Rayband hitam diambil dari celahan kemeja lalu disangkutkan ke hidung . Pintu ditutup seraya kaki menerpa masuk .

Kunci kereta diberikan kepada pembantu rumah yang sudah sedia menunggu . Mereka bergerak menghampiri pintu masuk .

Wajah didekatkan ke sebuah kotak besi untuk mengaktifkan pintu . Mata kanan dibawa ke arah lazer untuk mengacsesskan kod .

Klak !

Klak !

Pintu besi itu terbuka sendiri . Mereka masuk ke dalam dan berjalan menuju ke sebuah bilik mesyuarat . Satu - satunya  bilik yang sangat mewah dan berteknologi tinggi .

Bilik itu juga dilengkapi dengan pelbagai jenis senjata dan barang - barang tajam seperti pisau , parang dan sebagainya .

Masuk sahaja ke dalam bilik itu , hampir kesemua keluarga Carlos sudah mengambil tempat di kerusi . Ashrell dan Faliq bergerak dan duduk di kerusi yang paling hadapan .

Semua orang sudah hadir pada mesyuarat itu . Tidak lupa juga dengan Mama dan Papa Faliq , Mammy dam Daddy Ashrell .

Ini kerana mereka juga perwaris keluarga besar Carlos . Seperti yang disedia maklum , Carlos adalah nama organisasi yang ditubuhkan oleh Grandpa sewaktu muda mudi dahulu .

Dia juga adalah ketua yang paling berkuasa dalam organisasi . Keluarga Carlos juga mempunyai lesen pengeluaran dan pengedar senjata api dan pusat pengumpulan kapal - kapal besar .

Thanks for coming . I'm sure you know why I called you guys to come here . Aku tak suka cakap banyak . Jadi Ken , proceed .

Grandpa mula bersuara . Ken , pembantu Grandpa mula berdiri dan mengedarkan fail yang berisi segala maklumat tentang kumpulan itu .

“ Untuk pengetahuan semua  , hari ini sudah genap 50 tahun Kumpulan Carlos diketuai oleh Carlos Lee . Jadi , seperti yang kita tahu , satu pewaris akan diumumkan bagi menggantikan Carlos Lee .

Ashrell menggigit hujung bibir pabila mendengar butir bicara Ken . Dia tidak suka dengar perkataan
' Pewaris ' itu . Faliq disebelah sudah dijeling .

“ Dan pewaris itu mestilah datang daripada keturunan Carlos Lee sendiri iaitu Ashraff Carlos Lee dan Akmal Carlos Lee . Carlos sudah sebulat suara memilih Pewaris keluarga Carlos ialah Syed Ashrell Carlos Lee . ”

Ken mengumumkan pewaris kumpulan Carlos iaitu nama dirinya . Ashrell bangun dan menunduk memberi tanda hormat . Wajah tiada riak diberikan .

Faliq hanya memerhati sahaja tingkah sepupunya itu . Mereka berdua tahu antara mereka mesti akan menjadi pewaris .

Dan itu perkara yang mereka tidak suka . Tugas itu sangat besar dan sangat berbahaya daripada menjadi Mafia .

“ Grandpa mahu kamu ketuai kumpulan ni . Memandangkan kamu sudah berkahwin , tugas kamu diringankan dan selebihnya diberikan kepada Faliq . Lagi dua bulan , majlis rasmi pertabalan kamu diadakan . ” ujar Grandpa .

Semua hanya tunduk mendengar arahan Carlos . Tidak lama lagi , sibuklah mereka menguruskan majlis pertabalan Pewaris keluarga Carlos .

Tan Sri Ashraff dan Puan Sri Maira mengukir senyuman nipis melihat Tan Sri Adam Lee  memberikan kuasa dan takhtanya kepada anak teruna mereka .

Mesyuarat itu beransur selesai apabila Tan Sri Adam Lee mula menapak keluar daripada bilik mewah itu .

Keluar sahaja daripada bilik itu , Ashrell meraup kasar wajahnya . Dinding bilik itu ditumbuk dengan sekuat hati .

Isteri Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now