Part 1

4.8K 172 9
                                    

AKU ingat lagi masa Khair duduk kat tepi kolam bawah pokok rambutan waktu kecil-kecil dulu. Muka dia comot. Selekeh gila dengan baju yang penuh tanah dan lumpur. Dia suka berkubang dalam longkang rumah Tok Ki. Aku tak faham kenapa dia suka sangat duduk dalam longkang yang busuk tu.

"Kakak! Nak cucur, Ir lapar." Ayat cliche Khair setiap kali nampak kelibat 'Kak Yana' dia ni.

Khair suka sangat cucur udang yang aku buat. Walhal tak ada orang lain yang sanggup telan kecuali dia sebenarnya. Aku paksa Daim, adik bongsuku makan pun dia tak nak.

Tapi itu cerita dulu-dulu, cerita sewaktu dia belum baligh. Cerita semasa dia masih tak segan silu menempel dekat denganku.

Sekarang ni dia dah besar panjang.

Malah tampannya bukan main.


Dahlah tinggi, badan dia pun agak tegap. Wajahnya kelihatan tenang seperti tidak terusik dengan suasana sekelilingnya. Kelihatan sedikit sombong dan berat mulut. Seriau pula nak tegur dia.

Aku yang masih tak boleh move on dengan figura Khair berhingus-hingus dulu jadi tercengang melihat dirinya saat ini. Mujurlah Yuhanis awal-awal dah tunjuk yang itu Khair. Kalau tak, mungkin juga aku tertelan air liur melihat penampilannya.

Ish, agak-agaklah pun Yana. Terang-terangan Khair tu berpangkat adik aje dengan kau. Tak payah nak menggatal dengan adik member sendiri!

"Terkejut sangat ke jumpa Khair?" Tegur Yuhanis apabila nampak aku duduk diam tidak berkutik.

"Terkejut gila. Lain sangat rupa dia." Aku tersengih kecil, menyembunyikan rasa malu kerana terkantoi merenung Khair dalam tempoh yang agak lama.

"Lain apanya? Sama aje. Jenuh aku pujuk dia supaya hantar aku ke sini.

Siap ugut lagi kalau aku jalan dengan Abang Hadi, dia kena jaga anak-anak aku kat rumah. Barulah dia nak hantar aku, tau. Tadi dia nak duduk dalam kereta je. Penat aku pujuk supaya join masuk." Yuhanis menjuih bibir.

Pada dia memang sama sebab Khair tu adik dia. Macamlah aku apabila pandang Daim, sama je dari kecil sampai ke besar. Tak hairan langsung suara dia bertukar menjadi garau.

Siap kujadikan sebagai bahan ejekan sehingga dia merajuk tiga bulan.

"Kau tak pergi tegur dia ke? Pergilah tegur... Kejap lagi dia nak balik rumah dah." Yuhanis menyiku lenganku.

"ALLAH, ramai gila orang kat sana. Aku nak ke sana pun malu, Nis." Aku sambung menyuap kuah tomyam ke dalam mulut.

15 tahun budak Khair tu duduk kat luar negara dengan datuk dan nenek dia. Baru hari ni dia balik semula ke Malaysia. Dengar dari Yuhanis, Khair dah kerja di sana. Dia orang pujuk Khair balik ke sini, tinggal di sini, tapi budak tu tetap tak nak.

Mungkin Khair dah terbiasa dengan suasana dan gaya hidup di sana. Jadi untuk tinggal di sini, pasti agak sukar bagi dia. Lagipun dia dah ada kerja.


Ingat tak ya ayat paling dramatik Khair pernah ucap kat aku?

"Kakak, orang nak kahwin dengan kakak." Sambil bawa bunga.

Pergh, rasa nak ketawa panjang teringat kenangan dulu-dulu. Tapi aku rasa dia tak ingat kut. 15 tahun lepas umur dia baru 9 tahun. Baru darjah 3. Aku lainlah, waktu tu dah 14 tahun.

Memang aku ingat sangat telatah Khair masa kecil.

"Teringin aku nak ungkit masa dia kecil." Aku luah kat Yuhanis. Yuhanis membulatkan mata.

"Kau ingat lagi tak masa dia pegang aiskrim, dia marah kau dan dia tonyoh ke muka kau?" Yuhanis menyoal.



*****



GILA tak ingat. Masa tu tiga hari lagi Khair nak terbang keluar negara. Sejak tu juga aku tak tegur dia. Dia pun tak tegur aku. Geram dan marah punya pasal!

"Dia marah sebab aku kasi ikan Tok Ki makan keropok ubi favourite dia. Dia masih suka lagi ke keropok ubi? Pasal keropok ubi aje dia sanggup marah kat aku..." Sengihan kecil terbit di bibirku.

"Turun KLIA dia grab Pringles sampai tiga botol," ujar Yuhanis beria-ia.


Aku tersenyum kecil.

"Sekurang-kurangnya dia masih suka benda yang dia suka dulu. Walaupun dari ubi upgrade kepada kentang," ucapku separuh bergurau.

Yuhanis melebarkan sengihan.

"Mesti sekarang ni dia cakap English berhabuk-habuk." Sambungku lagi.

