4 | Stay Still

3.5K 158 17
                                    

DAH berpuluh kali aku bergolek. Golek ke kanan, golek ke kiri. Mata tak juga mahu lelap. Tak tahulah pasal apa.

Aku bangun menongkat badan dengan siku. Mata mengarah ke pintu bilik. Rasanya tadi nak dekat 10 kali aku cek pintu itu dah berkunci ke belum. Cuak jugalah hati ini bila terfikir kut-kut nanti Seth menerjah masuk. Haru!

Larikan diri dan menumpang di rumah lelaki asing. Gila. Bodoh. Mungkin itu yang orang akan cakap. Tapi, buat masa ini, aku rasa ini saja pilihan terbaik yang aku ada.

Kael mesti akan cari aku. Dan, aku tak nak bertembung empat mata dengan dia buat sementara waktu. Takut berperang jadinya. Untuk itu, aku perlukan masa.

Ya, masa untuk lari daripada keadaan dan semua orang yang aku kenal.

Sudahnya, aku terlentang semula. Mata memandang siling berwarna putih. Cuba membayangkan ada kawanan kambing biri-biri gebu di situ dan aku mula mengira satu per satu. Manalah tahu kut idea Mr. Bean ni menjadi.

Tapi, haram. Tetap segar-bugar juga biji mata ni. iPhone di meja sisi katil aku capai. Mesej yang aku hantar kepada Thariq aku baca semula.

+Tolong ambil kereta saya dekat Grand Hyatt. Kunci hilang.

+Lepas tu, hantar ke kondo. Kalau Kael tanya, jangan cakap apa-apa.

+Dan, saya nak awak siasat pasal Kael. Saya nak tahu semuanya. ASAP.

-Baik, Cik Rose.

Selesai masalah kereta dan Kael buat masa sekarang. Kali ini, aku buka aplikasi Safari. Laju aku taip nama Seth Mateen. Sesaat kemudian, muncul berderet-deret maklumat pasal Seth. Terbeliak mata aku bila tengok keputusan carian.

Pertama, fashion designer.

Kedua, founder and owner SM Style.

Wau. Serius aku tak sangka. Patutlah dia nampak familiar.

SM Style. Siapa saja yang tak kenal? Antara laman sesawang shopping online popular. Siap ada jenama sendiri lagi. Stay Masculine dan Stay Feminine. Aku pun pernah order online di laman itu.

Dah puas stalk Seth, aku bangun. Tekak terasa hauslah pula. Sebelum turun sempat aku tengok jam di skrin fon. 3.45 pagi. Barailah mata aku esok kalau macam ni.

Keadaan agak gelap di tingkat bawah. Nasib baik ada biasan cahaya dari luar. Kalau tidak, jenuh nak menggagau cari jalan ke dapur. Suis lampu pun aku tak tahu letaknya di mana.

Peti sejuk aku buka. Satu bekas air aku keluarkan dan tuang ke dalam gelas. Sebaik saja air sejuk itu melalui tekak... Fuh... nikmatnya!

"What are you doing here, Rose?"

Burrr! Terkejut melihat Seth di situ, tak pasal-pasal tersembur air aku. Dan... Prang!

Terlepas gelas dari tangan aku. Berderai bunyi kaca menghempas lantai. Spontan aku mencangkung nak kutip sisa kaca gelas. Kelam-kabut aku jadinya bila rasa terkejut bercampur dengan rasa cuak.

"Auch!"

Nasib tak baik, terluka pula jari aku kena kaca. Menitik-nitik darah ke atas lantai dapur.

"Shit! Get up, Rose! Get up!" Seth yang tadinya di depan, kini dah berdiri di sebelah.

Macam robot, automatik aku mengikut arahan. Tegak berdiri dan diam menunggu ayat yang seterusnya daripada Seth.

"Eh, eh..." Bergerak ke singki badan aku bila ditarik Seth.

Dia pegang jari aku dan lalukannya di bawah air.

"Sakit?"

Aku menggeleng. Padahal terasalah juga sikit pedihnya.

"Sorry pasal gelas tu. Nanti I ganti..." Hilang suara terus aku bila Seth hantar pandangan tajam menusuk.

