6 | Tunang Seth

3.4K 167 19
                                    

"I ada miting dalam sejam macam tu. Lepas dah selesai, I bawa you beli barang keperluan yang lain."

Itu ayat pertama Seth sebaik saja kami terpacak di depan bangunan SM Style.

"Kalau you busy, I boleh pergi sendiri, Seth."

Balasan aku itu buat langkahnya terhenti. Dia pandang aku dengan muka versi alpha mode.

"I dah cakap tadi yang I akan bawa you. You tak dengar ke?"

"Ya, I dengar. Tapi..."

"Cepat. I dah lambat ni." Tak pedulikan kata-kata aku, dia berjalan masuk melewati pintu kaca.

Nak tak nak, terpaksalah aku ikutkan saja. Nak cakap lebih-lebih pun, macam tak ada haklah pula.

Kaki melangkah malas. Tapi, sebaik saja aku melangkah masuk ke ofis Seth, tergamam sekejap aku. Serius, kompeni dia lawa gila!

Walaupun hanya dua tingkat saja, tapi nampak luas dan moden bila hanya menggunakan kaca sebagai dinding. Dahlah gunakan warna putih sebagai tema. Clean saja bila tengok.

Pekerja-pekerja kompeninya pula semuanya berpakaian kasual. Patutlah Seth pun santai saja pagi ini. Serius, dah macam berada di ofis Jules Ostin dalam filem The Intern!

"You tunggu dekat sofa tu." Seth menunjuk ke satu arah.

Mata aku terus terhala ke situ. Ada satu ruang menunggu yang terletak betul-betul di depan bilik mesyuarat yang berdindingkan kaca. Beberapa orang staf dah menunggu dengan Macbook masing-masing di dalam sana.

"Rose, are you listening to me?"

"Yeah, yeah. I dengar." Aku tayang sengih.

Tengok ofis Seth, sampai khayal jadinya. Aura santai yang ada buat aku rasa teruja. Rasa macam nak kerja di sini.

"Morning, boss. Diorang dah ready tu."

Teguran seseorang buat kepala aku dan Seth menoleh ke belakang.

"Okay, good." Seth mengangguk, kemudian pandang aku semula.

"Stay here. Apa-apa hal you minta je dengan Hadee ni. Faham?"

Aku mengangguk dan hantar Seth berlalu dengan pandangan mata. Tanpa dipelawa, aku duduk di tempat yang Seth yang tunjukkan tadi. Lelaki bernama Hadee itu pula ambil tempat di depan aku.

Aku curi-curi kerling dia. Dah kenapa dia ni tengok aku semacam saja? Lepas itu, senyum-senyum sinis pula tu. Ada masalah dengan aku ke?

"Kenapa you tengok I macam tu?"

"You ni skandal Seth ke?"

Nak tergolek aku yang mendengar. Skandal? Hell no!

"Macam mana you boleh ada dekat rumah Seth?"

"Kenapa you nak tahu?"

"Saja. I memang busybody orangnya." Dia terlepas tawa kecil.

"Sorry kalau you tak selesa dengan soalan I tadi. Sebelum tu, biar I kenalkan diri dulu. I Hadee. PA Seth."

"PA Seth? I thought..." 

"Apa? Ingat PA ni kerja orang perempuan je ke? Jangan nak tipikal sangat, Rose."

"Fine. I minta maaf. I... Wait. You cakap you PA Seth? Maknanya baju dengan..." Pakaian yang tersarung di badan, aku tengok dengan mata membulat.

Oh, no! Jangan cakap yang...

Hadee dah tergelak-gelak.

Aaaa! Tak mungkin!

KONTRAK KAHWIN ANTI KLISE - #SethWhere stories live. Discover now