9 | Personal Assistant

3K 167 25
                                    

PERSONAL assistant. PA kepada PA Seth.

Itu jawatan aku. Jawatan yang baru diwujudkan. Selama ini, mana ada. Selain aku, Hadeelah orang yang paling seronok. Pasal aku kerja di bawahnya.

Atau bahasa mudahnya, aku ni kuli dia. Itu yang dia menyengih saja dari tadi. Kurang asam gelugor betul.

Rose, tolong buatkan air. Haus tekak ni...

Rose, tolong fotostat 20 copies repot ni...

Rose, tolong cari fail ni kejap...

Rose, tolong bla bla bla...

Tengok? Hari ini baru first day aku kut. Dia dah balun suruh aku buat itu ini kaw-kaw punya. Haisy, kejam!

"Rose, bagi ni kat Seth. I nak turun jumpa tech team kejap. Ada hal." Satu kotak berlogo Stay Masculine, Hadee letak di atas meja kerja aku.

"You tak boleh hantar sendiri ke? Sebelum turun tu pergilah bilik dia."

"You kan ada. Apa guna you jadi PA I kalau you tak tolong ringankan kerja I?" Hadee kenyit mata sebelum berlalu.

Eh, menyampah pula aku yang tengok.

Aku pandang kotak yang ada di atas meja kerja. Sebut pasal meja kerja, elok saja jawatan aku wujud tadi, terus Seth bagi arahan sediakan ruang kerja aku di sebelah meja Hadee. Memang sakanlah kami bergosip nanti.

Mahu tak mahu, terpaksa jugalah aku pergi hantar barang tersebut kepada Seth. Bilik Seth bukan jauh pun. Tak sampai 10 langkah dari meja aku.

Nampak? Hadee saja nak buli aku!

Pintu kaca bilik Seth yang sememangnya terbuka, aku ketuk.

"Come in."

"Ni. Hadee suruh bagi." Kotak tadi aku letak di depan Seth.

"Thanks." Pendek dan ringkas saja balasan Seth.

Kepala langsung tak teralih daripada menghadap Macbook di depan.

"You okey ke, Seth?" Tak sedar, teringan pula mulut aku bertanya.

Barulah pandangan Seth terarah kepada aku.

"O-K-E-Y. Eja dan hadamkan sendiri."

Ceit! Aku tanya sebab aku ambil berat. Boleh pula dia buka kelas mengeja ajar aku. Menyesal tanya.

"Yalah, yalah. Tak tanya dah. I kelu..." Ayat aku terhenti bila ada suara di belakang.

"Seth."

Terbeliak mata aku bila tengok siapa yang berdiri di muka pintu. Aku cari muka Seth pula. Biasa-biasa saja riak lelaki itu. Masih tenang.

"Yes, Angie. What brought you here?"

"I..." Angie tak jadi nak terus bercakap bila terpandang aku.

"Errr, I keluar dululah ya." Aku taklah bodoh sangat untuk tak faham pandangan Angie itu.

Elok-elok aku dah nak keluar dari situ, Seth pula bersuara. "Rose, stay."

Aku toleh belakang, tengok Seth. Mata aku besarkan. Are you kidding me, Seth? Nak I jadi third wheel kat sini? Oh-huh, no way, dude!

Seth buat tak peduli dengan pandangan aku itu. Siap tegaskan lagi arahannya adalah.

"I said, stay."

Dengan hati merungut-rungut geram, aku pusingkan badan dan jadikan diri aku tiang lampu tak berbayar di situ. Haih, menyesal aku berlama-lama di sini tadi.

Seth beralih pandang, daripada aku kepada Angie pula.

"You nak apa, Angie?"

"I... I nak minta maaf pasal malam tadi. Bila you tinggalkan I macam tu je, I rasa bersalah. I risaukan keadaan you. I..." Angie yang tadinya di muka pintu, mula melangkah masuk.

Aku yang berada di antara Angie dan Seth dah terkulat-kulat. Tak tahu nak buat apa. Aku mana ada pengalaman jadi third wheel selama ini.

"It's okay. I dah maafkan you, Angie."

Whoa. Bukan setakat Angie saja, aku pun ikut terkejut sekali. Semudah itu saja Seth maafkan kecurangan bekas tunangnya? Biar betul?

"Tapi, Seth... I dah lukakan hati you. I dah kecewakan you. Takkan you maafkan I macam tu je?"

Entah Seth ni! Angie bukannya buat salah kecil. Curang, tak setia adalah salah satu kesalahan besar dalam sesebuah hubungan tahu! Haih, kan aku yang dah teremo.

"Bila you macam ni, I tahu you tak okey, Seth. Mana ada lelaki yang senang-senang je maafkan tunang dia yang curang. Kalau you marah I, luahkan. I sedia terima segala kemarahan you. Spill it out." Angie melangkah setapak ke depan lagi.

Kali ini, Seth bangun. Dia mendekat ke arah Angie. Merenung dari mata ke mata. Aku yang jadi tukang pemerhati pula yang cuak semacam.

"Seth, please say something," pinta Angie.

"I takkan paksa kalau you sendiri tak nak hidup dengan I. You dah pilih dia. Apa lagi yang you nak I cakap, Angie?"

"Sekurang-kurangnya you tanya kenapa I pilih dia berbanding you. Takkan you terima macam tu je bila I tinggalkan you? Kalau betul you sayang I, kenapa you tak fight demi I? Tak fight demi hubungan kita?"

"Why should I? I dah bagi segala yang I ada untuk you. Kepercayaan I. Kesetiaan I. Kasih sayang I. Hati I. Tapi, you tetap pilih lelaki lain."

Angie terdiam.

"Apa lagi yang tak cukup, Angie? Apa lagi yang you nak sebenarnya?"

"Masa. Masa you tak pernah cukup untuk I. You selalu busy. You selalu pergi outstation. You tak ada setiap kali I perlukan you, Seth!"

Kali ini, Seth pula yang terdiam.

"I'm sorry, Seth. Sebab rosakkan hubungan kita. Truly, I'm so sorry." Dua tiga titik air mata Angie mula menitis.

Alahai, kesian pula aku tengok Angie. Tapi, kalau betul apa yang dia kata pasal Seth tadi, kenapa tak berbincang elok-elok saja? Kenapa mesti pilih untuk mencari yang lain?

"I ada banyak kerja nak buat, Angie. I rasa you tahu dekat mana pintu keluar. So, please..."

Walaweh! Terkedu aku dengar ayat Seth. Bukan main 'sopan' lagi ayat dia halau Angie.

"Seth..."

"Enough, Angie. Please, leave."

Aku tengok Angie keluar dengan muka tak rela. Mata aku kemudiannya beralih kepada Seth pula. Dia dah membelakangkan aku. Jelas nampak otot sayapnya menegang. Tengah menahan rasa agaknya.

Baru aku nak menapak ke arah dia...

"You too, Rose. Tolong keluar."

Dan, kaki aku terus terhenti.

***
PS: Hai! Sorry sebab lama tak update. SK busy nak siapkan kisah #SethRose ni. Dan... dah siap dan bakal terbit untuk bulan Ogos! Insya-Allah tak lama lagi SK akan buka pre-order. 100 pembeli terawal melalui SK akan dapat fridge magnet dan sticker TT Seth ya. So... yeahhhh! Abam Seth dah boleh dipeluk tak lama lagi! Oh, jangan lupa vote dan komen ya. Thank you!😘

KONTRAK KAHWIN ANTI KLISE - #SethWo Geschichten leben. Entdecke jetzt