8 | Rahsia Gim

3.5K 189 57
                                    

"Apa kes malam tadi?"

Punggung aku pun tak dan lagi nak cecah bar stool. Tapi, Kak Tut dah mula jadi wartawan Melodi, bagi soalan panas.

"Kes apa?"

"Jangan ingat akak tak tahu ya, Rose. Akak nampak apa yang jadi malam tadi." Sambil membebel, Kak Tut hulurkan muk berisi air Milo kepada aku.

Kemudian, beberapa set roti bakar pula dia letakkan di tengah-tengah meja kaunter.

"Erk? Akak skodeng kita orang ke? Akak nampak apa je?" Mulalah aku kalut.

Jangan cakap Kak Tut nampak scene dia pinjamkan bahu kepada Seth. Tak pasal-pasal jadi gosip semalaya pula karang!

"Nampak dia marah kamulah. Tak pernah-pernah Seth naik angin macam tu. Apa halnya?"

"Kak Tut nampak je, kan? Tak dengar apa-apa, kan?"

"Kamu ingat akak ni spesies mak cik bawang ke? Kisah pulak akak kamu orang cakap apa."

Tergelak aku. Popular betul trademark mak cik, pak cik bawang ni ya. Sikit-sikit mak cik bawang. Entah dari mana dan bagaimanalah boleh tercetusnya gelaran itu.

"Macam ni. Sebenarnya kan..."

"Morning."

Baru aku nak buka cerita, terus tak jadi. Tahu-tahu saja Seth dah muncul di sebelah. Main muncul saja. Kalah Superman.

"Morning, Seth. Nah, air kamu." Satu lagi muk berisi air kopi, Kak Tut letakkan di depan Seth.

"Thanks, Kak Tut." Muk yang masih berasap itu Seth sisipkan ke bibir sedikit.

Sebaik saja bayang Kak Tut hilang, aku terus kerling orang sebelah. Dari hujung kaki sampai ke hujung kepala aku perhatikan dengan ekor mata. Seth nampak biasa-biasa saja. Macam tak ada apa-apa yang berlaku semalam.

E'eh, dah okey ke dia ni?

"What?" Tiba-tiba, Seth bersuara, tanpa menoleh.

Uisy, terkejut aku. Nasib tak tengah minum. Kalau tidak, ada yang kena sembur dengan air Milo pagi-pagi macam ini.

"What... what?"

"Why are you staring at me, Rose?"

Ah, sudah! Dia tanya pula. Nak jawab apa ni? Takkan nak kata dah muka you kacak sangat, I pandanglah. Nampak sangat aku buang tebiat kalau cakap macam tu!

"I tanya. Bermakna I nak jawapan daripada you, Rose. Kenapa you tengok I macam tu?" Kali ini, kepala Seth teralih sekali.

Terasa bergelen-gelen air liur tersekat di tekak aku bila pandangan kami berlaga.

Why... Kenapa dia nampak kacak sangat bila kerutkan kening macam tu? Mata aku dah kena magic spell dengan dia ke apa?

Aku berdeham sekejap sebelum menjawab. "Tak, I cuma nak tanya. You dah okey ke?"

"Okey je. Kenapa?"

"Betul ni? Sungguh-sungguh? Tak tipu?"

"Ya." Malas saja nadanya menjawab.

Aku alihkan badan menghadap Seth sedikit. Sambil tangan menongkat pipi, aku perhatikan dia dalam-dalam. Seriuslah dalam tempoh 24 jam saja dia dah okey? Macam tak meyakinkan saja jawapan itu.

"Tapi, malam tadi you frust gila-gila. Sampai menangis-nangis. Takkanlah pagi ni dah..."

Terkedip-kedip mata aku bila Seth tiba-tiba menoleh dan meniru gaya duduk aku. Paling haru, dengan selamba dia rendahkan badan ke depan. Ke arah aku.

"First. Malam tadi I tak menangis ya," nafi Seth.

Automatik bibir aku mencebik. Eleh, tak mengaku pula. Siapa entah yang cari bahu aku nak tumpang menangis malam tadi. Heh, poyo!

Tak sengaja, mata aku tertengok kemeja Seth yang melekap ketat ke lekuk-lekuk otot dada. Kemudian, naik pula ke wajah Seth yang berjambang halus, memenuhi dagu dan rahang, bermisai nipis dan berbibir seksi. Bila melihat semua itu sedekat ini...

Oh, God! I just can't stop drooling!

"And, second. Pagi ni you nak cakap I dah apa?"

Kalau tadi tekak yang tersekat, kali ini hidung aku pula rasa tersumbat dengan wangian maskulin yang dipakai oleh Seth. Silap-silap aku yang tak ada asma ni pun boleh semput!

Lupa terus apa yang aku nak cakap tadi.

"Satu I nak pesan, Rose. Jangan bagi tahu sesiapa apa yang jadi malam tadi. Apa yang jadi dekat dalam gim, habis dekat situ je. Faham?"

Ceit! Dia siap bagi amaran lagi. Takut malulah tu kalau orang tahu dia menangis sebab putus cinta. Disebabkan aku ni baik hati orangnya, aku setujukan sajalah.

"Yalah. Rahsia you selamat dengan I. You can count on me like one, two, three... I'll be there."

Tergelak sendiri aku. Boleh pula ternyanyi lagu popular tu.

"Dah, dah. Jangan nak buat konsert pagi-pagi ni. Hujan pulak nanti. I pergi ofis dulu. See you when I see you, Rose."

Melihat Seth yang mahu berlalu, aku laju menahan. "Eh, you. Kejap, kejap."

Seth tak jadi nak bangun. Kedua-dua belah keningnya terangkat, bertanya kenapa.

"Kalau I nak ikut you pergi ofis boleh?"

"Nak buat apa?"

"Errr, kalau I kata I nak kerja dengan you?"

"Kalau I kata I tak nak bagi you kerja dengan I?"

"Kenapa pulak?"

"Kenapa you nak kerja dengan I?"

"Sebab..." Spontan aku gigit hujung bibir.

Okey, alasan apa aku nak bagi ni? Sebab aku memang jobless sekarang? Sebab aku bosan duduk dekat penthousenya ini?

Tengah gigih fikirkan alasan apa nak bagi, bila aku pandang Seth semula, baru perasan matanya tengah tepat merenung bibir aku. Lama pula tu.

"You tengok apa, Seth?" Soalan aku itu buat dia tersentak.

"Errr, nothing. Five minutes, Rose. Lambat, tinggal."

Termangu sekejap aku. Cepat saja kepala aku toleh tengok Seth yang dah berlalu nak keluar. Ayat dia tadi...

Maknanya dia setujulah nak bagi aku kerja dekat SM?

Sikit lagi nak sampai pintu, Seth tiba-tiba berhenti dan berpusing ke belakang. Aku dah cuak. Jangan kata dia ubah fikiran pula!

"Tik tok, tik tok. Masa berjalan, Rose." Seth ketuk-ketuk perlahan jam tangannya dengan jari telunjuk.

Terus aku bangun dari bar stool dengan mulut tersenyum lebar. Yayyy! I'm coming, Sethhh!

KONTRAK KAHWIN ANTI KLISE - #SethWhere stories live. Discover now