17 - VIP Guest

1.7K 128 38
                                    

Hari yang sempurna ini, semua bidadari sudah siap sedia untuk menghadiri majlis tari-menari di Istana Bidadari.

Majlis ini adalah majlis terbuka untuk semua rakyat kayangan.

Dapur Besar Istana sudah mula berjalan, melaksanakan tugasan penting menyediakan jamuan pada malam tersebut.

Koordinator majlis membuat pemeriksaan akhir sebelum berpuas hati seratus peratus dengan hasil dekorasi.

Para puteri dan putera berada di kamar masing-masing bersiap sedia sebelum majlis tari-menari yang akan bermula dalam 6 jam lagi.

Juvel dan Gabriel pula sibuk di penjara bawah tanah. Demi menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh Puteri Erissa, Gabriel kena turun padang ke penjara bawah tanah untuk memilih banduan yang bakal dibebaskan.

Ia merupakan tradisi penting kerajaan bidadari untuk menunjukkan nilai kemaafan dalam pemerintahan. Oleh sebab itu beberapa orang banduan akan dibebaskan setiap kali majlis diadakan di istana.

Juvel memandang satu persatu muka banduan yang menghuni sel-sel sempit itu. Ada yang terdiri daripada spesis bidadari sendiri. Tidak dapat menyangka bahawa bidadari juga turut melakukan jenayah.

"Hang tengok apa tu?" Gabriel menegur Juvel yang merenung lama ke dalam sel yang dihuni oleh bidadari.

"Apa kesalahan dia?" Juvel bertanya dengan penuh rasa ingin tahu.

"Ohhh, dia ni? Dia cuba serang pengawal istana 5 bulan lepas"  Gabriel menerangkannya kepada Juvel.

"Tapi kenapa? Bukan ke bidadari sepatutnya ada hati yang mulia?" Juvel keliru dengan kenyataan Gabriel yang menyatakan banduan bidadari itu bersalah dalam kes yang melibatkan kaki tangan istana.

"Juvel, kau jangan ingat semua bidadari sama sahaja. Kadang-kadang kalau ikutkan perasaan sangat, bidadari pun boleh bertindak ganas. Banduan ni kalau ikut maklumat daripada orang bandar, isteri dia mati dalam istana ni sebab serangan penceroboh ketika Majlis Gerhana Bulan. Mmmm, serangan raksasa Cyclops. Aku rasa dia berdendam dengan pengawal istana"

"Kenapa ada raksasa serang majlis diraja. Bukan ke majlis diraja sepatutnya ada kawalan ketat?" Tanya Juvel.

"Tu lah masalahnya. Walau seketat mana pun Putera Dhaniel sediakan kawalan keselamatan dan angkatan pengawal. Raksasa ini tetap boleh lolos daripada sekatan pengawal istana. Sebab tu Raja dan Pemaisuri nak kau balik Juvel. Diorang percaya kau sahaja yang boleh kembalikan keamanan di syurga ni, terutama sekali kawasan istana"

"Kehadiran raksasa pada waktu majlis diraja ialah satu tanda pemberontakan terhadap kerajaan bidadari. Mereka cuma nak lagakan kerajaan bidadari dan syaitan yag sudah lama berdamai, lagipun raksasa di neraka berada dalam kasta ketiga, mereka selalu tidak berpuas hati dengan status tu" Terang Gabriel.

"Kasta? Neraka pun ada sistem darjat ke? Ingatkan manusia je ada sistem hamba dan tuan" Juvel menyoal lagi. Si Juvel ni memang jenis suka ambil tahu dan ingin tahu. Kalau boleh lepas setiap penjelasan mesti ada saja benda yang dia nak tanya.

"Dah lah kau ni! Bukannya penting sangat pun benda ni untuk kau"

"Ehhh, tolonglah explain~ Gabriel!" Juvel memanggil Gabriel yang bergerak menjauhinya. Pertanyaan Juvel diabaikan.

*****

Sementara itu di tapak latihan, para askar dan pahlawan berkumpul untuk mendangar taklimat daripada Putera Dhaniel.

Mereka tergelam dalam kekecewaan dan kesedihan sebaik sahaja Putera Dhaniel memutuskan bahawa para askar tidak dibenarkan menghadiri majlis tari-menari istana.

Humanity Angel [MALAY]Where stories live. Discover now