba ke kem tentera. Juvel membawa sebilah pedang pemberian ayahandanya untuk digunakan di kem pentempuran. Katanya amat penting seseorang pahlawan membawa pedang bersamanya di mana mana sahaja.

Tiba di kem tentera. Juvel mendengar bagai namanya dipanggil.

"Juvel! Sampai pun. Cepatlah kami dah nak bermula ni"

Rupa-rupanya Zean yang memanggil namanya. Juvel segera menghampirinya.

"Pengumuman semua! Ini Juvelline dia ialah ahli baru angkatan kita. Hormat kepada dia tau kerana tuanku raja sendiri yang mengambilnya masuk ke dalam angkatan kita" Zean mengumumkan penyertaan Juvel. Juvel jadi sedikit segan kerana dia bukannya begitu berpengalaman dalam ilmu tempur. Baru saja semalam dikatakan mempunyai bakat pertempuran. Esok pagi semua orang dah panggil dia macam pakar.

"Okay, sekarang kamu semua ambil tempat masing-masing hari ini kita akan belajar dari Juvel macam mana nak bertempur" Kata-kata Zean membuatkan Juvel terbeliak biji mata. Dia manalah tahu ilmu pertempuran sebenarnya. Tiba-tiba sahaja kena mengajar angkatan tentera jauh berpengalaman darinya. Zean bergerak menyertai sekelompok tentera bidadari yang berkumpul menghadap Juvel.

"Ehhh korang mana boleh buat macam tu. Dia orang baru kan?" Gabriel membantah.

Tapi Zean pandai sahaja membalas, "Orang baru atau tak? Saya yakin kalau dia pilihan tuanku mesti dia merupakan seorang pakar. Kamu senyap. Saya tahu kamu bukan daripada angkatan"

Gabriel hanya dapat memerhati sahaja. Kebenaran tidak boleh dipecahkan buat masa ni. Dan Gabriel mula tidak kisah.

"Apa yang berlaku terpulang pada kau lah Juvel. Aku tak campur. Kau nak cari gaduh dengan aku kan?" Detik hati Gabriel. Dia tersenyum sinis kepada Juvel.

Juvel yang terlihat senyumannya yang amat sinis itu berkata dalam hati, "Tak guna punya bidadari penjaga aku tu. Tak pe kejap lagi aku leyet kau. Tunggu je lah."

Juvel yang masih tidak tahu nak berbuat apa dengan teragak-agak menarik keluar pedangnya dari sarung pedang di pinggangnya. Lambat-lambat sahaja pergerakannya. Jujur dia tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba kedengaran suara sumbang dari kelompok askar-askar yang masih menunggu tunjuk ajar Juvel.

"Woii! kau reti berlawan ke? Setakat pegang pedang aku pun boleh"

Gelak tawa bercambah dari semua orang berada di situ. Menelan air liar, Juvel gentar. Dia tah tahu apa-apa.

"Sudahlah korang! Berhenti" Arahan Zean didengari semua.

Zean kemudian bergerak ke depan menuju ke arah Juvel dan terus bersuara dengan rasa geram.

"Aku nak tanya, kau memang pandai ilmu tempur ke?"

"Mestilah!" Juvel menipu.

"Jadi kenapa kau senyap je tadi?"

Juvel terdiam seribu bahasa. Tiada alasan pun yang muncul untuk mempertahankkan dirinya.

"Kalau macam tu, buktikan kepada aku kemahiran kau. Lawan dengan aku!" Zean mencabar.

Juvel tanpa teragak-agak menerima cabaran itu.

Zean mengambil dua barang pedang kayu lalu menyerahkan salah satu kepada Juvel.

Di dalam posisi sedia, Zean tampak yakin. Juvel pula dalam dada masih rasa gugupnya.

Juvel memandang ke dalam mata Zean. Ditemukan diri Zean memandang rendah terhadapnya membuatkan dia jadi semakin geram.

"Sedia, mula"

Salah seorang tentera mengumumkan permulaan pertempuran.Juvel bergerak pantas ke arah Zean lalu melibaskan pedang kayu di tangannya sepenuh hati. Namun, Zean menahan serangan itu.

Juvel masih mencuba menyerang Zean namun Zean masih lagi dalam posisi pertahanan. Menahan serangan Juvel.

"Aku dah agak! Dia memang lemah! Aku akan biarkan dia habiskan tenaganya sahaja" Otak Zean mula merancang.

Sekali lagi Zean menahan serangan Juvel menggunakan pedang kayunya, Zean terkejut.

Terkejut apabila Juvel membuat serangan mengejut ke bahagian bawah badannya. Kaki Zean yang cuba di sasarkan tidak mengena kerana Zean terlebih dahulu mengganjakkan diri.

"Aku, tak boleh kekal dalam posisi bertahan macam ni! Aku mesti mula menyerang"

Zean menggunakan kepantasannya untuk menyerang bahagian badan Juvel. Namun serangannya dipatahkan. Juvel dengan pantas menyerang bahagian kaki Zean. Menahan rasa sakit Zean hsmpir terduduk dibuatnya. Zean yang membina rancangan untuk membuat serangan mengejut dalam mindanya.

Namun, Juvel yang terlebih dahulu bergerak pantas menyerang Zean hingga dia terbaring di atas lantai. Juvel yang hilang keseimbangan terduduk di atas badan Zean.

Dengan pedang kayu di tangannya, Juvel menikam lantai di sebelah kepala Zean. Menandakan kemanangannya.

Juvel tersenyum gembira. Akhirnya kekuatannya terbukti. Zean juga turut mengaku kalah.

"Ahah, baiklah awak menang!"

Juvel bangun lalu menghulurkan tangannya, membantu Zean bangun dari terbaring di lantai.

"Awak pun tak kurang hebatnya" Juvel memuji kemahiran petempuran Zean.

"Lain kali saya tak akan berlembut lagi dengan awak bersedialah" Zean berkata.

"Saya on je! Awak pun sama!" Kata Juvel.

Mereka berdua tergelak mesra.

Namun ada yang iri hati.

Hai semua macam mana kali ni? Best tak? Saya sengaja tambah aksi sikit dan romance. Hahahaha saje nak bagi gempak. ;)

Humanity Angel [MALAY]Where stories live. Discover now