Bahagian 6: Maaf

845 39 9
                                    

Petang itu Rahmat termenung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Petang itu Rahmat termenung. Termenung mengenangkan Rokiah. Kata-kata Rokiah "Kiah benci Rahmat!" masih terngiang-ngiang di kepala hotak Rahmat yang kosong itu. Tiba-tiba perasaan bersalah menguasai Rahmat. Walaupun Rahmat pernah membuat pelbagai kesalahan mahupun kejahatan, tidak pernah sekalipun Rahmat menyesal. Malah, makin dibuat lagi. Sebut sahaja nama Rahmat di sekolah, semua kenal. Dari pengetua sehinggalah ke tukang bancuh simen, semuanya kenal Rahmat. 'Budak jahat' adalah gelaran yang sinonim bagi Rahmat. Kalau pada masa itu ada iPhone, sudah pasti nama Rahmat sudah di auto-correct kepada 'budak jahat' semasa menaip mesej. Sehinggakan pihak Dewan dan Pustaka sudah berbincang-bincang mahu meletakkan nama Rahmat di dalam Kamus Dewan edisi Keempat yang membawa maksud 'budak jahat', tapi tak jadi sebab si pencadangnya diugut oleh Rahmat supaya tidak berbuat demikian. Punyalah jahat.

Rahmat sudah tekad! Rahmat mahu minta maaf kepada Rokiah. Perasaan bersalah Rahmat meluap-luap, ibarat gas air Pepsi yang botolnya digoncang sebelum buka. Rahmat tak senang duduk, tak senang berdiri, apatah lagi mencangkung. Rahmat bingkas bangun terus keluar rumah. Dia memandang ke rumah Rokiah, yang jaraknya hanya beberapa meter sahaja dari rumahnya. Tiba-tiba pandangan Rahmat tertumpu pada Rokiah yang baru sahaja keluar rumah memegang raket badminton. Begitulah aktiviti harian Rokiah di petang hari, bermain badminton bersama ibunya. Selalunya Rokiahlah yang kalah, kerana permainan ibunya bukan lagi ditahap kampung, malah tak salah kalau menganggap sudah sampai tahap cekerawala. Pernah sekali ibunya bermain hanya menggunakan tangan kiri, dan sambil menutup mata, tetapi Rokiah tetap juga tewas di tangan ibunya. Bukan Rokiah tak handal, tetapi ibunya seratus kali lagi handal.

Sebaik sahaja Rahmat perasan kelibat Rokiah, terus dia melompat melepasi pagar rumahnya, semata-mata untuk kelihatan lebih dramatik. Walhal pintu pagar sudahpun terbuka luas. Sedikit sahaja lagi kakinya tersangkut pada kerawang pagar itu. Jikalau tersangkut, alamatnya makan tanah lah Rahmat petang itu.

"Rokiah!" Rahmat menjerit.

Berlari Rahmat cuba menghampiri Rokiah, tanpa sempat pun dia memakai kasut. Tetapi sempat juga dia terpijak tahi kucing, tapi itu tidak dihiraukannya. Yang penting dia dapat meminta maaf pada Rokiah.

"Rokiah! Tunggu!" pekik Rahmat apabila dia mendapati Rokiah segera berlari masuk semula ke dalam rumah, dan terus menutup pintu.

"Rokiah, aku minta maaf.. Aku tak patut buat kau macam tu.. Aku bersalah Rokiah. Maafkan aku.." rayu Rahmat di luar rumah Rokiah.

Tiba-tiba pintu terbuka. Terpampang di depan pintu bukanlah Rokiah seperti yang Rahmat harapkan, sebaliknya ialah Mak Siti dengan dua raket di tangannya.

"Kau nak apa? Hah?!" tanya Mak Siti sedikit tegas, sambil menampakkan ciri-ciri hampir bertukar kepada mode Ninja Turtlenya.

"Saya nak jumpa Rokiah, mak cik" jawab Rahmat sedikit takut.

Masakan tidak, dengan tercegatnya Mak Siti di depan pintu sambil memegang dua raket, dalam keadaaan bersedia untuk melompat, Jackie Chan pun boleh takut.

"Rokiah taknak jumpa kau! Dah! Pergi balik!" kata Mak Siti tegas.

"Tapi makcik..." jawab Rahmat.

"Pergi balik! Pergi balik bagi kucing kau makan! Takde lah kucing kau merayau pergi rumah orang! Mak kau tu bela pandai, jaga tak pandai!" marah Mak Siti yang masih angin dengan kucing-kucing Mak Som.

Maka, pulanglah Rahmat dengan kecewa.

................

Esoknya, sebaik sahaja sampai ke sekolah, Rahmat terus pergi ke kelas Rokiah. Rahmat tahu, Rokiah selalunya mesti sampai awal dari Rahmat. Malah, semua pelajar sekolah itu mesti sampai lagi awal dari Rahmat, kerana Rahmat datang sekolah pada pukul 8.30 pagi. Sama dengan kebanyakan waktu pejabat.

Sampai di kelas Rokiah, Rahmat terus membatalkan hasrat untuk berjumpa Rokiah. Kerana pada masa itu kelas sudah pun bermula, dan pada masa itu juga cikgu yang mengajar kelas Rokiah ialah Cikgu Seman, merangkap cikgu disiplin sekolah itu. Mana-mana budak jahat sekolah itu pasti akan kecut perut bila melihat kelibat Cikgu Seman. Dengan rotan ditangan, rambut jarang, seluar senteng, tak pakai stoking, kepala tali pinggang bentuk kepala lembu, pasti boleh membuatkan mana-mana pelajar terkincit ketakutan. Libasan rotan Cikgu Seman merupakan lagenda di sekolah itu. Ada yang mengatakan jikalau Cikgu Seman melibas sekuat hati, dia mampu menumbangkan sebuah pokok durian berusia 10 tahun. Ada juga yang membawa mulut mengatakan Cikgu Seman pernah melakukan ritual mengasap rotannya pada setiap kali malam Jumaat.

"Rehat nantilah aku jumpa dia bawah pokok.. Dia selalu lepak makan bawah pokok dengan Ila Rambo. Bolehlah aku jumpa dia." Rahmat bermonolog seorang diri dengan cuba merancang strategi ringkas untuk berjumpa dengan Rokiah.

Cinta RokiahWhere stories live. Discover now