3 | Otak Biru

3.6K 151 34
                                    

"You tunggu sini kejap. I nak ambil something."

Seth terus menghilang, tinggalkan aku di muka pintu bilik. Pergi ke mana dan nak ambil apa, aku tak tahu. Sementara menunggu, aku masuk ke dalam dan pandang sekeliling.

Fuh, bilik yang Seth bagi aku tumpang ini memang besar dan luas gila.

"Nah."

Sebaik saja aku berpusing, Seth dah berdiri di situ. Tangan pula menghulurkan sesuatu. Sebuah beg kertas.

"Sebelum you tanya apa yang ada dekat dalam ni, biar I bagi tahu. Dalam tu ada fon. I dah isikan kad SIM sekali. Nombor I pun I dah masukkan dekat dalam tu."

Terkesima sekejap aku. Beg kertas yang dah berada di tangan aku lihat isinya. Seth ni berniaga jual iPhone ke apa? Sampai ada stok lebih iPhone X dekat rumah.

"Dan, ni kad I. Unlimited access. You gunalah."

Okey, kali ini aku memang betul-betul tak sangka. Seth bagi aku guna kad kredit dia? Tanpa limit pula tu? Over tak kalau aku nak buat lompat bintang sekarang ni?

"Seth, I..."

"Take it or leave it."

Dah Seth kata macam itu, memang lajulah aku ambil. Serupa tahu-tahu pula dia yang aku tak ada apa-apa sekarang ini. Dah macam tajuk lagu Whitney Houstan. I Have Nothing gitu.

"Thank you, Seth. Thank you so much."

"Enough with your 'thank you', Rose. I tolong yang mana I boleh tolong. Oh, ya. Sebelum I lupa, kalau you nak tukar baju, you boleh guna apa-apa je yang ada dekat dalam closet tu." Tangan Seth menunjuk ke satu arah.

Aku menoleh ke belakang sekilas untuk melihat. Kemudian, pusing kembali ke depan bila Seth menyambung ayatnya.

"Tapi, untuk yang kat luar jelah. Kalau yang bahagian dalam tu..."

Tertunduk kepala aku pandang dada sendiri bila jari terlunjuk Seth terarah ke situ. Uit, jari dia tunjuk tang mana tu?!

"Sorry, I tak ada stok yang tu."

Nak terkeluar biji mata aku dengar ayat Seth. Oh, God! Perlulah dia nak mentioned part yang tu?! Siotnya!

"Errr, tak... tak apa. Yang tu I boleh beli sendiri esok."

Confirm! Aku yakin sekarang pipi aku dah macam terlebih pakai blusher!

"Dah tu malam ni tak payah tukar? Serius ke tak apa kalau tak tukar? You tak rasa gatal-gatal ke nanti?"

Kejap, kejap. He said... what? Ga... tal?

"Atau, you just tak payah pakai apa-apa dekat dalam tu untuk malam ni?" Seth dah tayang senyum nakal.

Aku yang tengok dah jadi seram. Jangan nak macam-macam ya, Seth!

"Kalau you nak, I boleh tolong belikan untuk you esok. Just give me your size."

"My size? What size?"

Terasa kosong sekejap kepala otak aku. Tak boleh berfikir. Blank.

"You nak bagi tahu I atau you nak I teka sendiri?"

Sungguhlah. Aku dah kejung bila Seth kata macam itu. Kaku. Takkanlah Seth ni ada kepakaran nak teka saiz baju dalam orang? Tahulah badan dia sado macam Superman. Takkan mata tu pun boleh scan macam superhero juga?

"Okey. So, you punya B atau C?"

Oh, my. Seriuslah, Seth? Macam mana dia boleh main teka macam tu je? Takkanlah tengok saja dah terus tahu?!

"You punya B, kan?"

Aku cuba kebil-kebilkan mata. Nak bagi otak berfungsi semula. Tak boleh jadi ni. That was too much information, Seth. Too much!

"I rasa elok you keluar dulu, Seth." Tak pasal-pasal aku terus tolak dadanya.

Tapi, badan Seth langsung tak bergerak. Dah dia ibarat harimau dan aku kucing, manalah mahu beralih badannya.

"Errr, I dah mengantuk."

Sekali lagi aku tekap 10 jari aku ke dada Seth. Tolak tubuhnya kuat-kuat sebab aku betul-betul nak dia pergi. Sebelum benda jadi makin melalut. Sebelum macam-macam saiz lagi dia minta. Naya!

Kepala aku terdongak bila terdengar ada tawa kecil. Elok saja muka aku dekat dengan dagu Seth yang dilitupi jambang nipis itu. Aku tergamam bila Seth pegang kedua-dua pergelangan tangan aku dengan menggunakan sebelah tangan saja.

"Tak payah susah-susah nak tolak. I dengan rela hati boleh keluar sendiri."

Dia bawa tangan aku tepat ke depan mukanya. "Heh. Tangan kecil, ada hati nak tolak I. Dahlah. Good night, Rose. Sleep well."

Seth berlalu keluar. Siap tutupkan pintu lagi.

Aku pula masih kejung buat sesaat dua. Tengok kedua-dua belah tapak tangan sendiri. Entah macam mana, bagaikan boleh terasa lagi lekuk-lekuk dada berotot Seth yang aku sentuh tadi. Sangat-sangat keras dan...

Oh, God! Apasal otak aku macam dah fikir bukan-bukan ni?

KONTRAK KAHWIN ANTI KLISE - #SethWhere stories live. Discover now