Tanpa mengangkat wajah, Maryam buka mulut lalu dikunyah secara paksa nasi supaya melepasi tekaknya. Dipejam mata merapat bila perutnya seakan tidak boleh menerima. Naik loya rasanya bila nasi tersebut dipaksa telan.

"Makan lagi.. "Arahan dari Zayyad sudah tidak mampu untuk diikuti.Maryam bimbang kalau perutnya bakal memuntahkan isi jika makanan didepannya terus ditelan.

Baru mahu dicapai gelas yang berisi air kosong,pergelangan tangan Maryam dicekup kemas.

"Selagi kau tak habiskan makanan dalam pinggan tu,jangan harap aku bagi kau minum air! "Gelas beralih tempat.

"Aku taknak! Perut aku dah tak boleh terima.."Direnung muka Zayyad tajam. Keterlaluan betul Zayyad kali ini.

"Habiskan! Aku tak kira dengan keadaan perut kau."Tegas ucapan itu meniti disebalik bibir Zayyad. Suapannya kembali diteruskan dengan pandangan mata masih melirik kearah Maryam.

"Aku tak nak! Kalau kau tak nak bagi aku minum air tak apa. Aku boleh minta dengan pelayan air kosong yang lain. "Maryam turut bertegas sama.

Rahang Zayyad bergerak. Berani betul Maryam melawannya.

"Habiskan bodoh! Kau ingat aku bayar nasi kau ni pakai daun kayu."Kelakuan Zayyad kali ini makin berani. Ditengking Maryam dikhalayak ramai tanpa hiraukan mata-mata yang memandang kearah mereka.

"Bang, kenapa ni? "Salah seorang pelayan yang turut mendengar memberanikan diri menegur Zayyad. Direnung sekilas keadaan Maryam yang nampak sedikit tak terurus.

Zayyad merengus. Tajam matanya dilarikan menembusi wajah pelayan yang sedang berdiri menanti jawapannya.

"Urusan aku dengan bini aku ada kena mengena dengan kau ke?! "Zayyad menyoal kasar.

Pelayan tersebut memandang lagi wajah Maryam yang nampak gelisah. Seperti tidak percaya dengan kenyataan yang diberitahu lelaki itu.

"Ini suami puan ke? "Soalan beralih kepada Maryam yang berdiam diri.
Terkedu Maryam dengan pertanyaan itu. Zayyad bukan suaminya! Ingin sekali Maryam memberitahu hal sebenar kepada pelayan tersebut yang masih setia menanti jawapannya tapi niatnya tidak kesampaian bila Zayyad pantas menarik pergelangan tangannya.

Tubuh kecil Maryam diheret sehingga keluar daripada restoran tersebut. Dapat Maryam lihat pelayan yang bertanyakan soalan kepadanya terkebil-kebil melihat tingkah mereka.

Zayyad tolak badan Maryam memasuki keretanya. Bergegas Zayyad berlalu ketempat pemandu. Enjin kereta dihidupkan bersama wajah yang membengis. Minyak ditekan dan kereta meluncur laju membelah jalan yang Agak lenggang.

"Zayyad, Aku nak balik.. "Maryam bersuara memecah keheningan antara mereka berdua.Merayu supaya Zayyad bermurah hati menghantarnya pulang.

Diam.

Maryam toleh sisi Zayyad yang masih meneruskan pemanduan. Dimana mereka sekarang, Maryam tak pasti. Sekitar jalan yang mereka lalui langsung tidak pernah dilihat Maryam.

"Hantar aku balik. Aku janji aku takkan ganggu keluarga kau lagi. Muncul depan kau pun aku takkan buat. Tolonglah Zayyad.. "Rayu Maryam lagi. Kalau Zayyad marah dia bercakap dengan Fifi, Maryam janji itu kali terakhir mereka bersua muka. Kalau ditakdirkan mereka bertemu, Maryam lebih rela melarikan diri.

Zayyad masih diam. Maryam bungkam. Lelaki itu seperti tidak mendengar rayuannya.

"Zayy.. "

Stereng dihentak kuat. Kata-kata Maryam terhenti disitu. Tersentak dengan baran yang ditunjukkan Zayyad.

"Kau tak balik pun tak ada orang kisahlah. Kau tu anak yatim piatu. Mak bapa kau semuanya dah mampus.Kau duduk kat sini dengan aku pun tak ada orang peduli! "Hambur Zayyad.

Tubuh Maryam menggigil mendengar hamburan dari mulut Zayyad. Ditambah lagi bila selamba saja Zayyad mengaitkan nama ibubapanya.

Tak tahu kekuatan dari mana Maryam perolehi,tangkas saja tapak tangannya singgah dipipi Zayyad. Dada Maryam turun naik mengatur nafas.Tangan yang digunakan untuk menampar Zayyad jatuh kesisi tubuhnya.

Zayyad berang!

Signal diberikan. Brek ditekan dan Zayyad tarik handbrek. Pipinya yang ditampar Maryam dipegang sekilas. Matanya mengerling tajam kearah Maryam. Pintu kereta sebelah pemandu dibuka.
Zayyad berlari membuka pintu lalu lengan Maryam dicengkam. Tubuh itu ditarik supaya mengikutinya.

Pandangan Maryam lilaukan kekawasan sekitar rumah yang didiaminya selama 3 hari berada disini.Tidak sangka Zayyad kembali lagi membawanya ketempat yang sama.

"Ma..Maaf Zayyad.Aku tak sengaja tampar kau tadi.. "Luah Maryam bersama tolakan pada tangan Zayyad yang mencengkam lengannya. Maryam tidak tahu apa yang bakal dilakukan Zayyad kepadanya.

Zayyad makin menguatkan cengkaman. Tubuh Maryam diheret tanpa belas kasihan menaiki anak tangga. Sampai pada anak tangga terakhir, kaki Maryam tergelincir.Lututnya menyembah lantai.

"Zayyad.. Sakit! "Terjerit Maryam bila Zayyad tidak berhenti menyeretnya dengan keadaan tubuh Maryam yang melutut. Perit disekitar Lutut hanya mampu ditahan saja.

"Sebab tu aku tak suka berlembut dengan perempuan macam kau sebab kau ni memang jenis perempuan yang suka kalau aku gunakan cara kasar! "Maryam dihumban kedalam sebuah bilik lalu dikunci sebaik saja Zayyad mengucapkan ayat tersebut.

Lutut yang sedikit melecet Maryam sentuh. Airmata yang bertakung sudah menitis atas pakaian Zayyad yang dipakainya.

Suasana bilik yang sedikit samar cahayanya diperhati. Bukan bilik yang didudukinya semalam atau malam-malam sebelumnya. Tetapi bilik ini bilik lain. Malah dirasakan bilik ini seperti tempat penyimpanan stor sahaja.

Biarlah! Maryam tidak peduli dimanapun dirinya tinggal sekarang. Kalau Zayyad mahu dia tinggal didalam bilik ini sampai mati pun Maryam sudah tidak kisah. Betul cakap Zayyad. Siapa yang kisahkan dia sekarang sedangkan hidupnya memang sudah sebatang kara. Tak ada saudara mara yang akan pedulikan dirinya kalaupun dia menghilang tanpa jejak.

Dirogol dan dibunuh, mayatnya tetap tidak akan ada yang menuntut..

Kepalanya diletakkan disebalik lutut yang terluka. Apalah sangat luka yang sikit itu dibandingkan dengan luka yang Zayyad calarkan dalam dirinya.

Maryam Haura (Ebook)Where stories live. Discover now