Aku jeling ke arah Khair. Dia sedang bermain telefon pintar. Wajahnya kelihatan khusyuk.

Sekejap-sekejap dia menekan skrin seperti membalas mesej seseorang.

Suka pula aku tengok baju melayu yang dia pakai. Match sangat baju melayu warna aqua dengan warna kulitnya. Mungkin sebab Khair berkulit putih, dia lebih sesuai mengenakan warna itu di tubuhnya.

Aku rasa dia tinggi sikit dari Daim. Eh, tak sangka budak kecil tu boleh jadi tinggi begini! Aku menggeleng kepala beberapa kali, menahan diri dari tersenyum.

"Kalau boleh aku nak dia tinggal dengan kita orang. Dulu nenek kata nak pinjam Khair dua tiga bulan aje. Tapi dua tiga bulan nenek tu sampai sekarang masih berlaku. Entah bila dia pindah balik ke Malaysia. Jangan cakap kat dia tau. Aku ni sebenarnya rindu sangat kat Khair. 15 tahun aku kehilangan peluang untuk membesar bersama-sama dengan satu-satunya adik aku tu." Yuhanis menyokong dagu dengan tangan kiri. Sudunya dimain-mainkan di atas spageti siap tayang muka sedih.

"Alah, kan dah balik tu?" Aku mengabaikan kegusaran Yuhanis.

"Dia nak terbang ke rumah nenek semula bulan depan."

Aku mengangkat kening. Fahamlah aku kebimbangan Yuhanis itu memang berasas.

Sekejapnya... Tak sempat pun beramah mesra dengan Khair. Aku anggap Khair lebih kurang seperti Daim. Umur pun hampir-hampir sama, Daim muda setahun aje. Aku boleh bayangkan jika aku terpaksa berjauhan dengan Daim berbelas tahun lamanya.

"Kau pujuklah," ujarku pendek.

"Cakap memang senang, Yana. Khair Ikhsan tu boleh tahan degil! Aku ingat macam nak carikan dia awek kat sini. Susah sangat pujuk pakai duit, pakai rumah, pakai kereta, aku pujuk guna perempuan!" Ujar Yuhanis bersungguh-sungguh.

Aku menyentuh dahi sendiri sambil ketawa lepas.

Tak boleh blah betul idea Yuhanis. Kalau Khair tahu ni, esok-esok juga budak tu terbang balik ke rumah datuk dan nenek dia.

"Serius ke kau dah pujuk pakai semua benda tu? Rumah jugak ek? Untungnya kalau aku jadi adik kau, Nis... Tapi perempuan mana kau nak guna untuk menggoda Khair ni?"

Soalku walaupun aku tahu Yuhanis tidak begitu serius dengan kata-katanya.

"Kau ada tak kenalan yang lawa-lawa, yang manis-manis?" Yuhanis menarik sengihan lebar.

Kalau dia nak senarai kawan-kawan aku yang lawa dan manis, dah tentu-tentu ramai yang sudah berumah tangga. Umur kami menjelang 30-an tidak lama lagi!

"Tak ada kot."


"Junior kau ke..." Yuhanis meleretkan suara.

Aku menggeleng. "Tak adalah."

"Student kau?" Yuhanis mengangkat-angkat keningnya.


Aku angkat biji mata ke atas. "Student aku paling tua pun umur 17 tahun, Nis... Nak kahwin belum cukup umur!" Aku perli Yuhanis. Dia ketawa.

"Kalau dah tak ada, aku sua kau ajelah kat Khair. Senang cerita." Yuhanis mengekek ketawa. Amboi, mudah aje dia nak sua aku kepada orang.

Tanganku melayang ringan ke bahu Yuhanis.

"Banyak cantik nak sua aku? Aku bukan bola, okey..." Aku menjuih bibir. Tak peduli Yuhanis yang sedang menyeringai dan mengaduh hasil dari tamparan jari-jemariku.

"Yalah, kau bukannya ada pakwe. Tengah single lagi. Apa salahnya... Khair... Kau... Padan weh..." Yuhanis buat jari telunjuknya bergabung. Tak penat lagi dia mengusik aku.

"Tak salah kau kata? Aku ni tua dari adik kau. Bukan setakat tua, ni dia dari kecil lagi aku dah tengok. Dari dia baru lahir sampai sekolah rendah. Tak tergamak aku nak usik adik kau, tau?" Aku gertak dia.

Yuhanis tersengih.

"Jodoh dan takdir tu di tangan ALLAH. Jangan kata tak mungkin, jangan kata tidak. Esok-esok apabila kau sedar jodoh kau di depan mata, masa tu kau jumpa aku, kau malu tau."

Aku buat muka.

"Tak mungkin aku dan Khair. Kau cari je korban lain."

Yuhanis pecah ketawa. "Kau ingat aku ni nak korbankan perempuan untuk Khair ke? Khair tu sweet tau. Kalau jadi dengan dia, bukan korban namanya. Rezeki!

"Yelah tu..." Aku melemparkan pandangan ke arah Khair Ikhsan. Lelaki itu masih menyendiri dalam dunianya.




 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Khair : Sweetness In You By Rinsya ChasianiWhere stories live. Discover now