Bahagian 42 - Matlamat

328 29 1
                                    

Hari ini adalah hari terakhir Rahmat menduduki peperiksaan SPM

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari ini adalah hari terakhir Rahmat menduduki peperiksaan SPM. Awal pagi lagi Rahmat sudah bersiap sedia. Tidak sabar rasanya dia mahu menghabiskan sisa baki kertas soalan. Dengan berbekalkan ucapan 'Good luck Rahmat' dari Rokiah ketika keluar dari rumah sebentar tadi, membuatkan Rahmat lebih bersemangat. Sanggup Rokiah bangun awal pagi, semata-mata mahu mengucapkan selamat kepada Rahmat. Jika tidak, sudah tengahari pun belum tentu Rokiah akan bangun jika musim cuti persekolahan. Itu pun setelah dihambat oleh Mak Siti dengan penyapu lidi, barulah Rokiah bangun dari tidurnya. Tetapi demi cintanya kepada Rahmat, dan tidak mahu dianggap 'anak dara pemalas' oleh Rahmat, digagahinya juga untuk bangun.

Sampai di sekolah, Rahmat segera berjumpa dengan Azuan Tempeyek terlebih dahulu. Memang sudah menjadi rutin, Rahmat akan berjumpa dengan Azuan setiap pagi sepanjang berlangsungnya SPM, untuk membincangkan tentang subjek peperiksaan yang seterusnya. Mereka tidak mahu masuk ke dalam dewan dalam keadaan tidak bersedia. Tidak boleh dibuat dengan sambil lewa. Ini adalah soal masa depan mereka sendiri. Bukannya soal masa depan Mak Cik Senah, masa depan Jaki Keropok, mahupun masa depan AC Mizal. Jikalau masa depan AC Mizal, tidak perlulah mereka bersusah payah selama ini. Baik duduk rumah layan Senario.

"Wan, kau dah study habis ke? Rilek je aku tengok?" tanya Rahmat kepada Azuan, yang kelihatan begitu gembira dan bersahaja.

"Alah.. Rileks lah Mat.. Hari ni paper last kot.. Bahasa Malaysia pulak tu.. Takkan lah boleh gagal punya... Sedangkan orang bangla yang duduk Malaysia sebulan pun boleh kerja ambik order dekat kedai mamak, ini kan pulak kita yang memang asal orang Malaysia.. Kacang pis je B.M. ni.." ujar Azuan sambil mencuba untuk memetik jarinya supaya berbunyi, namun gagal, membuatkan dia kelihatan bodoh apabila memetik jari tetapi tidak berbunyi.

Namun, kenyataan Azuan tidak disetujui oleh Rahmat.

"Memanglah dia orang kerja sebulan boleh ambik order, tapi masalahnya itu bahasa melayu asas.. Ini soalan SPM! Takkan kau nak jawab 'apa makan?', 'apa minum?', 'roti habis' pulak kot?" kata Rahmat secara rasional.

"Hahaha.. Alah.. Aku gurau je lah.. Mesti lah aku dah study semalam.. Aku siap baca Kamus Dewan lagi tau.. Nak bagi betul-betul paham Bahasa Melayu ni.." kata Azuan dengan yakin, sambil sekali lagi mencuba untuk memetik jari. Dan sekali lagi ia gagal berbunyi.

"Mat.."

Azuan Tempeyek cuba memanggil Rahmat, yang mana dari tadi sedang asyik memetik jari sekuat mungkin dengan sengaja, untuk memerli Azuan. Rahmat memandang wajah Azuan, yang sudah berubah kepada serius, seserius wajah Jalalludin Hassan ketika hendak memberi jawapan kepada soalan yang diajukan di dalam rancangan Who Wants To Be A Millionaire, tetapi diikuti dengan iklan pula.

"Mat.. Lepas SPM ni kau nak buat apa?" tanya Azuan serius.

Rahmat faham perasaan Azuan. Orang seperti Rahmat dan Azuan, memang tidak pernah memikirkan tentang masa depan selepas tamatnya SPM. Tetapi itu dahulu. Kini Rahmat dan Azuan sudah mempunyai matlamat hidup. Matlamat yang akan mengubah hidup mereka.

"Aku? Aku ingat aku nak masuk askar.. Aku akan gapai cita-cita aku dari kecil! Walaupun bukan kerja pejabat macam anak Pak Mahmud Kerinchi tu, tapi aku yakin, dengan jadi askar pun aku boleh berjaya.. Kau tengok lah nanti.." kata Rahmat berkobar-kobar.

Begitu bersemangat sehingga berjaya menyentuh hati Azuan. Lalu bertepuk tanganlah Azuan kerana terlalu kagum dengan semangat Rahmat. Kembang kuncup hidung Rahmat bila Azuan memberi tepukan kepadanya. Tidak dia sangka, rakan baiknya memahami akan cita-citanya.

"Kau pulak?" tanya Rahmat kepada Azuan, membuatkan dia berhenti menepuk tangan.

"Aku takde lah macam kau Mat.. Aku punya cita-cita kecik je.." jawab Azuan merendah diri, membuatkan Rahmat ingin tahu.

"Apa dia?" tanya Rahmat lagi. Rahmat sudah tidak sabar mahu mendengar jawapan dari Azuan.

"Aku ingat.. Aku nak sambung belajar.. Memang dengar macam mustahil, tapi aku yakin aku boleh buat! Aku teringin nak ke menara gading!" kata Azuan dengan penuh semangat.

Rahmat tercengang. Tidak dia sangka, sahabat baiknya menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran. Kali ini, Rahmat pula yang memberi tepukan kepada Azuan. Hampir berlinang airmata Rahmat kerana terlalu terharu dengan cita-cita Azuan.

"Ok.. Pelajar semua.. Dah boleh masuk dewan.. Sila pastikan IC dan slip peperiksaan anda dibawa masuk.. Hanya alat tulis yang dibenarkan untuk dibawa masuk.. Sebarang nota sila tinggal di luar ni.."

Mereka dikejutkan dengan suara cikgu pengawas yang ditugaskan untuk mengawas mereka pada hari itu. Sebelum masuk ke dewan, sempat Rahmat dan Azuan bertukar kata-kata semangat kepada diri masing-masing. Mereka mempunyai matlamat sendiri. Matlamat yang harus dicapai, demi menjadi insan yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang!

Cinta RokiahWhere stories live. Discover now