17

889 99 11
                                    

9.16 p.m.

Haera yang masih duduk disofa itu sudah kali ke 28 menoleh melihat angka jam. Perutnya yang pedih dari tengah hari tadi di abaikan. Perlahan lahan badannya melorot berbaring di sofa panjang itu.

bip..bipp

Kedengaran bunyi pintu dibuka dari luar. Segera Haera bangun apabila mendengar derapan kaki.

"Awak. Awak dah balik?"

"Ya. Saya dah balik"

"Awak dah makan? Saya ada masakkan.."

"Dah. Saya dah makan dengan setiausaha saya tadi sebelum balik"

"Ohh..okay. Tapi saya ada masakkan awak makanan favorite awak" kata Haera dengan wajah gembiranya lalu dililitkan tangannya pada lengan suaminya.

"Buat apa masak? Tahu kan saya busy kat pejabat? Macam tak faham je dengan jadual saya awak ni!"

Suara Seokjin kedengaran kuat. Terkejut Haera. Haera memandang suaminya dalam takut takut. Perlahan lahan dia menjarakkan kembali dirinya.

"Em tapi.. pagi tadi awak yang cakap nak makan.."

"Haera. Dengar sini. Saya nak isteri. Bukan orang gaji! Ingat tu!"

Habis sahaja dia bercakap, Seokjin terus melangkah ke bilik dan sekaligus kedengaran pintu di hempas.

Haera terkaku seorangan disitu. Jauh dia termenung menngingatkan kembali apa yang suaminta baru sampaikan.

'Saya nak isteri. Bukan orang gaji! Ingat tu!'

"Kenapa awak jadi macam ni? Pagi tadi awak okay je"

Perlahan lahan Haera bergerak ke arah sofa dan menjatuhkan badannya ke sofa. Kepalanya berdenyut. Perutnya juga pedih. Dia yakin ini sebab dia tak makan dari pagi. Dia malas hendak fikirkan kesakitannya jadi perlahan lahan dia baring disofa dan memejamkan matanya. Sambil itu dia mengurut sedikit perutnya dan bergilir ke kepalanya pula.

Tubir matanya mula mengeluarkan air mata melawqn kesakitan dibahagian perut dan kepala juga sakit di dada.

Di bilik tidur

Seojin menghempas pintu bilik dengan kuat. Kemudian Seokjin menuju ke cermin di meja solek pula. Seokjin tenung dirinya dalam cermin.

'Kenapa aku marah Haera? Dia tak salah apa apa pun.'

Sookjin mengeluh. Dia membuka butang bajunya satu persatu. Tiba tiba perbuatannya terhenti. Dia teringat yang isterinya ada cakap dia ada masakkan makanan kesukaannya.

Dia melangkah ke tombol pintu dan membuka lalu keluar dari bilik. Matanya menoleh kiri dan kanan mencari isterinya. Matanya terhenti ke arah dapur. Kakinya menuju ke sana.

Terngaga dibuatnya apabila melihat meja makan penuh dengan makanan masakan Cina. Dia merapati meja makan itu.

"Satu pon takda makanan selain dari makanan Cina ni? Habis dia makan apa?"

Seokjin cukup kenal isterinya tidak gemar makanan masakan Cina. Tetapi cukup berbakat dalam memasak makanan Cina.

Seokjin menoleh mencari kalau kalau isterinya ada masakan lain di dapur itu. Tetapi malangnya takda. Seokjin sudah dapat mengagak yang isterinya belum makan lagi. Buktinya makanan di atas meja ini langsung tidak berusik.

Kakinya melangkah ke arah luar dapur. Dia mencari isterinya. Dalam kepalanya dah fikir yang bukan bukan. Takut isterinya keluar dari rumah. Tetapi matanya terhenti pada arah sofa.

Kelihatan seseorang seperti sedang meringkuk. Seokjin melangkah ke arah sofa itu. Semakin dekat semakin dia terdengar esakan.

Seokjin duduk melutut betul betul dihadapan Haera. Dia merenung Haera yang seakan bercakap dalam tidur itu.

Tangan kiri Haera diperut. Tangan kanan pula di kepala. Seokjin memegang tangan isterinya. Sejuk beku tangan Haera. Terkejut Seokjin dibuatnya. Dia meletakkan tangannya dikepala Haera pula. Risau jika isterinya demam. Tapi dia pasti isterinya sedang menahan sakit kerana kelaparan.

Seokjin meletakkan tangan kanannya di belakang tengkuk isterinya. Manakala tangan kirinya dibawah kaki isterinya. Kemudian dia mencempung badan kecil isterinya dan berlalu kebilik. Sepanjang perjalanan ke bilik dia mendengar desah kesakitan yang keluar dari mulut isterinya. Peluh juga keluar pada dahi isterinya.

"Haih la sayang. Kenapa awak tak jaga kesihatan awak ni? Kenapa manja sangat ni? Hm?" usai sahaja berkata begitu dia mencium sekilas pipi isterinya. Wangi.

Masuk sahaja ke dalam bilik mereka, Seokjin meletakkan Haera perlahan lahan di atas katil. Kemudian dia kembali berlutut disebelah isterinya. Haera sudah tidak bercakap cakap dalam tidurnya. Kelihatan tidurnya sudah aman. Mungkin sakitnya sudah hilang.

Seokjin menyelak sedikit anak rambut yang menutup dahi isterinya. Teringat kembali kata katanya pada isterinya tadi. Mengeluh lagi dia.

"Haih, kenapa lah saya cakap macam tu kat awak tadi? Saya harap esok awak tak marahkan saya. Saya minta maaf, sayang"
Sekali lagi pipi Haera menjadi mangsa ciuman bibirnya.

Seokjin bangun lalu menuju ke pintu bilik air dan membuka butang bajunya dan mencampakkan ke dalam bakul baju dan sejurus itu dia masuk ke dalam bilik air dan membersihkan dirinya.

[C] F O B I A - BTS JinWhere stories live. Discover now