Bahagian 74: Sekeruh Air Sungai

305 21 0
                                    

"Apa ni Sarip? Kenapa sepak aku? Duit apa ni? Mana kau dapat duit banyak ni?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apa ni Sarip? Kenapa sepak aku? Duit apa ni? Mana kau dapat duit banyak ni?"

Rahmat mengajukan soalan bertubi-tubi kepada Sarip, mirip seperti seorang budak 9 tahun yang bertanyakan harga setiap jajan di kedai runcit.

"Kau sibuk nak tahu apahal?! Duit aku, sukahati aku la!!"

Jawab Sarip dengan nada suara separa menengking.

Gulungan duit yang masih tergenggam kemas di tangan Rahmat, dirampas Sarip. Segera Sarip memasukkan kembali duit itu ke dalam bungkusan hitam tadi, lalu mengikatnya kembali. Rahmat hanya ternganga melihat Sarip. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Masih banyak persoalan yang masih bermain di fikiran Rahmat sekarang ini. Hendak ditanya, takut dimaki Sarip pula. Cukuplah sekadar belakangnya ditendang, tidak mahu lagi ditambah dengan caci maki dari Sarip. Rahmat cukup kenal dengan perangai baran Sarip itu, walaupun hanya beberapa bulan tinggal bersama.

Sarip diam. Rahmat pun. Suasana di dalam rumah itu cukup sunyi. Yang kedengaran hanya bunyi kipas usang yg berpusing di siling. Sesekali terdengar juga bunyi cicak bersahutan. Mungkin cicak-cicak itu sedang berkomunikasi antara satu sama lain. Tidak mustahil juga cicak-cicak itu sedang mengumpat, ataupun sedang berbual kosong sesama sendiri.

"Ini duit simpanan aku.."

Tiba-tiba Sarip bersuara. Hampir sahaja Rahmat menjerit kerana terkejut. Nasib baik Rahmat tidak melatah. Kalau tidak sudah pasti Sarip yang akan ditendang kembali oleh Rahmat. Sudah tentu perkara itu boleh membuatkan keadaan menjadi lebih keruh. Sekeruh air sungai selepas hujan lebat.

"Kenapa.. Kenapa kau simpan duit dalam tu? Kenapa kau tak simpan dalam bank?"

Tanya Rahmat dengan suara yang tersangkut-sangkut, kerana Rahmat masih tidak yakin dengan ketenangan Sarip. Baran Sarip bukan boleh dikira. Bila-bila sahaja boleh tercetus.

"Sukahati aku lah! Duit aku! Nak simpan dalam bank ke, nak simpan dalam kain ke, itu aku punya suka la!"

Nampaknya teori Rahmat tentang baran Sarip memang tepat. Memang 'unpredictable', bak kata orang putih.

Rahmat terdiam. Takut untuk bertanya lagi, walaupun masih beribu lagi soalan yang hendak ditanyakan. Lebih baik didiamkan sahaja. Silap haribulan, satu lagi penendang hinggap di badannya.

Keadaan bilik menjadi kembali sunyi. Bunyi kipas kembali menguasai ruang tamu rumah. Tetapi tidak pula kedengaran bunyi cicak seperti tadi. Mungkin cicak pun sudah mula takut dengan Sarip. Punyalah garang Sarip ni. Tak padan dengan kecil! Macam Wolverine pula!

"Ini duit simpanan aku untuk dua bulan ni.. Takde masa aku nak pergi bank, nak masukkan.."

Sarip kembali lagi bersuara. Dan sekali lagi, Rahmat terkejut.

"Dua.. Dua bulan punya saving? Ba.. Banyaknya!"

Tergagap-gagap Rahmat bersuara. Takut ditengking Sarip satu hal, terkejut dengan kenyataan Sarip pun satu hal.

Mana mungkin, seorang pekerja kilang seperti Sarip, boleh memperoleh pendapatan sebanyak itu. Tambahan pula, dalam masa sesingkat itu! Rahmat mula tidak senang duduk. Bukanlah kerana sakit ditendang tadi, tetapi Rahmat menjadi tidak senang duduk kerana risau. Risau dengan kemungkinan-kemungkinan yang bermain di fikirannya sekaran ini. Rahmat risau, Sarip mungkin menjalankan perniagaan haram, atau pun terlibat dengan kegiatan haram, seperti gangsterisme. Melihat kepada sikap baran Sarip, Rahmat tidak menolak kemungkinan yang Sarip adalah seorang gangster.

"Ini mesti abang kawasan ni.." Bisik hati Rahmat.

Untuk kali ketiganya, suasana rumah kembali sunyi. Fikiran Rahmat mula melayang-layang. Berimaginasi tentang segala kemungkinan yang bakal terjadi kepadanya, sekiranya Sarip mengetahui yang Rahmat sudah pun mengetahui rahsianya. Rahmat seolah-olah menyalahkan dirinya sendiri kerana menyelak kain bungkusan itu tadi. Kalau Rahmat tahu apa isi kandungan bungkusan itu, tidaklah dia gatal kaki mahu membukanya.

"Woi! Termenung apa tu?!" terjah Sarip.

Kali ini, Rahmat benar-benar terkejut. Dengan secara refleknya, kaki Rahmat singgah di rusuk kanan Sarip. Rahmat melatah. Dan kali ini juga, keadaan sudah menjadi benar-benar keruh. Ya, sekeruh air di sungai selepas hujan.  

Cinta RokiahWhere stories live. Discover now