11 - Old Day

2.6K 158 4
                                    

Keesokan harinya, seperti dijanjikan, Zean dan Juvel bertemu di luar istana. Hanya berpakaian casual dan santai, mereka menuju ke tempat yang Zean sentiasa lepak, di sebuah pokok besar jauh di dalam hutan.

Dengan menggunakan hanya kudrat dan keistimewaan sayap berpelepah dan sayap yang menyerupai kelawar, Zean dan Juvel terbang menuju ke dalam hutan. Di dalam perjalanan sempat lagi Juvel menikmati permandangan indah di syurga.

Akhirnya selepas beberapa minit perjalanan, Juvel dan Zean tiba. Pokok gergasi yang pernah dinyatakan Zean, Juvel meneliti keindahannya yang mempunyai daun yang berwarna merah jambu, selain itu, tidak jauh dari situ terdapat juga sebuah tasik yang membiru warnanya.

Zean terlebih dahulu memanjat pokok itu lalu menghulurkan tangannya untuk dicapai oleh Juvel.

Mereka mengambil tempat duduk di dahan yang sama. Juvel bersandar di batang pokok manakala Zean pula selesa berbaring di situ.

"Awak selalu lepak sini ke?" Tanya Juvel.

"Selalu lah jugak. Tapi setiap kali saya rehat dekat sini, saya ingatkan seseorang" Kata Zean dalam nada yang agak sayu.

"Ingat tentang kekasih lama ke?~" Tanya Juvel mengusik.

"Mana ada lah. Saya tak pernah bercinta sekali pun! Saya teringatkan adik saya" Kata Zean sambil memandang tasik yang terletak tidak jauh dari pokok itu.

"Awak ada adik?" Juvel bertanya.

"Ya, tapi dia bukan adik kandung saya. Dia cuma adik angkat saya yang sudah lama tinggal dengan saya. Kami berdua anak yatim piatu, tiada ibu bapa. Kami membesar sekali di rumah ibu bapa kami" Cerita Zean tanpa dipinta Juvel.

Zean terus menceritakan tentang adiknya.

"Nama dia Tressia. Teringat saya akan kecerdasan dan betapa positif dia sebenarnya. Ohh, dia pun cukup baik untuk bergelar syaitan. Lama saya tak jumpa dia"

"Dia dekat neraka ke? Kenapa awak tak melawat dia?" Tanya Juvel, prihatin.

Mata Zean kelihatan sayu apabila ditanyakan keadaan adiknya. Memori lama terimbas kembali membangkitkan imej Tressia dalam mindanya.

"Adik saya dah mati" Kata Zean.

"Ohh, maafkan saya sebab tanyakan hal tersebut. Saya bersimpati sangat" Juvel memohon maaf.

"Tak apa... Tapi teringatkan Tressia saya jadi..."

Kata-kata Zean terhenti apabila mereka mendapati seseorang dalam menyapa mereka.

"Huhhhh, Juvel! Sini pun kau'' Kata Gabriel sambil tercungap-cungap menarik oksigen.

"Ehhh, Gabriel mana engkau tahu aku dekat sini?" Tanya Juvel kepada Gabriel yang tiba-tiba datang entah dari mana dan terus menjerit namanya.

"Alah aku nampak lah kau tadi terbang ke sini so aku siapkanlah kerja awal awal dan ikut kau. Ehhh, Zean pun ada rupanya? Korang buat date ke apa?" Tanya Gabriel.

"Tak payah sibuklah!" Juvel membulatkan matanya tanda tidak mahu Gabriel mengganggu paginya bersama Zean.

"Alah, alang-alang aku dah datang ni bagi lah aku join sekali, bosanlah asyik kena buat kerja istana je. Putera Dhaniel pun tak ada dekat istana, kalau dia da bolehlah aku lepak sekali dengan dia" Renget Gabriel. Lalu dia memanjat pokok itu untuk turut serta perbualan Juvel dan Zean.

Zean hanya kekal senyap dari tadi melihat kedatangan Gabriel secara tiba-tiba mengganggu date nya yang so-called hangout.

Keadaan jadi sunyi seketika selepas kehadiran Gabriel, seperti tiada apa yang ingin dibualkan. Gabriel memandang Zean dan Juvel yang kekal mendiamkan diri. Dia yang sudah bosan menunggu mereka berdua bersuara memecahkan kesunyian.

Humanity Angel [MALAY]Where stories live. Discover now