Errr, aku ada salah cakap ke?

"Antara gelas tu dengan jari you ni, mana satu you nak guna lama?"

"Errr, jari I nilah."

"Tahu pun. Yang you sibuk pasal gelas tu kenapa? Ni tengok jari you ni. Kalau sampai kena jahit macam mana?"

Hah? Jahit? Aku tengok jari aku semula. Tak adalah besar mana pun lukanya. Darahnya saja yang banyak keluar. Statement dia ni memang tak boleh blah. Over gila!

"Stay still." Seth bergerak ke kabinet dapur.

Aku tengok dia keluarkan kotak first aid dari situ. Dan, tak sampai lima minit, jari aku yang terluka tadi dah elok disapu ubat dan berplaster luka.

"Thanks, Seth. Kejap lagi I mop lantai tu ya."

"Tak payah."

"Tapi..."

"I cakap tak payah. You tak payah buat apa-apa."

Terkebil-kebil mata aku bila tengok dia menghilang dan muncul semula dengan penyapu dan mop. Tengah dia buat kerja pembersihan itu, dia bagi arahan lagi.

"Tunggu I dekat ruang tamu. Kejap lagi I datang."

"Errr, okey."

Sebagai tetamu yang baik, apa yang boleh aku buat ialah ikut apa saja yang tuan rumah suruh. Malas nak pangkah cakap dia dah. Bukannya berjaya pun.

Dah macam avatar, aku bergerak ke ruang tamu. Terus duduk di situ menunggu Seth.

Tak lama pun, dalam 10 minit kemudian, lelaki itu muncul di ruang tamu dengan MacBook di tangan. Mengambil tempat di sofa L berdepan dengan aku.

"You tak tidur lagi ke tadi?"

"Nope. I ada kerja sikit nak buat."

"Esok you tak kerja ke?"

Gila Seth ni. Kalau kerja, tak ke esok kena bangun awal? Kalau akulah tidur lambat macam ni, sah-sah esok pagi jadi zombie!

"Esok hari apa, Rose?" Tiba-tiba Seth menyoal dengan muka poker facenya.

Aik? Takkan hari pun dia dah lupa?

"Isninlah. Kenapa?"

"Good. Tahu pun esok Isnin. Maknanya, I kerjalah."

Ceit. Dia nak kenakan aku rupanya. Cakaplah sajalah dia kerja. Kan senang.

"Emm, kalau tak ada apa-apa, I naik atas dululah ya?" Punggung aku dah terangkat sikit.

"Stay. You duduk situ diam-diam. Teman I buat kerja."

"Hah? Nak buat apa te..."

"I tahu you bukannya boleh tidur pun dekat atas tu, kan?"

Aku cebikkan bibir. Terduduk balik aku. Haih, macam manalah si Seth ni boleh tahu yang aku tak tidur lagi tadi?

Wait! Jangan cakap yang dia pasang...

"Tak. I tak pasang CCTV pun dekat dalam bilik yang you stay tu. Otak you tu, Rose. Fikir benda yang baik-baik je tak boleh ke?"

Makin herot bibir aku. E'eh, aku pula yang kena. Yalah, dah dia macam tahu saja apa yang ada dalam kepala aku. Tak ke buat aku fikir bukan-bukan?

"Lama ke you nak buat kerja tu?"

"Tak pun. Sekejap je."

Nasib baik sekejap. Kalau lama, selamat jalan romeolah jawabnya. Memang aku lari naik ke bilik juga.

Aku sandarkan badan dan bawa kaki naik bersila ke atas sofa. Mata tepat memandang Seth yang leka memandang skrin Macbook. Terkelip-kelip mata aku melihat otot tangannya yang nampak tegang setiap kali dia menekan papan kekunci.

Haisy, 'mengganggu' betullah biceps dia tu!

Cepat-cepat aku pandang ke bahagian lain. Dari tangan, ke dada, ke bahu, ke leher. Kemudian, ke muka pula.

Arghhh, lagilah buat jantung aku tak tenang! Sudahnya aku pejam mata rapat-rapat. Lama-lama barulah jantung aku makin okey.

Ah, heaven.

KONTRAK KAHWIN ANTI KLISE - #SethWhere stories live. Discover now