Maryam Haura 5

10.9K 449 8
                                    

"Kakak naik Bas je fifi.. "Balasan daripada Maryam mengeruhkan airmuka Fifi. Beriya-iya dia mengajak Maryam naik bersamanya.

"Alah kakak.tumpang jelah Fifi. Abang boleh hantarkan. "Gasak Fifi. Lagaknya seperti orang berusia saja. Langsung tidak sesuai dengan umur.

Maryam serba-salah. Tapi dalam hati memang meronta-ronta tidak mahu menerima ajakan Fifi. Tambah lagi bila terpandangkan saja riak wajah Zayyad yang boleh meledakkan api kemarahan Maryam. Tak pasal-pasal ada pula adegan gaduh dalam kereta depan mata Fifi.

"Pakai seatbelt tu!! "Arahan yang keluar dari mulut Zayyad menyentakkan Maryam.

Maryam ketap bibir. Perlahan-lahan tali pinggang keledar ditarik.

"Kau nak pergi mana?!"masih dengan nada yang sama. zayyad langsung tidak berpaling ketepi.

Tali pinggang keledar dipegang kemas. Dalam kepala entah nama apa yang mahu disebut. Sebelum ini mana pernah Maryam tahu mana-mana tempat.

Zayyad jungkit kening. Hujung mata mengerling Maryam yang nampak tak kena.

"Kau lari dari rumah ke??! "Zayyad seperti dapat baca sesuatu. Lebih tepat lagi bila bola mata singgah pada beg baju diatas riba gadis itu.

"Tak delah abang. Kakak ni baik, kenapa nak lari dari rumah. "Sampuk Fifi tiba-tiba.

Menjengil biji mata Zayyad memanah anak mata Fifi. Menyampuk tak kena tempat budak ni!!

Maryam tidak membalas. dipalingkan wajah keluar tingkap.

"Kau nak pergi mana?"mendatar suara Zayyad. bengang bila soalannya dipandang sepi oleh perempuan disebelahnya.

"Turunkan saya dekat depan tu.. "Beritahu Maryam tanpa berpaling. Rasa tidak wajar pula tidak melayan pertanyaan Zayyad bila lelaki itu yang menumpangkan dirinya. Walaupun Fifi yang beriya-iya mahu Maryam naik bersama mereka.

"Kakak cantik nak turun depan ke? Depan tu jalanraya kakak. Nanti orang jahat culik kakak. "Fifi sekali lagi menyampuk. terjengul wajahnya dicelah tengah kereta. Memandang tepat kearah Maryam.

Zayyad mendengus. Kakak cantik? Fifi ni buta atau apa? Perempuan selekeh ni cantik?? Muka langsung tak flawless macam perempuan lain. Kulit Kak Midah orang gaji rumah mereka lagi lawa dari Maryam.

"Nanti kawan akak datang ambil akak. Fifi jangan risau."Maryam usap kepala Fifi yang bertudung sekolah. Menyakinkan gadis kecil itu.

"Fifi jangan baik sangat. Entah orang tu ada niat tak baik dekat fifi ke? Mudah sangat percaya orang lain sampaikan nak berhantar bagai. Ingat abang tak ada kerja lain ke nak buat? "Jelas ada nada memerli dibalik ayat Zayyad.

Fifi cubit lengan si abang. "Fifi cakap dekat Bonda nanti.. Siap abang! "Gadis kecil itu berpeluk tubuh. Geram dengan Si abang.

Zayyad butangkan bola mata. Berkerut keningnya menerima cubitan dari fifi. Hilang machonya didepan Maryam bila dipermainkan adik sendiri.

Maryam sembunyi senyum.

"Dah.. turunlah!Kat sini je aku boleh hantar kau. "Zayyad tarik hand brek. Keadaan jalan raya sudah Agak lenggang pada waktu sekarang.

Maryam buka tali pinggang keledar.Fifi yang berwajah cemberut ditenung sekilas. Comel betul budak ni!

"Mana kawan kakak?"Fifi bersuara bila kepalanya sudah terjengul dibalik cermin kereta. Memerhati kawasan sekeliling. Tak ada kereta yang berhenti mahupun kelibat orang disitu.

Zayyad mendengus.kenapa caring sangat sikap adiknya terhadap perempuan ni,Padahal tak sampai sejam pun mereka berkenalan.Bahaya betul penangan Maryam kalau macam ni!

Maryam Haura (Ebook)Where stories live. Discover now