You're mine! 6

3.7K 110 1
                                    

Bab 6

Aku mengaru kepala yang tidak gatal.Alahai.Esok,nak jumpa dengan Ariz.Rindu juga la tapi rasa segan nak jumpa dengan dia.

"Sape yang call?" soal Dahlia yang sedang mengoreng ayam untuk makan malam kami sekeluarga.

"Ariz," jawabku sepatah lalu aku menghampiri meja makan untuk membuat kerjaku yang tergendala tadi.

"Wahh! Ni mesti kes rindu.Betul tak?" Dahlia mengusikku.Tangannya pula masih setia membalikkan ayam goreng tersebut dengan berhati-hati.

"Macam tu la," balasku lemah.Memang tidak dapat berdalih lagi dengan Dahlia yang sememangnya masak dengan kisah percintaan akibat novel melayu yang berlambak tu.

"Hei,kenapa lemah pula ni?Semangat la sikit.Akak ada masalah ke?" soalnya lalu mengerlingku sekilas.

Senakal-nakal Dahlia,aku memang akui Dahlia seorang gadis yang memahami luahan hatiku.Kalau aku ada masalah,tiga orang gadis inilah yang berada di sisiku.Mak su,Dahlia dan Melinda.

Dulu,sewaktu aku kecil.Arwah ibu dan ayah la yang sentiasa berada disisiku.Ibu,ayah... Liza rindu dengan ibu dengan ayah.

"Boleh dikatakan masalah la jugak ni," ujarku.Tanganku pula lincah membancuh air sirap untuk hidangan kami malam ini.

"What is it?" soal Dahlia.

"Esok,Ariz nak bawa kita semua pergi makan tengah hari.Lia nak temankan akak tak? Bawa umi sekali." Mataku tertancap kearah mak su yang sibuk mencuci sayur untuk di masak.

Mak su menoleh kearahku sekilas."Kenapa umi pun kena ikut sekali dengan Liza? Tak menganggu anak muda ke?"

Aku menarik nafas,"Esok,Ariz nak bincang tentang hal perkahwinan kami berdua.Tapi Liza belum bagi kata putus nak kahwin dengan Ariz ke tak.Liza nak minta pendapat umi.Umi rasa,Liza patut terima tak lamaran tu?"

Ya,aku memang sudah buntu saat ini.Adakah patut aku menerima lamaran Ariz? Aku kurang yakin tentang hal ni sebab tu aku minta pendapat mak su.

"Terima aje la lamaran Ariz tu.Mungkin jodoh kamu dengan dia.Umi bagi pendapat je.Itu hak Liza nak tentukan.Tapi satu je yang umi nak kasi tahu.Kalau dah dua-dua sama suka nak tunggu apa lagi? Kahwin je la," mak su mengampiri peti sejuk lalu mengambil beberapa bahan untuk dimasak bersama sayur yang telah dicuci.

Aku pula hanya sekadar mengangguk.Mungkin jodohku bersama Ariz sudah tertulis di luhmahfuz.

Memang betul,aku cintakan Ariz.Mahu tunggu apa lagi? Lebih baik aku menerima lamarannya daripada bercinta waktu ini dikhuatiri menimbulkan fitnah diwaktu kelak.Lebih baik mencegah sedari awal.

"Kalau macam tu,umi dengan Lia temankan Liza pergi makan tengah hari dengan Ariz ye." Aku tersenyum nipis.Ya,sekarang aku sudah membuat keputusan yang muktamad.

Mata Dahlia pula bersinar-sinar."Wah! Betul ke ni akak?" Dahlia seolah-olah tidak percaya dengan kata-kataku sebentar tadi.

"Betullah.Kenapa? Tak percaya ke?" soalku bertubi-tubi kearah Dahlia yang tersengih.

"Mesti la percaya.Cuma rasa excited la pulak nak tengok muka Ariz tu esok.Yelah,jejaka malaya la dikatakan.Erm,kalau tak silap Lia,Ariz ada abang,betul tak?" Dahlia menghampiriku sambil mengangkat piring berisi ayam  yang sudah siap digorengnya.

Aku mengangguk bagi mengiyakan kata-kata Dahlia."Lia tahu dari Instgram jugak ke?"

Dahlia yang meletakkan piring tersebut dengan cermat di atas meja makan menjawab,"Haah.Nama dia Aidil Amar.Sedap nama dia.Sedap macam orangnya jugak.Handsome!" puji Dahlia.

You're mine! [Complete]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant