Bahagian 83: Masakan Rokiah

274 15 2
                                    

"Assalamualaikum! Ooo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalamualaikum! Ooo.. Assalamualaikum!"

Ila memberi salam. Suasana di sekitar rumah Rokiah agak sunyi. Ditambah pula dengan bulan yang tidak kelihatan akibat dilindung awan, menambahkan lagi efek seram pada malam itu. Sengaja Ila tidak mematikan enjin motornya agar lampu motor sentiasa menyuluh kegelapan malam. Selain dari perigi buta, Ila juga agak takut pada kegelapan.

Sudah menjadi kebiasaan, dia akan memasang lampu biliknya ketika hendak tidur. Pernah sekali dia menumbuk rakan sebiliknya ketika di asrama, hanya kerana rakan sebiliknya itu ingin memberi kejutan kepada Ila pada hari jadinya - dengan menutup lampu. Semenjak dari itu, semua rakan-rakannya seakan-akan mahu melupakan tarikh lahir Ila, dan tidak mahu menyambutnya.

"Komsalam.. Ila!"

Salam Ila Rambo disambut gembira oleh Rokiah. Disambut dengan salam yang tak betul bunyinya. Sedikit lega Ila apabila Rokiah muncul membuka pintu rumahnya. Jika dibiarkan 5 minit lagi Ila di luar rumah, kemungkinan dia akan menangis akibat ketakutan. Pelik betul, mana ada Rambo takut gelap??

"Masuklah Ila. Buat macam rumah Kiah.. Hehe.."

Rokiah cuba membuat lawak tak kelakar. Ila hanya mampu membalas dengan senyuman, kerana tidak tahu macam mana hendak membalas lawak tak kelakar itu. Selalunya, pasti Ila akan membalas punchline-punchline yang diberikan oleh Rokiah, tetapi tidak kali ini. Ila kelu lidah tidak berkata. Mungkin juga ketakutan pada kegelapan tadi masih belum hilang.

"Wah.. Sedapnya bau.. Kau masak apa ni?"

Tidak dinafikan, kali ini Ila agak terkejut. Manakan tidak, Rokiah yang Ila kenal sebagai seorang yang tidak pandai memasak, secara tiba-tiba Ila disajikan dengan bauan yang sungguh menyelerakan. Bau yang semerbak harum mengisi ruang tamu rumah Rokiah, menerpa keluar tatkala Rokiah membuka pintu rumahnya. Ketika ini, gelagat Ila tidak ubah seperti pelakon iklan Adabi yang membesarkan lubang hidung untuk menghidu bau masakan.

"Ala.. Kiah masak yang simple simple je. Sesuai dengan perwatakan Kiah yang simple gak."

Rokiah berseloroh. Namun lawaknya itu tidak diendahkan oleh Ila Rambo, kerana matanya sudah tertumpu pada meja makan. Naluri pemangsanya ingin melihat sendiri masakan apa yang Rokiah masak, sehingga menyebabkan letupan aroma yang menusuk hidung dan juga kalbu Ila.

"Wau! Kau masak semua ni Kiah? Hebatnya kau! So not you la!"

Pujian diberikan kepada Rokiah oleh Ila sambil mengeluarkan sebaris ayat Manglish di hujung dialognya. Semenjak berkawan rapat dengan seorang cina peranakan di maktab perguruan, Ila Rambo kini sudah bijak menggunakan Manglish di dalam ayatnya.

Tetapi bukan Manglish yang menjadi tumpuan sekarang ini. Mata Ila Rambo tertumpu kepada lauk-pauk yang terhidang di atas meja kayu jati, yang terletak di tengah-tengah ruang tamu rumah Mak Siti. Ada lauk sambal sotong - yang mana merupakan kegemaran Rokiah, ada ayam goreng, sayur kailan ikan masin, telur dadar, dan juga ikan siakap masak tiga rasa.

Sekali pandang, seperti pakej makan di sebuah warung ala thai. Bezanya cuma tiada lauk tomyam, dan pelayan wanita bermuka siam berdialek Kelantan. Yang ada cuma Mak Siti yang kadang-kadang terkeluar dialek minang.

"Mana ada hebat.. Biasa-biasa je ni.. Semenjak kau pergi belajar, aku pun belajar jugak. Aku belajar memasak. Hehe.."

"Ooo.. Patut la banyak lauk kau masak hari ni.. Aku dah cuak kau..."

Belum sempat Ila Rambo menghabiskan ayat, tiba-tiba kedengaran seseorang memberi salam.

"Assalamualaikum.. Ooo.. Assalamualaikum..."

Cinta RokiahWhere stories live. Discover now